18 April, 2013

Rosmah mempermain Mahathir menggunakan mendiang Margaret Thatcher...

KUALA LUMPUR: 18 April 2013

Apakah benar pengisytiharan calon-calon Umno dibuat selepas pemergian Tun Dr Mahathir ke London? Inilah yang berlegar di alam siber sekarang kononnya tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman calon selepas pemergian Mahathir untuk mengelak daripada gangguan bekas Perdana Menteri itu.



Tun Dr Mahathir ke London bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk memberikan penghormatan terakhir buat bekas PM Britain, Margaret Thatcher yang meninggal baru-baru ini. Dalam posting di facebook itu, isteri Najib yang kini lebih dikenali dengan nama Kak Ros didakwa mempunyai perancangan tersendiri di sebaliknya. "Strategi licik Kak Ros mengisytiharkan calon pilihannya setelah pemergian Tun Mahathir ke London.


 "Sepatutnya Najib mengumumkan senarai calonnya pada Jumaat lepas namun telah ditangguhkan sehingga ke hari pemergian Tun Mahathir ke London barulah diumumkan. "Strategi licik ini bagi memastikan semua calon pilihan Kak Ros dapat diumumkan tanpa gangguan dari Tun Mahathir," tulis posting itu.

Sebelum ini, pakar media Mahathir Rocky Bru dalam blognya mengumumkan nama-mana yang sepatutnya digugurkan. Namun, nama yang dikatakan akan gugur itu ternyata masih dinamakan sebagai calon BN oleh Najib. Antaranya Khairy Jamaludin di Rembau, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas dan juga Abdul Azeez Rahim di Baling. Begitu juga nama-nama saperti Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Awang Adek serta Datuk Seri Mohamad Zin. Kesemua mereka diumumkan sebagai calon oleh Najib ketika nama yang disebut Mahathir patut menjadi calon iaitu Datuk Ibrahim Ali di tolak Najib.

Sumber berita: Harakahdaily




 
Si Pencilok mencilok Si Pencilok...
Read more...

Ajaran sesat 'Tuhan Harun' sebar sistem pengajian mirip universiti

17 April 2013 KUANTAN - Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.



Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya. Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD. "Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. "Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit. "Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam. "Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya. Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka. Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan. - Bernama



 
Masya-Allah, Si Syaitan ini berjaya melahirkan 300 ekor syaitan lain (pengikut)...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...