31 January, 2013

Khutbah Jumaat: Penghinaan terhadap Nabi s.a.w dan Islam

Surau Desa Jenaris, Kajang: 1 Februari 2013: Khutbah Jumaa'at hari ini berpaksikan isu tentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w. dan Agama Islam.



Penghinaan kepada Nabi s.a.w terus dilakukan oleh orang kafir laknatullah yang diterajui Zionis. Setelah filem Innocence of Muslim, majalah mingguan di Perancis, Charlie Habdo, memuatkan kartun yang menista Nabi s.a.w. Penghinaan seperti ini bukan kali pertama. Sebelum ini, pada tahun 2005, karikatur yang menggambarkan Rasulullah s.a.w sebagai pengganas dikeluarkan oleh surat khabar Jyllands-Posten, Denmark. Tahun berikutnya karikatur Nabi s.a.w yang berserban, dengan bom di kepala juga dimuatkan di beberapa surat khabar di Eropah, France Soir di Prancis, Die Welt di Jerman, La Stampa di Italia dan El Periodico di Spanyol.

Serangan penghinaan tersebut bukan sahaja datangnya daripada individu, pertubuhan atau kumpulan anti-Islam, tetapi juga keluar daripada mulut-mulut penganut Islam yang sudah jauh tersasar dari segi pegangan akidah dan pemahaman mereka terhadap ajaran agama suci tersebut. Siapa tidak kenal Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Irshad Manji, Ayaan Hirsi Ali. Mereka ini diangkat oleh Barat sebagai wira dan diberikan perlindungan dan ruang secukupnya untuk terus melukai hati dan perasaan umat Islam.

Di Malaysia, umat Islam masih tidak lupa akan ungkapan-ungkapan mempersenda dan menghina Nabi s.a.w. yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri yang disanjungi ramai (PERINGATAN KEPADA PARA PENYANJUNG INDIVIDU YANG MENGHINA NABI S.A.W.: JANGAN TERJEBAK SAMA!)

1. "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang spesial sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa)." - - Ucapan di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. "Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman Nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir". – Ucapan di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

3. "Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah s.w.t. sahaja." Petikan ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur pada Tarikh 11-05-2000.

Amaran Allah s.w.t terhadap orang yang menghina dan memperlekeh Rasulullah s.a.w:

1. Dalam QS.9.At-Taubah : 61 dinyatakan bahwa siapa saja yang menyakiti Rasulullah SAW akan mendapat azab yang pedih.

2. Dalam QS.9.At-Taubah : 63 ditegaskan barangsiapa yang menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW akan masuk dan kekal dalam Neraka Jahannam serta terhinakan.

3. Dalam QS.33.Al-Ahzaab : 57 dinyatakan bahwa siapa saja yang menyakiti Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka ia dilaknat di dunia dan akhirat serta akan mendapat azab yang menghinakan.

4. Dalam QS.33.Al-Ahzaab : 61 ditegaskan bahwa siapa saja yang menyakiti Rasulullah SAW adalah terlaknat dan dimana saja dijumpai ditangkap dan dibunuh.

5. Dalam QS.58.Al-Mujaadilah : 5 dinyatakan barangsiapa yang menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW niscaya pasti akan disiksa dan terhina.

6. Dalam QS.58.Al-Mujaadilah : 20 ditegaskan barangsiapa yang menentang Allah SWT dan Rasulullah SAW niscaya pasti termasuk orang yang rendah dan hina.

7. Dalam QS.4.An-Nisaa’ : 52 dinyatakan dan ditegaskan bahwa barangsiapa yang dilaknat oleh Allah SWT maka niscaya ia tidak akan memperoleh penolong baginya.

Dalam ketujuh-tujuh ayat di atas sangat jelas bahwasanya mereka yang MENYAKITI dan MENENTANG Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w terhina dan dilaknat serta akan diazab dalam Neraka Jahannam.

Maklumat tambahan tentang penghinaan terhadap nabi s.a.w. dan agama Islam di Internet

Penghinaan dilakukan oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya, Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Beliau  dikatakan bekas penganut agama Islam sangat gemar memaki hamun agama Islam di laman sosial Facebook dan di Twitternya dan atas sebab itu beliau mendapat perhatian meluas selepas didedahkan di stesen berita tempatan.

Gadis gila ini asalnya dikatakan beragama Islam. Malah, ada cubaan beberapa kumpulan untuk mendedahkan secara ekslusif siapa sebenarnya Sitt Al Wuzara?

Salah satu penemuan mereka ialah wanita itu merupakan rakyat Malaysia dan nama asalnya ialah Adlin Abd Jalil. Identitinya dikenal pasti selepas Si Malaun Adlin ini sendiri memuat naik gambar kad pengenalannya untuk tatapan umum. Si Malaun Adlin dikatakan tinggal di Sweeden dan menjadi ahli aktif di sana untuk memurtadkan umat Islam yang berada di Sweden.

Hingga kini, dikhabarkan syaitan bernama Adlin sudah banyak memurtadkan umat Islam dan jumlahnya boleh dikatakan agak tinggi. Setiap hari, ada sahaja kata-kata yang cubaan memesongkan akidah umat Islam dikeluarkan oleh Si Malaun Sesar ini untuk bacaan orang ramai termasuk pengikutnya di Facebook.

Dia juga dikata membuat kajian setiap ayat dalam Al-Quran dan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w, akan tetapi dia akan menyasarkan maksud sebenar ayat atau hadis tersebut agar umat Islam terkeliru.

Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan, Iblis ini senyap seketika daripada operasinya yang suka mengeluarkan kata-kata makian dan lucah terhadap Islam. Namun, Syaitan bertubuh manusia ini akan terus muncul dalam usahanya membuat provokasi melampau tentang Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Beberapa screen shot kata-kata makian dan provokasi Si Iblis itu di Facebook untuk tatapan anda...










Semoga Allah memberi penunjuk kepada semua penghina-penghina di atas sebelum nyawa mereka direntap Malaikat Maut.
Read more...

Kenapa susah-susah lahirkan aku?

Semenyih, Kajang: 31 Januari 2013
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam. Difahamkan, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.

Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi. Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.


IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.


“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Sumber berita di sini.



Apa punya makhluk engkau nih! Allah pinjamkan kau anak, kau dera dan bunuh...




Read more...

Kasih Allah kepada hamba-Nya suatu yang paradoks...

Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya, kekasih itu diberikan sesuatu yang  menyukakan hati dan menghiburkan jiwa. Jika kekasih disakiti, lambat laun kekasih itu akan meninggalkan kita.

Berlainan sekali dengan Allah azzawajalla, kasih-Nya terhadap kekasih-Nya ditunjukkan secara aneh, tidak seperti manusia. Allah mencurahkan kasih terhadap hamba-Nya dengan disusah-susahkan hamba-Nya itu dengan pelbagai penderitaan.


Kekasih-kekasih Allah ialah para rasul dan ambiya dan juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman. Kasih Allah kepada mereka dizahirkan dengan memiskinkan mereka, mereka dibenci orang, disakiti, dihalang perjuangannya dan diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya dan pelbagai lagi.

Mereka dibuang dan terbuang di negara orang dalam kehidupan yang menyusahkan. Namun mereka faham kasih Allah terhadap mereka. Kerana itulah mereka redha, mereka bersabar dalam penderitaan dan kesengsaraan.

Nabi s.a.w pernah bersabda: "Dugaan yang paling dahsyat ditimpakan adalah kepada para rasul dan ambiya dan auliya". Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang diberikan iman kepada mereka. Semakin tinggi iman mereka, semakin berat dugaan ditimpakan kepadanya. Jika kurang iman mereka, kurang pula dugaan yang mereka rasai. Dugaan yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi rendahnya iman.

Jika seorang Islam tidak pernah ditimpa dugaan atau dugaannya ringan sahaja, janganlah segera berasa gembira. Entah-entah anda sudah tidak ada perhatian lagi daripada Tuhannya. Nauzubillah...

Ingatlah...
Kasih Allah s.a.w. kepada hamba-Nya bukan macam manusia, malah kasih Allah kepada hamba-Nya unik kaedahnya.  Hanya orang bertaqwa sahaja benar-benar memahami akan hakikat ini.



Ya Allah, limpahkanlah kasih-Mu ke atas diriku...

Read more...

Seronoknya dikelentong...

PUTRAJAYA - 30 Januari 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan. "Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web khas untuk PRU ke-13 di sini, hari ini. Sumber berita: Di sini



Susah rupanya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, macam kena dirikan sebuah kondominium. Sedangkan banyak negara telah pun menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat tersebut telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi (masa ni aku belum lahir lagi beb!).
Persoalannya, adakah ini merupakan satu lagi siri penipuan oleh SPR?

Pada piliharaya umum 2008, penggunaan dakwat kekal ditarik pada saat-saat akhir. Alasannya adalah untuk mengambil kira hak warganegara yang layak mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal. Bukan calang-calang, alasan ini diberikan oleh Dato' Nazri, menteri undang-undang.

Namun, bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam satu kenyataan kemudiannya mendakwa beliau mahu melaksanakan pelbagai permbaharuan ketika menjadi nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang disembunyikan namanya.

Harapan kita supaya ada lagi kelentong berkualiti seperti ini untuk PRU13. Seronoknya kena kelentong...





Ya beda bedu...

Read more...

Kini, Ruwaibidhah lebih banyak berbicara...

Imam al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9).



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: “Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan”.



Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar. Elemen kemusnahan dan kerosakan umat terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi. Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari).


Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah s.a.w ditanya: Apakah itu Ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah ialah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah) dengan ahli ibadah bagaikan bulan purnama atas seluruh bintang” (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah).



Setiap hari harus baca buku...

Read more...

Bashar Al-Asad dikatakan hampir tewas: Mayat tenteranya bergelimpingan di Kwers

SYRIA (voa-islam.com) – Khamis, 24 Januari 2013, salah seorang tentera Bashar Al-Asad yang membelot mengatakan bahawa jasad pasukan tentera Bashar Al-Asad bergelimpangan di bandar ketenteraan Kwers. Komando Umum Tentara Pembebasa Syria, melalui halaman di jejaring sosial Facebook, menyatakan bahawa tentera Al-Asad yang membelot itu berhasil keluar dengan selamat dari bandar tersebut. Ketika itu, sedang berlangsung pertempuran antara pihak mujahidin dengan tentera Bashar Al-Asad dalam usaha pembebasan bandar berkenaan daripada rejim Bashar.



Halaman sosial tersebut juga menukilkan perkataan seorang mujahidin bahawa jasad dan mayat tentera Bashar memenuhi tempat itu dan bagian tubuh mereka berserakan di sudut – sudut bandar, dan keadaan di sana sukar untuk digambarkan serta tentera pemerintah tidak akan bertahan dan hanya mampu bangkit dalam waktu yang lama. Nasib Presiden Bashar al-Assad hanyalah akan menghitung jari tangan, dan kekuatan ketenteraannya terus merudum, akibat pembelotan, dan akibat penggabungan dengan para pejuang mujahidin yang ingin menggulingkan Bashar al-Assad yang sangat biadab dan keji. (usama/imo).




Doa kaum muslimin di seluruh dunia telah diperkenankan Allah s.w.t...

Read more...

