09 February, 2010

Pilihan Hakim 1


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-12 mungkin merupakan pilihan raya terakhir di Malaysia. Pilihan raya selepas ini akan dikenali sebagai Pilihan Hakim 1. Kabinet bersetuju mempertimbangkan cadangan ini berdasarkan pencapaian kemenangan mudah Barisan Nasional di dalam pertandingan dua penjuru yang diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan, di Bangunan Palace of Justice di sini hari ini. Semua rakyat dijangka mengalu-alukan langkah ini kerana ia lebih telus dan  menjimatkan belanja dan tenaga.


Apabila pilihan raya diganti dengan pilihan hakim, tidak akan timbul lagi masalah ketidakpuasan hati pihak yang kalah kerana sebarang bantahan akan dianggap sebagai menghina mahkamah.


Langkah ini dijangka akan dicontohi oleh negara-negara dunia ke-3 dan ke-4 kerana Malaysia merupakan negara pertama melaksanakan pilihan raya menerusi pilihan hakim.  Beberapa penduduk setempat memberi respons yang positif kepada cadangan ini. "Ia merupakan satu cadangan yang brilliant daripada pucuk pimpinan tertinggi negara yang selama ini hilang punca akibat kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam pilihan raya kecil.  1Malaysia akan menyokong langkah ini" kata Mamak Zam Ala Kazam.

1MALAYSIA BOLEH!









Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...