03 April, 2013

Peperangan sebenar bermula...

Bangunlah rakyat yang tertindas - Bangunlah rakyat yang diperas;
Nyalakan api perjuangan - Menjulang kebenaran - Hancurkan segala penindasan;
Ayuh kita bangun, Dunia Baru kita dirikan - Insya-Allah jadi kenyataan;
Perjuangan yang penghabisan, Bersatulah untuk melawan, Insya-Allah kita tempuh kejayaan;
Tiada Raja atau Penguasa, Peluru atau Penjara - Yang dapat menghalangi kita - Menjadi rakyat merdeka
Selagi nyawa dalam diri - Perjuangan tidak akan terhenti;
Biar darah membasahi bumi - Menyerah jauh sekali...

Sumber di sini dengan sedikit suntingan oleh Mybabah


Design by : Mohd Yusof Hadhari

KUALA LUMPUR- Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam. Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.


“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti. Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minimum RM10 setiap hari.Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

-Harakahdaily

 
 
Takbir (3X)...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...