Ali Rustam kata Nasha lebih hebat daripada Pemimpin Tertinggi PAS yang ada sekarang...

MELAKA, 30 Jan — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar PAS memecat Nasharuddin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu. Sambil mempersoalkan mengapa PAS tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin PAS takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden PAS itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

Beberapa bulan lalu Ali Rustam menjadi buah mulut rakyat kerana mengatakan
PR iri hati kerana kehadiran tetamu yang terlalu ramai ketika perkahwinan anaknya

“Saya nak tengok apakah PAS berani pecat Nasharuddin…saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin. “Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharuddin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi PAS yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, pada Rabu.

RM600 ribu sahaja...

Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama PAS dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.



Ish-ish-ish...

Read more...

Sinis: Islam Bermula Di Tanah Arab, Disebarkan Di Barat dan Mati Di Tanah Melayu

Pandangan sinis Ustaz Emran Ahmad terhadap Melayu dalam artikel ini, walaupun sedikit agak keterlaluan tetapi ada mutiara di dalamnya. Sila teruskan pembacaan.

Apabila Islam diturunkan ke dalam masyarakat Arab, ia disebarkan oleh pendakwah Arab ke hampir 1/3 pelusuk dunia. Tidak perlu ustaz dan ulama' untuk melakukan perkara itu, cukup pedagang-pedagang Arab yang membawa dakwah Islam ke China, India dan Tanah Melayu. Seterusnya Islam tersebar ke Eropah dan kitab-kitab, termasuk al-Quran dicetak serta diedarkan sehingga masyarakat barat berebut-rebut membacanya dan menyebarkan isinya. Sehingga kini di Amerika Syarikat sahaja dianggarkan lebih 2.6 juta rakyatnya memeluk Islam dan jumlah itu berkembang dengan pesat. Itu belum mengambil kira perkembangan Islam di United Kingdom, Perancis, Kanada, Australia dan negara-negara lain.

Melayu suka menjadikan al-Qur'an sebagai hantaran perkahwinan

Hanya satu kawasan sahaja di dunia ini yang berjaya menyekat kemaraan dakwah Islam dan berhasil membuatkan orang yang sudah Islam menjadi murtad, iaitu di Malaysia. Di tangan orang Melayu, Al-Quran 'diperam' menjadi hak milik bangsa Melayu sehingga tidak boleh dipegang oleh orang bukan Islam, tidak boleh dibaca oleh orang bukan Islam dan Islam dijadikan agama khusus hanya untuk orang Melayu.


Melayu suka membaca al-Qur'an di atas kuburan

Ingatlah, Islam itu seperti air yang mengalir, ia memberi manfaat dan menyucikan. Namun jika disekat dan dikepong, air itu akan bertakung menjadi kotor kerana tidak mengalir, sampah akan berkumpul dan mengeluarkan bau yang busuk dan menjelekkan

...PECAHKAN kepungan!

...PECAHKAN takungan!

...Biarkan ISLAM itu mengalir barulah airnya akan jernih dan kembali suci!



Saudara saya Firdaus Wong Wai Hung dan mereka yang menyeru dakwah kepada non-Muslim selalu tertekan dengan sikap Melayu yang cuba mahu mengongkong Islam dan mengepungnya sehingga ia menjadi air yang busuk dan memualkan!

p/s Ustaz Emran Ahmad adalah Muslim berbangsa Melayu....



Sumber: Di sini





Wallahualam...

Read more...

Wartawan AS masuk Islam setelah mewawancara komandan mujahidin Aleppo

ALEPO.SYRIA.(voa-islam.com) – Bumi ribath dan jihad senantiasa menyebarkan rahmat. Kerana di sana Allah menurunkan hidayah kepada hamba – hamba-Nya yang membela agama Allah, kehormatan Islam dan muslimin.


Selasa, 29 Januari 2013, para aktivis Syria memaklumkan di jejaring sosial di internet bahawa ada seseorang wartawan Amerika yang masuk Islam setelah berjumpa dengan seorang komandan pejuang Syria di kota Aleppo. Para aktivis mengatakan bahwa wartawan tersebut, yang tidak mahu disebut namanya, bekerja di surat kabar New York Times yang terkenal, masuk Islam setelah wawancara yang memakan masa satu jam bersama komandan Liwaut Tauhid, Abdul Qadir Shalih, di Aleppo. Abdul Qadir Shalih adalah pemuda yang berusia 33 tahun. Beliau bekerja di Mare, salah satu desa Aleppo, sebagai peniaga sebelum ia menjadi komandan batalion Mare yang merebut kuasa dari pemerintah Syria. Kemudian setelah itu ia menjadi komandan batalion Liwaut Tauhid.(usamah/imo).




Wallahualam...

Read more...

30 January, 2013

Koleksi Pemurnian Sejarah

BENARKAH TAUBAT NABI ADAM DITERIMA KERANA BERTAWASUL?
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Tawassul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai oleh segolongan daripada umat Islam sebagai satu cara doa yang mudah dikabulkan. Antara riwayat utama yang dijadikan hujah oleh orang yang mengatakan boleh bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. ialah bertawassulnya Nabi Adam ketika bertaubat kepada Allah s.w.t.

Perkara ini telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: عن عمر بن الخطاب مرفوعاً: " لما اقترف آدم الخطيئة قال يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي فقال الله : يا آدم و كيف عرفت محمدا و لم أخلقه ؟ قال : يا رب لأنك لما خلقتني بيدك و نفخت في من روحك و رفعت رأسي فرأيت على قوائم العرش مكتوبا لا إله إلا الله محمد رسول الله فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلى أحب الخلق فقال الله : صدقت يا آدم إنه لأحب الخلق إلي ادعني بحقه فقد غفرت لك و لولا محمد ما خلقتك .

Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab secara marfu’ bahawa setelah Adam a.s. bersalah kerana melakukan kesilapan lalu baginda berkata, aku memohon ampun dari-Mu dengan hak Muhammad. Allah s.w.t. bertanya, Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Maka sahut Adam: Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menciptakanku, dengan Tangan-Mu, Engkau tiupkan Roh–Mu padaku, dan aku telah mengangkat kepala tiba-tiba aku terpandang pada tiang-tiang arasy tertulis La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah. Maka aku meyakini bahawa sesungguhnya Engkau tidak menyandarkan pada nama Engkau melainkan orang yang paling Engkau kasihi. Maka Allah telah mewahyukan kepada Adam, engkau benar wahai Adam, dia adalah orang yang paling Aku kasihi. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. (al-Mustadrak, no: 4287, jil.1, hal. 722).

Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah dengan rantaian perawi yang sama dengan al-Hakim iaitu daripada Abu al-Harith ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari daripada Ismail bin Maslamah daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ayahnya, Zaid bin Aslam daripada Aslam daripada Umar al-Khattab. Setelah mengemukakan riwayat ini, al-Baihaqi memberikan komennya: “Hanya Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan cerita ini dan dia seorang yang dha’if.” (Dala`il al-Nubuwwah, jil. 5, hal. 489).

Al-Hakim mengatakan riwayat ini sahih sanadnya tetapi al-Zahabi dalam komentar terhadap Kitab al-Mustadrak membantah dengan mengatakan riwayat ini adalah palsu, kerana ‘Abdullah bin Zaid seorang yang lemah dan ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari tidak dikenali siapakah dia. (al-Mustadrak, , jil.1, hal. 723).

Dalam Mizan al-I’tidal di bawah biografi ‘Abdullah bin Muslim al-Fahari, al-Zahabi menyebutkan bahawa beliau ada meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan Wahai Adam kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau. Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah). Al-Hakim sendiri dalam kitabnya al-Madkhal Ila al-Sahih menyatakan bahawa Abdul Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang sememangnya diketahui oleh semua ahli ilmu kerana dialah puncanya.

Oleh itu, madar (paksi) sanad ini ialah ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam. Beliau seorang yang lemah dalam hadis. Abu Zur’ah mengatakan dia seorang yang dha’if. Abu Hatim mengatakan dia tidak kuat dalam hadis walaupun dia seorang yang baik pada dirinya tetapi lemah dalam hadis. Ibn Sa’ad mengatakan dia banyak meriwayatkan hadis dan sangat lemah. Ibn Khuzaimah mengatakan dia bukanlah seorang yang hadisnya dijadikan hujah oleh ahli ilmu kerana buruk hafalannya dan dia seorang ahli ibadat bukan ahli dalam hadis. (Ibn Hajar, Tahzib al-Tahzib, jil. 3, hal. 363-364).

Perawi utama yang dipertikai ialah ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan ‘Abdullah bin Muslim al-Fihri meriwayatkan daripada Isma’il bin Maslamah bin Qa’nab daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sebuah riwayat palsu yang menyatakan: “Wahai Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tentu Aku tidak jadikan engkau.” Ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah. Saya (Ibn Hajar) mengatakan, tidak mustahil perawi sebelumnya (yakni dalam kitab Lisan al-Mizan, ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid) kerana dia sezaman dengannya. ‘Abdullah bin Muslim bin Rusyaid disebutkan oleh Ibn Hibban sebagai seorang yang dituduh mereka-reka hadis. (Lisan al-Mizan jil. 5, hal. 11-12).

Persoalannya mengapa terdapat pertentangan antara apa yang ditulis oleh al-Hakim dalam kedua-dua kitab itu? Jawapannya, al-Hakim menulis al-Mustadrak ketika mencapai usia 72 dalam keadaan ingatannya sudah mengalami kemerosotan. Hafiz Ibn Hajar mengatakan: “Setengah ulama menyebutkan bahawa berlaku perubahan pada ingatan al-Hakim dan menjadi lalai di akhir usianya. Ini dapat dilihat apabila beliau menyebut sekumpulan perawi dalam kitabnya al-Dhu’afa` dan memutuskan bahawa riwayat itu mereka ditinggalkan dan tidak boleh berhujah dengannya tetapi kemudiannya beliau menyebutkan beberapa hadis mereka dalam al-Mustadrak kemudian mentashihkannya! Antaranya ialah beliau mengeluarkan sebuah hadis daripada ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan beliau sendiri menyebutkan di dalam al-Dhu’afa` dan mengatakan Abdul Rahman bin Zaid meriwayatkan beberapa hadis palsu daripada ayahnya yang tidak tersembunyi lagi kepada ahli ilmu kerana dialah puncanya.” (Lisan al-Mizan, hal. 7, hal. 257).

Al-Sakhawi dalam Fath al-Mughith menyebutkan: “Dikatakan sebabnya ialah beliau menyusun al-Mustadrak di hujung usianya dan telah berlaku kepadanya perubahan ingatan dan kelalaian atau beliau tidak berkesempatan untuk menyemak dan menyaringnya, ini dibuktikan sikap bermudahnya (tasahul) pada satu perlima awal sedikit berbanding dengan yang bakinya. (jil.1, hal. 62) Berdasarkan kepada ini, al-Hakim dikenali sebagai ulama yang longgar dalam menilai dan memberi keputusan terhadap status perawi dan kesahihan hadis. Oleh sebab itu, para ulama hadis mengingatkan supaya berhati-hati dengan riwayat-riwayatnya dan dalam hal ini, amat penting kepada kita untuk merujuk kepada Hafiz al-Zahabi yang telah menilai kembali keputusan al-Hakim yang mendakwa sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.

Percanggahan dengan al-Qur`an
Selain dari sudut sanad, riwayat ini terbukti sebagai palsu kerana percanggahan dengan al-Qur`an. Allah s.w.t. berfirman: فَتَلَقَّى آَدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 37).

Para mufassir seperti Ibn Kathir (Tafsir al-Qur`an al-‘Azim, jil. 1, hal. 238), al-Razi (al-Tafsir al-Kabir, jil. 2, hal. 43) dan al-Baidhawi (Anwar al-Tanzil, jil. 1, hal. 73) menyebutkan bahawa maksud beberapa kalimah itu dijelaskan dalam ayat lain, iaitu firman Allah s.w.t.: قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang yang rugi". (Surah al-A’raf: 23)

Adakah Tujuan Penciptaan Nabi Adam Dan Alam Ini Kerana Rasulullah s.a.w. ? Pada potongan kedua riwayat al-Hakim itu terdapat lafaz yang bermaksud: kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan engkau. Dalam sebuah riwayat lain yang dihukumkan palsu disebutkan kalaulah tidak kerana engkau tidaklah Aku jadikan falak-falak ini. Riwayat ini dihukum sebagai palsu oleh al-Saghani, al-Syaukani, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Laknawi dan ramai lagi. (lihat al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 295, Al-Athar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hal. 44, al-Fawaid al-Majmu’ah, hal. 295).

Riwayat ini jelas kepalsuannya kerana bercanggah dengan kenyataan al-Qur`an. وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56) Inilah matlamat penciptaan manusia, diutuskan para rasul dan dijadikan hari pembalasan supaya manusia beribadat kepada Allah. Semua makhluk tidak diciptakan kerana makhluk yang lain. Mendakwa penciptaan alam semesta kerana Rasulullah s.a.w. menyalahi kenyataan jelas yang terkandung dalam al-Qur`an.

Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Qur`an, para ahli tafsir menjelaskan bahawa tujuan penciptaan alam semesta ini ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. yang telah menciptakannya dan meyakini akan kekuasaan dan kebesaran-Nya. Manusia itu sendiri diciptakan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Kebesaran Allah ini membuktikan bahawa hanya Dia yang berhak disembah dan menegaskan betapa luasnya rahmat dan kurniaan-Nya. Kesimpulannya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim ini jelas kepalsuannya dari sudut riwayah dan dirayah. Tokoh-tokoh hadis yang terkenal seperti al-Zahabi dan Hafiz Ibn Hajar memutuskannya sebagai palsu. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengaitkan taubat nabi Adam dengan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. apatah lagi untuk mendakwa bahawa sebab penciptaan alam ini semata-mata kerana Rasulullah s.a.w


PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK
Oleh: Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jilid 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

Mengapa Timbul Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;
1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2. Perempuan seperti tulang rusuk.
3. Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran yang berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890).

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunaan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.
Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

Sokongan Kepada Pentafsiran Ini

Pentafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)
Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.
Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!


BENARKAH HAWA MEMUJUK ADAM MEMAKAN BUAH KHULDI?
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini.

Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم : ولولا حواء لم تخن أنثى زوجها.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”

Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanita pun yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)

Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana riwayat hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat difikirkan dengan aqal semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan berdasarkan kepada ijtihad tetapi pasti bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali beliau mempunyai sumbernya yang tersendiri. Apabila beliau tidak menunjukkan mana-mana riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat Israiliyyat. Kalau diandaikan adanya riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan fakta-fakta al-Quran.

Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan terdedah. Allah s.w.t. berfirman:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20).

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah? (Taha: 120)


BERAPA UMUR AISHA KETIKA MENGAHWINI RASULULLAH S.A.W.?
(At What Age Aisha Marry Prophet Muhammad (Pbuh))
By: Dr. Resit Haylamaz

When covering the life of the Prophet Muhammad, one of the most debatable topics is that of the age of his wife Aisha when the two married.

Her alleged young age has been used in smear campaigns against the Prophet. The latest publication dealing with the topic is "Jewel of Medina" by journalist Sherry Jones - a novel on the life of Aisha. This novel has stirred controversy over the topic, as US publisher Random House expressed its desire to postpone its publication out of fear that its content could spark violence.

Reports that Aisha bint Abi Bakr was 6 or 7 years old when she became engaged and 10 when she married [1] have been the most basic factor in the formation of the view regarding her age of marriage. Also, it should not be forgotten that factors such as similar practices being quite widespread at the time and the physical development of children becoming complete at an earlier age at that time also contributed to the dispersion of this view. For this reason, this subject was not made a current issue for discussion until very recently.

Orientalists who do not consider the conditions of the time period in which an action occurred and who examine Islam from "outside" have made this a current issue. The Muslim world's reaction to this different stance has been mixed. While some have insisted that Aisha's above-mentioned age at marriage is correct [2], others are of the opinion that Aisha was older [3]. In this situation, where it is not always possible to maintain a balanced view, various approaches have developed as an answer to Orientalists' claims, including those that choose to deny the reports or ignore the existence of other alternatives as a response to this view.

First of all, we should know that everyone is a child of the time they live in and therefore must be evaluated according to the cultural context of the relevant time. There are certain values that form a society's customs and when a society is evaluated, these values have to be taken into consideration. Otherwise, were we to attempt to evaluate historical events within today's conditions, we should remember that we are fated to make mistakes.

It is known that during the period when Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, existed, young girls were married at an early age [4] and that age difference was not important in marriage [5]. Especially in regards to young girls, it should not be forgotten that there was social pressure for this, that they matured earlier due to climatic and geographical conditions and that they were seen as goods that needed to grow in their husband's house. Moreover, this is not a matter just related to girls; boys were also married at ages 8, 9 and 10 and they became the head of a family at an age that is perceived as very young today [6]. Perhaps it is this culture that lies at the basis of this issue's not having been questioned until recent times. Otherwise, it was impossible for a mentality that wanted to brew a storm in regards to the Prophet's marriage with Zaynab bint Jahsh and that slandered Aisha after her return from the Muraysi expedition to not criticize such an issue at that time.

In the verses of the Quran that came at the same time, the age for marriage was mentioned and it was emphasized that children should be married when they come of age [7]. So, opposing a divine suggestion cannot be considered. Using the mentality of Umar, if intervention had been a matter of consideration here, the Prophet would surely have been warned in a coming revelation and a step would have been taken to resolve the issue. At any rate, the Prophet's wedding to Aisha took place in accordance with direction from divine will [8].

Now, if you like, putting the extremes behind us and using moderate criteria, let's examine sources related to Aisha's age at marriage once again.

1. While listing names of Muslims during the first days of Islam, Aisha's name, together with her older sister Asma, are listed immediately after the names of the Sabiqun al-Awwalun (the first ones) like Uthman ibn Affan, Zubayr ibn Awwam, Abdurrahman ibn Awf, Sa'd ibn Abi Waqqas, Talha ibn Ubaydullah, Abu Ubayda ibn Jarrah, Arqam ibn Abi al-Arqam and Uthman ibn Maz'un. Being the 18th person to accept Islam, Aisha's name precedes the names of Umayr ibn Abi Waqqas, Abdullah ibn Mas'ud, Salit ibn Amr, Ja'far ibn Abi Talib, Abdullah ibn Jahsh, Abu Hudayfa, Suhayb ibn Sinan, Ammar ibn Yasir, Umar ibn Khattab, Hamza ibn Abdilmuttalib, Habbab ibn Aratt, Said ibn Zayd and Fatima bint Khattab [9]. This means she was living then and was mature enough to make such a choice and exercise her will. In addition, the information in reports that "she was a small girl then" shows that her name was mentioned in a conscious way [10].

This date refers to the early days of Islam. For it is known that Aisha's sister Asma, who was born in 595, was 15 when she became a Muslim [11]. This indicates the year 610, when the Prophet started to receive the revelation and this then shows that Aisha was at least 5, 6 or 7 that day and that she was at least 17 or 18 when she married the Prophet in Medina.

2. In regard to days in Mecca, Aisha said, "I was a girl playing games when the verse, 'Indeed, the Last Hour is their appointed time [for their complete recompense], and the Last Hour will be more grievous and more bitter' [12] was revealed to God's Messenger [13]." This information opens other doors for us regarding her age.
The verse under consideration is the 46th verse of Surah Qamar, the 54th chapter of the Quran, which explains the miracle of the split moon [the splitting of the moon is one of the miracles performed by the Prophet Muhammad]. Revealed as a whole, this surah came while the Prophet was in Ibn Arqam's home in the fourth (614) [14] or eighth (618) or ninth (619) [15] year of his mission, according to differing reports. Looking especially at necessity, some scholars focused on the date being 614; when this date is taken, Aisha either had not been born or had just been born. While when this date is taken it appears that she must have been born at least eight or nine years earlier, the situation does not change much when 618 or 619 are taken. In that situation she would have only been 4 or 5 years old, neither an age at which she would be in a position to understand this event and relate it years later. According to the second possibility, she was probably born when Muhammad's prophethood had just begun [16].

Another matter worth mentioning here is that while describing that day, Aisha stated, "I was a girl playing games." The word she used to describe herself, jariya, is used to describe the passage into puberty. Ibn Yara, an Arab poet, describes this passage as follows: "When a girl becomes 8 years old, she is not a 'jariya.' She is a bridal candidate that I can marry to Utba or Muawiya.Ó" Some scholars say that it is used for girls who are older than 11.

If we look at the issue taking 614 as the year that Surah Qamar was revealed, Aisha would have been born at least eight years before the prophetic mission, or in 606. If we accept 618, then the year of birth would have been 610; this event alone makes it impossible for her to have been 9 when she married.
When this information is combined with her name being on the list of the first Muslims, we get the result that Aisha's date of birth was probably 606. Consequently, she would have been at least 17 when she married.

3. Of course, Aisha's memories of Mecca are not limited to this. In addition to this, the following memories confirm this matter:

a) Her saying that she had seen two people begging who had remained from the Year of the Elephant (the year in which Yemeni King Abraha sent an army of elephants to Mecca in order to destroy the Kaaba; the elephants were pelted with pebbles dropped on them by birds), which occurred 40 years before the prophetic mission and is accepted as a milestone for determining history, and her handing down this information with her sister Asma only [17].

b) Her describing in detail that during difficult times in Mecca, God's Messenger had come to their house morning and evening and that her father, Abu Bakr, who could not endure this hardship, attempted to migrate to Abyssinia [18].

c) Her stating that first it was mandatory to offer two cycles of obligatory prayer and that later it was changed to four cycles for residents, but that during military campaigns two cycles were performed [19].
d) In reports about the early days, there being statements like, "We heard that Isaf and Naila had committed a crime at the Kaaba and for this reason God turned them into stone as a man and woman from the Jurhum tribe [20]."

4. Being betrothed before the engagement: Another factor that supports the above view is that at the time when the Prophet's marriage was a topic of discussion, Aisha was engaged to Mut'im ibn Adiyy's son Jubayr. The suggestion for the Prophet to marry Aisha came from Hawla bint Hakim, the wife of Uthman ibn Maz'un, someone not from the family. Both situations show that she had come to the age of marriage and was known as a young marriageable girl.

As is known, this betrothal was broken by the Ibn Adiyy family due to the possible religious conversion of their son to Islam, and it was only after this that Aisha's engagement to Muhammad, peace and blessings be upon him, took place [21]. Consequently, the marriage agreement was either made before the prophetic mission or when the call to Islam was being made openly (three years after the Prophet began receiving revelation). If it was made before the mission, together with the idea that Aisha was 9 years old when she married being shaken from its foundation, it implies that Aisha was born even earlier than has been thought. For this reason, some say that she was a 13- or 14-year-old girl then [22].

It should not be overlooked that this decision was made during the period when the call to Islam had begun to be made openly. In regard to time, this means 613-614. If it is assumed that Aisha was born four years after the mission, it has to be accepted that she had not yet been born, so it is not possible to talk about a marriage agreement under these circumstances. In this case, it has to be accepted that she was at least 7 or 8 when her engagement was broken, so the year was probably 605 [23].

Here, another possibility can be mentioned; namely, an agreement of arranged future marriage similar to "cradle tallying," an agreement between parents in the early years after the birth of a baby. However, there are no details in the texts under consideration to confirm this.

Dr. ReE¬it Haylamaz is the editor-in-chief of Kaynak Publishing Group.


PEMBAHASAN TENTANG USIA SEBENAR KHADIJAH R.A. SEMASA
BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH S.A.W.

(Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan dakyah ini dan menjangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.


KEPALSUAN KISAH HINDUN MEMAMAH HATI HAMZAH

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi’ah Di Kalangan Ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Sebuah kisah yang boleh dikatakan tiada sebuah buku sirah pun yang ditulis kemudian tidak menyebutkannya ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.

Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali di dalam dunia ini yang mengemukakan kisah tersebut. Kemudian at-Thabari menyebarkannya tetapi melalui jalan riwayat Ibnu Ishaq. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.
Ibnu Ishaq berkata, “Mengikut cerita yang sampai kepada saya menerusi Saleh bin Kaisan, Hindun Binti Utbah dan perempuan-perempuan lain bersamanya melakukan ‘mutslah’ terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang terbunuh.

Mereka memotong telinga-telinga dan hidung-hidung (sahabat-sahabat yang terbunuh itu) sehingga Hindun mencucuk telinga-telinga dan hidung-hidung orang-orang yang terbunuh itu untuk dijadikan sebagai gelang kaki dan kalung-kalung. Dia memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya (anting-anting) kepada Wahsyi, hamba Jubair Bin Muth’im. Dia membelah perut Hamzah dan mengambil hatinya lalu dikunyahnya tetapi tidak dapat ditelannya kerana itu dia memuntahkannya keluar.” (Lihat Sirah Ibnu Ishak m.s. 385, Sirah Ibn Hisyam jilid 3 m.s. 36).

Ibnu Jarir at-Thabari pula meriwayatkan dari Muhammad Bin Humaid, dia mengambil cerita ini dari Salamah Al Abrasy. Salamah pula mengambil dari Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mengatakan, “Saleh Bin Kaisan menceritakan kepadanya…” (Lihat Tarikh al-Umam Wa al-Muluk-at-Thabari jilid 2 m.s. 204).

Salah seorang yang tersebut dalam isnad ini ialah Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Beliau ialah penduduk Ray. Dia selalu menukilkan riwayat dari Ya’kub al-Qummi (seorang penulis kitab-kitab Syiah dan selainnya).
Ya’kub bin Syaibah berkata, “Dia selalu mengemukakan riwayat-riwayat yang sangat mungkar.” Imam Bukhari berkata, “Kedudukannya dipertikaikan.” Abu Zura’ah ar-Razi seorang alim senegeri dengannya berkata, “Dia seorang pendusta besar.” Fadlak ar-Razi juga seorang alim senegeri dengannya berkata, “Saya mempunyai 50,000 riwayat Muhammad bin Hummaid ar-Razi tetapi satupun darinya tidak saya kemukakan kepada orang ramai.”

Pernah Ibnu Kharasy mengemukakan riwayat Muhammad bin Humaid lantas dia berkata, “Demi Allah! Dia berbohong.” Ulama’ hadis yang lain berkata bahawa dia selalu mengambil hadis-hadis orang-orang tertentu kemudian menisbahkannya kepada orang lain. Imam Nasa’i berkata, “Dia seorang yang lemah.” Saleh Jazarah berkata, “Tidak pernah saya lihat dalam hidup saya seorang yang lebih mahir berbohong dari dua orang iaitu pertama, Muhammad bin Humaid (ahli sejarah) dan kedua, Sulaiman as-Syazkumi.”

Imam Fadhlak ar-Razi pernah menceritakan bahawa, “Saya pernah pergi kepada Muhammad bin Humaid. Ketika itu dia sedang mereka sanad-sanad cerita-cerita palsu.” Imam Zahabi berkata, “Muridnya Muarrikh (sejarawan) at-Thabari telah menulis dengan penuh yakin bahawa Muhammad bin Humaid tidak ingat al-Quran.”

Di akhir hayatnya hanya dua orang yang menerima riwayat-riwayat darinya iaitu:
1) Abul Qasim Baghawi
2) Muhammad bin Jarir at-Thabari

Ibnu Humaid meninggal dunia pada tahun 248 H – (Lihat Mizanu al-I’tidal jilid 3 halaman 530, Tahzibu al-Kamal jilid 6 m.s. 286-287).

Seorang lagi yang ada dalam isnad Ibnu Ishak ini ialah Salamah al-Abrasy yang nama penuhnya Salamah bin Fadhl. Dia terkenal dengan gelaran al-Abrasy. Pernah menjadi qadhi di Ray kerana itulah dia dinisbahkan dengan ar-Razi. Kuniahnya ialah Abu Abdillah. Dia terkenal sebagai sejarawan di zamannya selain dianggap sebagai salah seorang perawi penting Maghazi Ibnu Ishaq. Pandangan ulama’ hadis dan rijal terhadapnya dapat dilihat melalui nukilan Imam Zahabi. Beliau menulis, “………Ishaq bin Rahawaih berkata, “Dia seorang dhaif.” Bukhari berkata, “Sesetengah hadisnya mungkar.” Imam Nasa’i berkata, “Dia seorang dhaif.” Ali Ibnu Madini menceritakan, “Setelah kami pulang dari Ray, riwayat-riwayat yang pernah kami dengar dari Salamah kami buangkan dengan anggapan ia adalah karut dan dusta.”

Yahya bin Ma’in berkata, “Salamah al-Abrasy ar-Razi adalah seorang Syiah.” Abu Hatim ar-Razi berkata, “Dia tidak boleh dijadikan hujjah.” Abu Zur’ah ar-Razi berkata, “Penduduk Ray sama sekali tidak suka kepadanya, lantaran fahamannya yang salah. Sebagai seorang qadhi, beliau selalu berlaku zalim terhadap orang ramai meskipun dia bersembahyang dengan khusyuk’. Sebelum menjadi qadhi beliau mengajar kanak-kanak dan beliau meningggal dunia pada tahun 191 H.” (Mizanu al-I’tidal jilid 2 m.s. 12, Tahzibu al-Kamal jilid 3 m.s. 252-253)

Ibnu Ishaq mendakwa riwayat ini diambilnya dari Saleh Bin Kaisan. Siapakah Saleh Bin Kaisan itu? Beliau ialah seorang tabi’i kecil dan tsiqah (perawi yang boleh dipercayai) tetapi beliau lahir selepas 70H dan meninggal dunia pada tahun 140H. Dia lebih tua sedikit dari Muhammad Bin Ishaq sedangkan peristiwa peperangan Uhud telah berlaku 70 tahun sebelum kelahirannya. Siapakah pula yang menceritakannya kepada Saleh? Tentu sekali beliau bukan merupakan penyaksi peristiwa itu dengan mata kepala sendiri. Sudah tentu sekurang-kurangnya seorang yang ‘ghaib’ dalam isnad ini menjadikannya riwayat munqati’. Sepertimana dimaklumi riwayat munqati’ tidak boleh diterima (sebagai hujah).

Sebenarnya Saleh Bin Kaisan tidak pun meriwayatkan kisah ini. Ibnu Ishaq sahaja yang mengaitkannya dengan Saleh. Selain dari Ibnu Ishaq, tidak ada sesiapapun mengambil cerita ini baik dari Saleh Bin Kaisan atau orang lain sepanjang pengetahuan sejarah. Di antara sekian ramai anak murid Ibnu Ishaq pula, tidak ada yang meriwayatkan cerita ini darinya selain Salamah al-Abrasy. Kemudian tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Salamah al-Abrasy selain Muhammad Bin Humaid ar-Razi. Seterusnya tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Muhammad bin Humaid ar-Razi selain dari Ibnu Jarir at-Thabari.

Thabari meninggal dunia pada tahun 310H. Ini bermakna dari tahun 70H hingga tahun 310H, di setiap peringkat hanya ada seorang sahaja yang meriwayatkan kisah ini, seolah-olah ia suatu perkara yang sulit dan perlu dirahsiakan. Ia hanya boleh diterima dari setiap generasi, seorang sahaja!

Sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku dan ia mempunyai saksi yang melihatnya dengan mata kepala, tentu sekali ia tersebar lebih awal dari itu dan sepatutnya perawi-perawi cerita ini semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas itu. Terbuktilah bahawa kisah ini tidak popular kecuali setelah masyarakat Islam menerima apa sahaja riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dan at-Thabari dengan membuta tuli. Kisah ini sebetulnya tidak diketahui oleh sesiapa pun sebelum tahun 70H.

PENILAIAN LOGIK
Dari segi Logiknya, bagaimana Ibnu Ishak hanya nampak Hindun sahaja melakukan perbuatan keji ini dan menuding jari kepadanya sedangkan ramai lagi perempuan-perempuan lain yang turut serta dalam peperangan Uhud selain Hindun seperti Ummu Hakim binti al-Harits Bin Hisyam, Barzah (isteri kepada Safwan bin Umayyah), Barrah binti Mas’ud bin Amar bin Umair as-Saqafiyyah (ibu kepada Abdullah Bin Safwan), Buraithah binti Munabbih bin al-Hajjaj (isteri kepada Amar bin al-’As dan ibu kepada Abdullah bin Amar bin al-As). Sulafah binti Saad, Khunas binti Malik dan Amrah binti Alqamah dan lain-lain lagi. Dalam kesibukan perang dan hingar bingar kedua-dua pasukan yang berperang itu, bagaimana kelihatan kepada Ibnu Ishaq Hindun sedang memakan hati Hamzah dan menjadikan telinga, hidung dan lain-lain anggota Hamzah sebagai gelang kakinya di samping menghadiahkan pula kalung dan subangnya kepada Wahsyi yang telah mensyahidkan Hamzah.

Untuk mengetahui semua tindakan Hindun dengan sah dan tepat, seolah-olahnya Ibnu Ishaq telah mengutus wartawan-wartawan dan juru-juru kamera yang tidak terbabit langsung dalam peperangan, tugas mereka hanyalah menyaksikan dan merakamkan apa yang berlaku dalam peperangan itu lalu melaporkannya kepada Ibnu Ishaq dan menyerahkan pula gambar-gambar sebagai bukti sokongan kepada apa-apa yang disampaikan oleh mereka itu. Untuk mendapat kepastian sedemikian rupa semestinya Ibnu Ishaq dibantu oleh orang-orang tadi. Ini kerana tidak pula orang-orang yang ikut serta secara langsung sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau mereka yang ada di pihak orang-orang kafir tetapi kemudiannya memeluk Islam menceritakan sepertimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq.

Perempuan-perempuan yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah bersama-sama dengan Hindun melakukan mutslah (memotong-motong anggota orang yang telah mati dengan maksud melepaskan geram dan dendam) juga tidak menceritakan seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq itu. Maka bagaimana kita akan menerima riwayat yang melaporkan kisah tersebut menerusi Saleh Bin Kaisan yang lahir setelah lebih 70 tahun berlakunya peristiwa ini dan mengetepikan pula saksi-saksi mata kepala yang turut serta dalam peperangan ini sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau dari kalangan orang-orang kafir.

Wahsyi yang diketahui dan diterima oleh semua sebagai pembunuh Sayyidina Hamzah kemudiannya telah memeluk agama Islam. Jubair bin Muth’im tuan kepada Wahsyi kemudiannya juga memeluk agama Islam. Hindun binti Utbah, isteri Abu Suffian, ibu kepada Sayyidina Muawiyah yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah memakan hati Hamzah, kemudiannya juga telah memeluk agama Islam. Semua mereka ini tidak ada pun menceritakan apa yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq pada hal merekalah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ini dan paling patut dirujuk dan diselidiki penjelasan mereka.

SIKAP IMAM BUKHARI
Imam Bukhari jauh berbeza dari Ibnu Ishaq kerana meriwayatkan kisah pembunuhan Sayyidina Hamzah melalui pembunuhnya sendiri bukan melalui orang yang lahir 70 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Menurut metod ilmu riwayat, riwayat yang dikemukakan oleh Imam Bukhari lebih wajar diterima kerana beliau mengambil dari orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Mari kita perhatikan riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya berhubung peristiwa itu.

RIWAYAT IMAM BUKHARI
Imam Bukhari menukilkan dari Ja’far bin Amar bin Umaiyyah ad-Dhamri dia berkata, “Saya telah berangkat untuk satu perjalanan dengan Ubaidullah bin Adiy bin al-Khiyar. Bila kami sampai di Hims, Ubaidullah bin Adi bertanya kepada saya, “Mahukah engkau berjumpa dengan Wahsyi? Boleh kita tanya kepadanya tentang pembunuhan Sayyidina Hamzah.” Saya berkata, “Tentu sekali.”
Pada hari-hari itu Wahsyi menetap di Hims. Kami bertanya seseorang, “Di mana rumah Wahsyi?” Orang itu menceritakan, “Itu dia Wahsyi sedang duduk di bawah naungan (bayang) rumahnya. Bila kami ternampak dia dalam rupanya yang gemuk dan tidak berambut itu tak ubah seperti sebuah gereba. Kami berdiri sejenak setelah sampai di hadapannya lalu kami memberi salam kepadanya. Beliau menjawab salam kami. Perawi berkata, “Ketika itu Ubaidullah bin Adi bin al-Khiyar menutup muka dan kepalanya dengan serban. Wahsyi tidak nampak apa-apa darinya melainkan dua mata dan kakinya sahaja.”

Ubaidullah pun bertanya Wahsyi, “Kamu kenalkah siapa saya?” Wahsyi mengangkat pandangannya ke arah Ubaiullah, kemudian dia berkata, “Demi Allah! Tidak! Ya, Cuma saya tahu bahawa Adi bin al-Khiyar telah berkahwin dengan seorang perempuan dipanggil Ummul Qital binti Abi al-‘Is. Dengannya Adi bin al-Khiyar telah mendapat seorang anak lelaki. Sayalah yang telah mencari seorang pengasuh untuk anaknya itu dan saya dengan ibunya membawakan anak itu untuk diserahkan kepada pengasuh tersebut. Sekarang saya sedang memerhatikan kaki awak. Saya rasa engkaulah anak itu.” Ubaidullah pun mengalihkan kain dari mukanya. Dia bertanya Wahsyi, “Bolehkah kamu ceritakan kepada kami tentang pembunuhan Hamzah?” Wahsyi menjawab, “Ya, tentu boleh. Ceritanya begini: Hamzah telah membunuh Thu’aimah bin Adi bin al-Khiyar dalam peperangan Badar. Tuan saya Jubair bin Mut’im berkata kepada saya, “Kalau engkau dapat membunuh Hamzah, engkau merdeka.”
Bila saya keluar untuk berperang pada tahun ‘Ainain’ (Ainain ialah salah satu bukit di Uhud, di hadapannya terletak Wadi Uhud), saya juga keluar bersama orang lain untuk berperang. Bila masing-masing pasukan telah membetulkan saf, maka Siba’ bin Abdul Uzza pun tampil kehadapan seraya berkata, “Adakah sesiapa yang akan berlawan?” Wahsyi menceritakan, “Dari kalangan pihak lawan, Hamzah bin Abdul Muthalib tampil ke hadapan seraya berkata, “Oh Siba’! Oh anak Ummu Anmar! Mudim anak-anak perempuan, adakah engkau memerangi Allah dan Rasulnya?” Kemudian dengan pantas Hamzah menyerang lalu dia (Siba’) menjadi seperti kelmarin yang telah berlalu (terus mati). Wahsyi berkata, “Saya ketika itu bersembunyi di sebalik satu batu besar sambil mengintai-intai Hamzah. Bila dia lalu dekat saya, terus saya membaling lembing saya ke arahnya. Lembing itu mengenai bahagian pusatnya lalu menembusi belakangnya. Itulah pertemuan saya yang terakhir dengannya. Bila semua orang pulang dari medan perang, saya juga pulang bersama mereka dan terus menetap di Mekah (selepas merdeka) sehingga Islam tersebar di sana, kemudian saya pun keluar ke Ta’if.”

Bila orang Ta’if menghantarkan utusan-utusan kepada Rasulullah s.a.w. maka ada orang berkata kepada saya, “Nabi tidak mengganggu utusan,” kerana itu saya pun menyertai golongan utusan itu untuk mengadap Nabi s.a.w. Bila Nabi s.a.w. melihat saya, Baginda pun bertanya, “Adakah engkau Wahsyi?” Saya menjawab, “Ya.” Baginda s.a.w. bertanya lagi, “Engkaukah yang telah membunuh Hamzah?” Saya menjawab, “Berita yang sampai kepada tuan itu adalah benar.” Nabi s.a.w. pun bersabda, “Bolehkah engkau sembunyikan mukamu daripada pandanganku?” Wahsyi berkata, “Aku pun pergi dari situ.”

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Musailamah al-Kazzab memberontak. Saya berfikir dalam hati saya bahawa seharusnya saya keluar untuk menentang Musailamah. Boleh jadi saya akan dapat membunuhnya dengan itu terbalaslah (terbayarlah) pembunuhan Hamzah oleh saya. Setelah terfikir begitu saya pun keluar bersama orang ramai untuk berperang. Tiba-tiba (dalam peperangan) saya ternampak seorang sedang berdiri di celah tembok. Dia kelihatan seperti unta yang kehitaman warnanya. Rambutnya berselerak. Saya lepaskan lembing saya ke arahnya dan tepat mengenai dadanya sehingga menembusi belakangnya. Selepas itu tampil seorang Ansar Madinah lalu menetak kepalanya. Abdullah Bin al-Fadhl menceritakan bahawa Sulaiman bin Yasr menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Ibnu Umar berkata, “Seorang perempuan yang ketika itu berdiri di atas bumbung rumah lantas berteriak mengatakan, “Demi Amirul Mukminin (Musailamah al-Kazzab)! Dia telah dibunuh oleh budak Habsyi.” (Lihat Sahih Bukhari jilid 2 m.s. 583).

Demikianlah kedudukan sebenar kisah ini mengikut cerita dari mulut pembunuh Sayyidina Hamzah sendiri. Dari riwayat ini dapat disimpulkan beberapa perkara seperti berikut;

1. Wahsyi adalah hamba kepada Jubair bin Muth’im. Jubair bin Muth’imlah yang mendorongnya membunuh Hamzah dengan janji akan memerdekakannya jika dia berjaya membunuh Hamzah. Di dalam riwayat ini tidak ada isyarat pun tentang campurtangan Hindun dalam pembunuhan Hamzah. Bukan Hindun yang mendorong Wahsyi supaya membunuh Hamzah, bukan juga Hindun yang dapat memerdekakan Wahsyi kerana Wahsyi bukan hambanya, malah dalam riwayat Ibnu Ishaq sendiri pun Wahsyi adalah hamba Jubair bin Muth’im.

2. Dalam riwayat ini juga tidak tersebut Hindun memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya kepada Wahsyi kerana kejayaannya membunuh Hamzah. Bahkan Wahsyi tidak mendapat apa-apa hadiah dari sesiapa pun selain dari hadiah kemerdekaan yang dijanjikan tuannya Jubair bin Muth’im. Sekiranya ada, maka tidak ada sebab kenapa Wahsyi menyembunyikannya.

3. Wahsyi ikut serta dalam peperangan Uhud dari awal hingga akhir di pihak orang-orang kafir Quraisy dan akhir sekali beliau pulang ke rumah bersama orang-orang lain. Di dalam riwayat Bukhari ini beliau tidak menyebutkan cerita perempuan-perempuan membuat kalung dari anggota orang-orang Islam yang syahid yang telah dipotong oleh mereka. Tidak ada juga beliau menyebutkan kisah sesiapa memakan hati sesiapa. Jika diandaikan beliau tidak melihat apa yang dilakukan oleh perempuan-perempuan Quraisy terhadap orang-orang Islam yang mati syahid dalam peperangan Uhud itu terutamanya Hindun sekalipun tetap berkemungkinan juga beliau mendengar cerita itu di Mekah setelah pulang tetapi tiadanya cerita Wahsyi ini daripada perbuatan-perbuatan perempuan tersebut menunjukkan bahawa semua itu tidak benar.

4. Kerana Wahsyi telah membunuh Hamzah yang begitu disayangi oleh Rasulullah s.a.w., Nabi s.a.w. meminta beliau supaya tidak bersemuka dengannya. Tetapi Jubair bin Muth’im, pada ketika pembukaan Mekah tidak pula diminta oleh Rasulullah s.a.w. supaya tidak bersemuka dengannya seperti Wahsyi. Apa yang dilakukan oleh Hindun, jika benar seperti yang didakwa oleh Ibnu Ishaq, bahawa Hindun telah membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya – maka kelakuan itu lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Wahsyi terhadap Hamzah, kerana sudah lumrah dalam peperangan seseorang membunuh pihak lawannya. Tetapi adalah sesuatu yang luar biasa seseorang membelah perut orang yang telah mati dalam peperangan lalu memotong hatinya untuk dikunyah atau dimakan. Sepatutnya Rasulullah s.a.w. juga tidak sanggup bersemuka dengan Hindun sama seperti Wahsyi tetapi sebaliknya apabila Nabi s.a.w. menakluk Mekah, di samping Baginda s.a.w. mengisytiharkan damai, Baginda s.a.w. juga telah mengisytiharkan nama-nama orang yang perlu dihukum bunuh.

Pada ketika itu Hindun tidak tersenarai dalam orang-orang yang perlu dihukum bunuh. Tidak juga Nabi s.a.w. menyatakan kebencian dan dendamnya kepada Hindun malah sebaliknya mengisytiharkan kepada umum bahawa sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abi Sufyan (juga merupakan rumah Hindun) untuk menyelamatkan dirinya, dia terselamat dan mendapat keamanan. Pengisytiharan seperti ini membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa Hindun atau Abu Sufyan tidak terlibat sama sekali dalam pembunuhan Sayidina Hamzah apa lagi untuk dikatakan beliau telah membelah perut Hamzah lalu memakan hatinya. Hindun seperti juga ramai orang-orang Quraisy yang lain telah memeluk agama Islam, selepas berbai’ah dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan bersemuka dengan Nabi s.a.w., beliau secara terbuka menyatakan perasaannya setelah memeluk Islam terhadap Nabi s.a.w. Kata beliau, “Wahai Rasulullah! Dulu tidak ada manusia yang berkhemah di atas muka bumi ini lebih dipandang hina olehku darimu tetapi hari ini tidak ada orang yang berkhemah di muka bumi ini lebih ku kasihi darimu.”

Lihatlah bagaimana beliau menyatakan isihatinya terhadap Nabi s.a.w. dengan bersemuka dan lihatlah pula apa jawapan Nabi s.a.w. dan bagaimana Nabi s.a.w. menyambut kata-katanya itu. Dari kata-kata Nabi s.a.w. itu kiranya sirnalah segala tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadap Hindun, ibu mertua Nabi s.a.w., ibu kepada Ummu Habibah dan juga ibu kepada Sayyidina Mu’awiyah. Baginda s.a.w. lantas bersabda, “Ya, demikian juga aku. Demi Tuhan yang nyawaku berada ditanganNya.” (Lihat Sahih Bukhari jilid 1 m.s. 539)
Ini bermakna Nabi s.a.w. juga kasih kepada Hindun seperti mana Hindun mengasihinya. Malah untuk menyatakan kasihnya yang sungguh-sungguh itu, Baginda s.a.w. bersumpah dengan Tuhan yang nyawanya berada ditanganNya.

5. Daripada dua riwayat berlainan kandungannya yang dikemukakan oleh dua orang tokoh, Ibnu Ishaq dan Imam Bukhari, tergambar dengan jelas aliran pemikiran dan aqidah masing-masing. Yang pertama berfahaman Syi’ah yang sememangnya membenci para sahabat dan memusuhi mereka sementara yang kedua pula mengasihi sahabat seperti Rasulullah s.a.w. sendiri mengasihi mereka.

6. Ibnu Ishaq mendakwa mendapat cerita yang dikemukakannya dari Saleh bin Kaisan yang lahir 70 tahun selepas peristiwa peperangan Uhud itu berlaku. Imam Bukhari pula menerima riwayat yang dikemukakannya dengan sanad yang bersambung-sambung dan tidak terputus. Perawi-perawinya terdiri dari orang-orang yang kuat dengan isnad yang kuat dan tidak terputus-putus. Imam Bukhari mengambil riwayat tentang pembunuhan Hamzah dari pembunuhnya sendiri iaitu Wahsyi. Siapakah yang lebih boleh dipercayai? Seorang yang mengambil riwayat dari orang yang lahir 70 tahun selepas kejadian atau orang yang meriwayatkan sesuatu peristiwa dari orang yang menyaksikan sendiri peristiwa itu malah terlibat secara langsung dalam peristiwa itu?

7. Ibnu Ishaq dan kuncu-kuncunya sebenarnya mahu menanam rasa benci di dalam hati ummah terhadap Sayyidina Muawiyyah yang telah memusnahkan pergerakan musuh Islam selama pemerintahannya 20 tahun sebagai Gabenor dan 20 tahun sebagai Khalifah. Dia seolah-olahnya menghujah para pembaca riwayatnya dengan cerita yang dikemukakan itu, iaitu Sayyidina Muawiyah adalah seseorang yang jahat, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kejahatan dan kekejaman itu bukanlah suatu yang baru bahkan ia adalah suatu yang turun temurun diwarisinya dari ibunya yang telah sanggup membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya, juga diwarisi dari ayahnya yang merupakan kepala kafir Quraisy dalam peperangan Uhud itu. Inilah sebenarnya motif yang telah melahirkan cerita ini ke alam nyata.

8. Ibnu Ishaq sebetulnya mahu mencabar fikiran ummah dengan suatu alasan di sebalik cerita yang dipersembahkan itu. Bahawa jika Wahsyi yang telah melakukan suatu perkara yang lumrah berlaku dalam sesuatu peperangan pun diminta oleh Nabi s.a.w. supaya tidak menunjukkan mukanya kepada Baginda s.a.w., bagaimanakah pula dengan orang yang telah membelah perut Sayyidina Hamzah lalu mengunyah hatinya? Adakah mungkin Rasulullah s.a.w. dapat menerima orang seperti itu? Kalau pun orang itu kemudiannya memeluk agama Islam dan berbai’ah dengan Nabi s.a.w., tetap juga ada kemungkinan bahawa Nabi s.a.w. menerima keislamannya secara taqiyyah!

Imam Bukhari mengemukakan hadis, “Hindun menyatakan isihatinya kepada Rasulullah s.a.w. secara terbuka dan bersemuka dengan Rasulullah s.a.w. seperti disebutkan tadi di bawah bab ‘Kelebihan Hindun Binti Utbah’. Apa yang Imam Bukhari mahu abadikan melalui bab ini ialah Hindun bukan sahaja telah diterima keislamannya, bahkan beliau mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri. Apa yang dapat difahami secara mudah ialah sekurang-kurangnya beliau merupakan mertua kepada Nabi s.a.w. dan ibu kepada Amirul Mukminin Sayyidina Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Itu sahaja pun bagi umat Islam bukan alang kepalang keistimewaannya.


BENARKAH UMAR AL-KHATTAB PERNAH
MEMBUNUH ANAK PEREMPUANNYA?

Ada beberapa buah buku yang disebarkan dengan agak meluas dalam masyarakat memuatkan kisah Sayyidina Umar r.a kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dengan menanamnya hidup-hidup, seperti buku Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), ms. 50-51. Terdapat juga dua artikel yang disiarkan di dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998), dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM (Harakah, 30 Nov. 1998). Kedua-duanya memuatkan cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita yang seperti itu disiarkan oleh musuh Islam tentu sekali tidak ada maksud lain lagi bagi mereka selain untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a sebagai sahabat karib Rasulullah (s.a.w) dan khalifah agung umat Islam.

Cerita yang seperti ini jika disebarkan oleh kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pada pandangan penulis ada dua kemungkinan yang mendorong mereka menyebarkannya. Pertama, kerana jahil dan kedua adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a berada di zaman jahiliah.
Apa peliknya andai kata semasa jahiliah itu Sayyidina Umar r.a telah melakukan demikian! Selain itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam? Dengan kemampuannya yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Umar r.a itu pun setelah memeluk Islam menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian.

Bagi penulis tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana ini telah pun terbukti melalui sekian banyak riwayat-riwayat yang sahih. Tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau ia hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

Alangkah berguna kepada para pembaca sekalian sekiranya penulis buku-buku dan artikel-artikel tersebut mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadis atau kitab-kitab sejarah yang muktabar. Tentu sekali mulanya ia direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali kita umat Islam hari ini kerana menerima apa saja yang disogokkan dalam bentuk cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah (s.a.w) telah pun bersabda yang bermaksud;

“Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa saja yang didengarnya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Tujuan penulis meneliti artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup sahabat Rasulullah (s.a.w), juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah (s.a.w) dan sahabat-sahabat Baginda (s.a.w) kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar tersebut). Begini ceritanya ...

“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”

Selain kisah ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulama’ Islam dalam menilai sesuatu cerita.

Antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.

2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).
Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibu bapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.

Antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibu bapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibu bapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibu bapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!

3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini.

Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;

“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)
Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikurniakan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kurnia Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.

Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu.

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi (s.a.w). Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.

iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.

v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.

v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.

vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.

vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar.
Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

Lelaki:
1. Abdullah
2. Abdul Rahman al-Akbar
3. Abdul Rahman al-Ausath
4. Abdul Rahman al-Ashghar
5. Zaid al-Akbar
6. Zaid al-Ashghar
7. Ubaidullah
8. ‘Aasim
9. ‘lyadh

Perempuan:
1. Hafsah
2. Ruqayyah
3. Fatimah
4. Zainab

Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh Imam Daarimi di dalam Sunannya, atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah (s.a.w) lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang jahiliah. Kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan. Bila saya memanggilnya dia berlari-lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya. Dia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga. Saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya ialah, “Ayah!”.”

Mendengar ceritanya itu Nabi (s.a.w) menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi (s.a.w) berkata kepada orang itu, “Kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah (s.a.w).” Nabi bersabda, “Orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih penting dari itu.” Seraya Baginda (s.a.w) berkata kepada orang itu, “Ceritakan sekali lagi kisah itu.” Orang itu pun mengulangi lagi sekali kisah tersebut menyebabkan Rasulullah (s.a.w) menangis sehingga basah janggutnya.

Kemudian Nabi (s.a.w) bersabda, “Perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah (s.w.t) dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakanlah amalan-amalan yang lain.” (Sunan Daarimi, jilid 1, ms. 3)

Ini adalah satu kisah dari seorang yang tidak diketahui siapa orangnya dan apa namanya. Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat telah mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a padahal cerita ini pun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak dapat disabitkan kerana Wadhin adalah merupakan perawi teratas, lahir pada tahun 80 H dan wafat pada 149 H, sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain di atasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

Dalam istilah ilmu hadits, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi di atasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulama’ rijal hadits tentangnya. Imam Bukhari, Muslim dan Nasa’i tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “Dia seorang yang dhaif.” Abu Hatim berkata, “Setengah-setengah riwayatnya baik tetapi sesetengah yang lain sangatlah buruk.” Jauzajani berkata, “Riwayat-riwayatnya adalah lemah.” (Mizan al-I’tidal, jilid 4, ms. 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “Ingatannya sangat teruk di samping tertuduh berfahaman Qadariyah.” (Taqribu at-Tahzib jilid 2 ms. 331)

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan pula tidak disebutkan dengan jelas namanya, kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyidina Umar r.a? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak berani dilakukan dengan sengaja, kecuali oleh musuh-musuh Islam.

Dipetik dari artikel asal oleh Maulana Asri Yusoff melalui laman web Darul Kautsar.


BENARKAH NABI S.A.W. DAN ABU BAKAR MENYUAPKAN YAHUDI TUA TANPA MEMBERITAHU IDENTITI MEREKA?

Sering kali kita mendengar di corong radio, TV, penceramah di surau & masjid mahupun di atas pentas forum. Kisah ini tidak lain tidak bukan adalah berkenaan Nabi Muhammad SAW menyuap seorang Yahudi tua di pasar setiap hari & Abu Bakar menyambung tugas ini selepas kewafatan Baginda SAW. Riwayat yang selalu didengar dan juga dibaca di blog adalah seperti berikut;

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. hampir setiap hari memberi dan menyuapkan makanan kepada seorang pengemis buta beragama Yahudi yang mengemis di sebuah pasar. Ketika menyuap makanan kepada pengemis tua ini. Yahudi tua ini tidak pernah putus mencerca akan Rasulullah s.a.w. dan menghina agama Islam. Namun Nabi tidak pernah memarahinya malah Nabi dengan sabar terus menyuap makanan kepada Yahudi tua yang buta ini. Hampir beberapa lama peristiwa ini berlaku sebegitu. Yang akhirnya apabila Rasulullah telah wafat, kerja mulia ini telah diambil alih oleh Abu Bakar. Itupun setelah mendapat arahan dan nasihat dari Fatimah sebagai menyambung kerja mulia Rasulullah s.a.w.

Setelah disuapkan, Pengemis buta Yahudi ini telah membentak kepada Abu Bakar dan mengatakan bahawa engkau ini bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap hari. Abu Bakar berkata bahawa akulah yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata pengemis tua itu dan menyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas sekali, Makanan yang keras dilembutkannya terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah pengemis buta kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Pengemis bertanya " Di manakah orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Pengemis tua ini menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asabab ini, ia telah memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, yang sanggup menyuapkan makanan kepada orang yang menghinanya pada setiap hari.

Kemusykilan

1) Saya telah membaca di banyak laman web dan blog namun semua penulis tidak meletakkan rujukan kitab mana datangnya kisah ini? Adakah ianya terdapat di dalam kitab Hadis Bukhari & Muslim mahupun kita hadis yang lain ataupun kitab sejarah yang lain?

2) Adakah mungkin Nabi SAW merahsiakan tentang dirinya dan risalahnya dari si Yahudi buta sedangkan sifat yang WAJIB ada pada setiap nabi & Rasul adalah Siddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah? Bukankah tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyampaikan kalimah tauhid kepada umat manusia?

3) Adakah Yahudi tua ini lebih zalim dan teruk dari Abu Lahab sedangkan Abu Lahab yang menentang Nabi Muhammad SAW ketika permulaan Islam di Mekah juga diseru untuk memeluk Islam jadi kenapa pula Nabi SAW menyembunyikan siapa dirinya dan risalah Islam dari Yahudi tua tersebut?

4) Jika perbuatan tersebut dilakukan setiap hari oleh Nabi SAW DI PASAR, maka seperti kita ketahui, pasar adalah tempat umum, dan tempat berkumpulnya orang banyak. Apakah mungkin perbuatan Nabi yang dilakukan setiap hari dan ditempat umum dan dikatakan terus dilakukannya sampai akhir hayatnya ini tidak disaksikan oleh banyak shahabatnya? Kalau disaksikan banyak sahabat, maka di manakah hadis yang meriwayatkan kisah ini?

5) Abu Bakar as-Siddiq cuba menipu si Yahudi buta. Mana mungkin yang digelar as-Siddiq menipu. Bukankah ini seolah-oleh merendahkan kemuliaan Abu Bakar yang diberi gelaran as-Siddiq?
Cukup saya letakkan 5 persoalan di atas untuk kita fikirkan bersama. Ada sesetengah pengkaji mengatakan ianya palsu manakala mereka yang menulis di dalam blog dan menyebarkan melalui ceramah pula tidak memberikan rujukan kisah ini. Suka saya kongsikan dengan anda beberapa hadis dari Baginda SAW sebagai peringatan untuk diri ini dan anda semua;

Daripada Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka.” “Barang siapa yang berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka". [HR. Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8].

"Daripada ‘Ali, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w, ‘Janganlah kamu berdusta atas (nama)ku, karena se-sungguhnya barang siapa yang berdusta atas namaku, maka pasti ia masuk Neraka” [HSR. Ahmad (I/83), al-Bukhari (no. 106), Muslim (I/9) dan at-Tirmidzi (no. 2660)]
"Daripada Mughirah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Se-sungguhnya berdusta atas (nama)ku tidaklah sama seperti berdusta atas nama orang lain. Barang siapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendak-lah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka”.[HSR. Al-Bukhari (no. 1291) dan Muslim (I/10), diri-wayatkan pula semakna dengan hadits ini oleh Abu Ya’la (I/414 no. 962), cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah dari Sa’id bin Zaid].

"Cukuplah seorang itu dikatakan pendusta, jika menyampaikan setiap apa yang dia dengar".[Sahih Muslim]
Maka saya dengan rendah diri memohon kepada mana-mana pihak yang mempunyai rujukan agar kongsikan dengan saya bagi tatapan para pembaca. Saya secara peribadi mengambil pendekatan bahawa kemungkinan untuk kisah ini adalah palsu lebih tinggi berbanding sahih. Walaupun terdapat pengajaran di dalam kisah ini namun ini bukan caranya orang Islam menyampaikan agama Islam terutamanya dengan menisbahkan kisah ini kepada Nabi Muhammad SAW dan juga seolah-olah kisah ini merendahkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq... Wallahualam....

HIJRAH: BENARKAH ALI IBNI ABI TALIB TIDUR DI ATAS KATIL RASULULLAH S.A.W PADA MALAM BERLAKUNYA HIJRAH?

Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu:

• Nabi s.a.w. berhijrah dari rumah Baginda s.a.w. pada waktu malam.

• Baginda s.a.w. memerintahkan supaya Ali tidur di atas katil Baginda s.a.w. pada malam berlakunya hijrah itu.

• Orang-orang kafir Quraisy mengepung rumah Nabi s.a.w. pada malam itu dan pada keesokan paginya barulah mereka sedari bahawa yang tidur di atas katil Nabi itu ialah Sayyidina Ali r.a. bukan Nabi s.a.w. sendiri.

• Sambil keluar dari rumah untuk berhijrah itu Nabi s.a.w. menaburkan tanah atau pasir di atas kepala orang-orang kafir yang menanti peluang untuk menyerbu rumah Rasulullah s.a.w. demi untuk membunuh Baginda s.a.w. dan dengan itu mereka tidak sedar lagi bilakah Rasulullah s.a.w. keluar dari rumah Baginda s.a.w.

• Sambil mEnabur pasir atau tanah itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat 9, surah Yasin.

• Cadangan supaya Nabi s.a.w. dibunuh disyorkan oleh Abu Jahal dan disokong oleh seorang tua Najdi dalam mesyuarat sebelum tindakan menyerbu dan mengepung rumah Rasulullah s.a.w. pada malam hijrah itu.

RUJUKAN UTAMA PERISTIWA HIJRAH

Tetapi adakah kita tahu siapakah yang menjadi rujukan kepada penyusun buku-buku yang memuatkan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dengan perincian seperti yang disebutkan tadi?

Rujukan mereka dalam soal ini juga sama seperti rujukan mereka dalam soal-soal lain berkaitan sirah nabi saw, Muhammad Ibnu Ishaq ( Ibnu Ishaq) melalui Ibnu Hisyam dan Salamah al-Abrasy, Waqidi, melalui Thabari dan Ibnu Saad. ( Lihat Sirah Ibnu Ishaq m.s. 221-223, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m.s. 89-92, Tarikh al-umam Wa al-Muluk at-Thabari jilid 2 m.s. 98-100, at-Thabaqat al-Kubra Ibnu Sa’ad jilid 1 ms. 175-177).

PERISTIWA HIJRAH MENGIKUT RIWAYAT BUKHARI

Sebagai perbandingan dengan riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq berhubung dengan peristiwa hijrah, baik sekali kiranya kita mengemukakan di sini riwayat Bukhari di dalam sahihnya yang agak panjang berhubung dengan peristiwa ini tetapi kita akan memetik sekadar yang berkaitan sahaja. Setelah ini diharapkan kita akan dapat menyimpulkan beberapa fakta berkenaan perbezaan dan kelainan yang terdapat di antara riwayat Ibnu Ishaq dan riwayat Imam Bukhari.

Nabi saw pernah berkata kepada orang-orang Islam pada hari-hari sebelum hijrah, “Sesungguhnya aku telah bermimpi melihat negeri hijrah itu, letaknya dalam kebun tamar di antara dua kawasan berbatu hitam”.

Setelah itu berhijrahlah sesiapa yang mahu berhijrah ke Madinah. Kebanyakan orang-orang yang telah berhijrah ke bumi Habsyah kembali ke Madinah. Abu Bakar juga telah bersedia berangkat ke Madinah. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Engkau tunggu dulu kerana saya berharap akan diizinkan kepada saya untuk berhijrah”. Abu Bakar lantas berkata, “Kutebus engkau dengan ayahku dan ibuku. Adakah engkau berharap demikian?”. Abu Bakar pun menahan dirinya dari terus pergi ke Madinah untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w. nanti. Beliau memberi daun samur sebagai makanan kepada 2 ekor unta kepunyaannya selama 4 bulan.

Ibnu Syihab berkata, “Kata Urwah, “A’ishah terus bercerita, “Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk-duduk di rumah Abu Bakar pada waktu tengah Hari, tiba-tiba ada orang berkata kepada Abu Bakar, “Itu Rasulullah datang pada waktu yang tidak pernah ia datang kepada kami padanya”. Abu Bakar pun berkata, “Demi Allah ! Kutebus engkau dengan ibu bapaku. Pasti ada perkara penting yang mendorongnya datang pada waktu ini”. A’ishah menceritakan, Rasululllah s.a.w. pun sampai. Baginda s.a.w. meminta izin (untuk masuk). Terus diizinkan kepada Baginda s.a.w. lalu masuklah nabi s.a.w. sambil berkata kepada Abu Bakar, “Keluarkanlah sesiapa yang ada di rumahmu”. Abu Bakar berkata, “ Tiada orang lain, mereka ahli keluargaku. Kutebus engkau dengan ayahku wahai Rasulullah!”. Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya aku telah diizinkan untuk keluar”. Abu Bakar pun berkata, “Kutebus engkau dengan ayahku, wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan saya bersama?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ya”. Abu Bakar berkata, “Kalau begitu ambillah salah satu dari dua ekor unta saya ini, wahai Rasulullah ! Kutebus engkau dengan ayahku”. Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengan dibeli”.

A’ishah berkata, “Kami pun menyediakan keperluan-keperluan perjalanan untuk mereka berdua dengan segera dan kami memasukkan makanan untuk mereka ke dalam satu bungkusan. Asma’ membelah dua tali pinggangnya lalu mengikat bungkusan itu dengannya kerana itulah beliau dinamakan ‘perempuan yang mempunyai dua tali pinggang’ (Zaatu an Nithaqain)”.

Kata A’ishah, “Kemudian Rasulullah saw dan Abu Bakar pun sampai ke sebuah gua di Jabal Tsaur. Di situlah mereka bersembunyi selama tiga malam ditemani oleh Abdullah anak Abu Bakar. Ketika itu beliau masih muda belia, sangat pintar dan cerdas. Dia keluar dari tempat itu sebelum fajar. Di waktu pagi beliau sudah berada di Mekah bersama orang Quraisy seolah-olah dia juga bermalam di Mekah. Tidak didengarnya sesuatu yang mengancam Rasulullah s.a.w. dan ayahnya melainkan dibawanya berita itu kepada mereka pada waktu malam.

Amir bin Fuhairah, hamba yang dibebaskan Abu Bakar pula menternak kambing dan melepaskannya di kawasan itu pada waktu Isyak dengan itu Rasulullah saw dan Abu Bakar bermalam dalam keadaan kenyang kerana meminum susunya. Bila tiba waktu dinihari, Amir Bin Fuhairah menghalau kambing-kambing itu (ke kawasan lain). Demikianlah dilakukannya pada tiga malam itu.

Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar telah mengupah seorang lelaki dari Bani Dil sebagai pemandu perjalanannya. Dia merupakan sekutu keluarga ‘As Bin Wa’il as-Sahmi dan ketika itu masih bersama dalam ugama orang-orang Quraisy. Bagaimanapun mereka berdua mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta kepadanya dengan perjanjian dia akan datang ke Gua Tsaur pada pagi hari yang ketiga. Selepas itu Amir Bin Fuhairah dan pemandu tadi berangkatlah bersama Rasulullah saw dan Abu Bakar. Pemandu mereka membawa mereka melalui jalan tepi pantai.( Lihat Sahih Bukhari jilid 1 m.s. 552- 554)

Riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dan riwayat yang dikemukakan oleh Bukhari ini apabila diteliti, di sana terdapat banyak perbezaan di antara kedua-duanya. Di antara yang dapat disimpulkan dari riwayat Bukhari ini ialah seperti berikut :

KESIMPULAN DARI RIWAYAT BUKHARI
Daripada riwayat Bukhari ini dapat diambil beberapa kesimpulan sebagaimana berikut :

I. Hijrah ke Madinah berlaku dari rumah Abu Bakar pada waktu tengah hari bukannya pada waktu malam. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mendapat perintah supaya berhijrah, Baginda s.a.w. terus ke rumah Abu Bakar pada waktu tengah hari, iaitu suatu waktu yang tidak biasa Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar. Fakta yang sama juga terdapat dalam satu keterangan Ibnu Ishaq. Malah Ibnu Ishaq dengan jelas menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersama-sama Abu Bakar telah keluar melalui jendela belakang rumah Abu Bakar pada waktu siang itu dan mereka terus menuju ke gua di atas Bukit Thaur (Lihat Sirah Ibnu Ishaq m.s. 224, Sirah Ibnu Hisham jilid 2 m.s. 93) Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah bukan suatu yang dirancang sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sebelum itu menurut sesetengah penulis Sirah.

II. Di dalam riwayat Bukhari ini, tidak pun disebutkan Sayyidina Ali diminta supaya tidur di atas tempat tidur Nabi saw dan tidak juga disebutkan Nabi saw keluar dari rumahnya dalam keadaan rumahnya dikepung oleh musuh-musuh baginda saw sambil baginda saw menaburkan tanah atau pasir di atas kepala musuh-musuh yang mengepung rumah itu.

III. Apa yang didapati dalam tulisan sesetengah penulis sirah bahawa Rasulullah saw pergi ke rumah Abu Bakar sebanyak dua kali. Kali pertama pada waktu siang (seperti apa yang tersebut dalam riwayat Bukhari), menurut penulis-penulis sirah itu hijrah tidak berlaku pada kepergian kali pertama ini dan kali kedua ialah pada waktu malam di mana peristiwa hijrah itu benar-benar berlaku (menurut riwayat Ibnu Ishaq) ertinya menurut pendapat mereka hijrah berlaku pada waktu malam dari rumah Abu Bakar. Ini tidak benar sama sekali dan tidak benar juga penulis-penulis yang menyebutkan Rasulullah s.a.w. ke rumah Abu Bakar pada waktu siang itu adalah 3 hari sebelum berlakunya peristiwa Hijrah sebenar pada waktu malam. Tujuannya ialah untuk memaklumkan kepada Abu Bakar dan menyiapkan bekalan berupa makanan dan sebagainya di rumah Abu Bakar.

IV. Riwayat Bukhari ini dengan jelas menolak pandangan penulis-penulis tersebut. Ini kerana tidak tersebut di dalamnya Rasulullah s.a.w. berhijrah pada waktu malam dari rumah Abu Bakar. Sementara riwayat Ibnu Ishaq pula menceritakan Rasulullah s.a.w. berhijrah dari rumah baginda s.a.w. sendiri pada waktu malam. Di samping itu tidak ada lagi keperluan memaklumkan kepada Abu Bakar seperti yang didakwa itu. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memaklumkan kepada Abu Bakar 4 bulan sebelum itu seperti yang terdapat dalam riwayat Bukhari ini?. Kerana itu Abu Bakar telah pun menyiapkan dua ekor unta dan sebagainya. Bekalan makanan bagaimanakah harus disediakan oleh Rasulullah s.a.w. di rumah Abu Bakar selama 3 hari sebelum berhijrah itu?

V. Apa yang sebenarnya ialah hijrah berlaku pada waktu siang seperti yang jelas kelihatan dalam riwayat Bukhari tadi. Segala kecelaruan berlaku tidak lain melainkan kerana sikap penulis-penulis sirah yang cuba mengkompromikan riwayat Ibnu Ishaq dengan riwayat-riwayat sahih Bukhari seolah-olah mereka menaiki dua buah sampan, sebelah kaki berada di dalam satu sampan dan sebelah kaki lagi berada di sampan yang lain. Mereka tidak mahu meninggalkan Bukhari dan tidak juga mahu meninggalkan Ibnu Ishaq. Alangkah sukar dan sia-sianya percubaan yang telah dilakukan oleh mereka itu!

VI. Sayyidatina A’ishah bersama Asma’ menyiapkan bekal untuk perjalanan Rasulullah saw dengan cepat-cepat kerana permulaan hijrah berlaku pada masa itu juga.

VII. Boleh dikatakan semua anggota keluarga Sayyidina Abu Bakar memainkan peranan dalam menjayakan langkah-langkah hijrah yang berlaku pada saat yang sangat genting itu. Abdullah Bin Abu Bakar selama 3 malam berturut-turut menemani Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Abu Bakar di Gua Thaur. Pada waktu siang pula beliau bersama dengan masyarakat mengintip sesuatu yang mungkin mengancam mereka berdua. Amir Bin Fuhairah hamba bebasan Abu Bakar menghalau kambingnya ke kawasan sekitar bukit itu dengan maksud menyediakan susu untuk Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Abu Bakar pada waktu malamnya. Semuanya berlaku dalam keadaan yang tidak disangka atau diragui oleh sesiapapun.

VIII. Di dalam riwayat Bukhari itu tidak disebutkan kisah syaitan telah menyamar sebagai orang tua Najdi dan menghadiri majlis mesyuarat pembesar-pembesar Quraisy yang merancang untuk membinasakan Rasulullah saw tetapi ia terdapat di dalam riwayat Ibnu Ishaq.

Demikianlah sebahagian dari kenyataan-kenyataan penting yang membezakan di antara riwayat Imam Bukhari dan riwayat Ibnu Ishaq. Tetapi berapa keratkah dari kalangan Ahlus Sunnah sendiri yang menerima hijrah ini berlaku pada waktu tengah hari? Siapakah di antara penulis sirah di kalangan Ahlus Sunnah baik dahulu mahupun sekarang yang tidak menyebutkan peranan Sayyidina Ali yang tidur di atas katil Nabi saw sehingga mengelirukan orang-orang yang mengepungnya??

PERANAN IBNU ISHAQ DAN KUNCU-KUNCUNYA
Sungguh besar peranan Ibnu Ishaq dan orang-orang sepertinya dalam mengelirukan ummah. Suntikan-suntikan yang diberikan oleh mereka hingga sekarang masih belum dapat mengembalikan kesedaran umat Islam dari pengsan! Siapakah yang mengatakan kitab Sahih Bukhari adalah kitab rujukan terpenting dan tertinggi bagi umat Islam selepas al-Quran. Ulama’-ulama’ itulah! Tetapi dalam soal ini riwayat siapakah yang dipegang oleh mereka? Bagaimana riwayat Bukhari boleh tercicir dari ingatan mereka? Bukankah musuh-musuh Islam telah berjaya melalui ejen-ejennya yang menyelinap masuk sebagai perawi-perawi hadis dan sebagai penulis-penulis kitab sirah dan maghazi dalam memesongkan pemikiran umat Islam!?

KEBATHILAN RIWAYAT IBNU ISHAQ
Setelah mengetahui titik-titik perbezaan di antara Sahih Bukhari dan riwayat-riwayat Ibnu Ishaq sekarang marilah pula kita teliti secara kritis riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq itu. Di manakah letak kelemahannya, sudut-sudut yang boleh dipertikaikan dan aspek-aspek yang tidak dapat bertahan bila diuji dengan lojik dan akal yang sejahtera. Di antara yang boleh disebutkan adalah seperti berikut:

1) Di dalam riwayat Ibnu Ishaq tersebut ketika ketua-ketua Quraish berbincang di Dar an-Nadwah berkenaan apakah tindakan yang seharusnya mereka ambil terhadap Rasulullah s.a.w. disebutkan iblis datang dalam rupa seorang tua yang hebat. Syeikh ini dikatakan orang Najd. Akhir sekali setelah Abu Jahal mengemukakan pendapat, “Dibunuh saja oleh sekumpulan anak-anak muda dari setiap qabilah,”. Syeikh Najdi itu menyokong dan membenarkan pendapat itu.

Persoalan yang timbul di sini ialah apakah nama Sheikh itu? Tidak adakah dari kalangan anggota majlis mesyuarat itu sebelum itu memang mengenalinya? Apa yang nyata dari riwayat tersebut ialah Syeikh itu tiba-tiba muncul ketika mesyuarat itu akan bermula, ini bermakna mereka tidak mengenalinya sebelum itu. Tidak tersebut langsung dalam riwayat Ibnu Ishaq qabilah manakah yang diwakilinya. Mungkinkah satu mesyuarat penting dan sulit untuk merancang seseorang dijalankan dengan dihadiri oleh seorang yang tidak diketahui dari mana datangnya dan siapa namanya? Bagaimana pula Ibnu Ishaq mengetahui bahawa Syeikh itu ialah seorang Iblis? Atau adakah sesiapa dari ahli mesyuarat itu menceritakan kepada Ibnu Ishaq bahawa orang itu ialah iblis? Ini semua tidak lebih dari khurafat semata-mata!

2) Dalam riwayat Bukhari tidak tersebut langsung peranan Sayyidina Ali dalam peristiwa Hijrah ini. Apa yang ada ialah peranan Abu Bakar dan keluarganya dan orang-orang yang ada kaitan dengannya. Sebaliknya di dalam riwayat Ibnu Ishaq, Sayyidina Ali telah memainkan satu peranan yang paling penting di mana beliau diarahkan supaya tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w. pada malam berlakunya hijrah, setelah rumah Baginda s.a.w. dikepung oleh pemuda-pemuda yang akan menyerbu untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

Melalui riwayatnya Ibnu Ishaq mahu menonjolkan keberanian luar biasa Sayyidina Ali kerana sanggup berbaring di tempat tidur Rasulullah s.a.w. yang pada bila-bila masa mungkin diserang oleh pihak musuh. Tetapi Ibnu Ishaq sendiri meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. telah pun bersabda pada Ali bin Abi Thalib supaya tidur di atas tilamnya dan berselimut dengan selimutnya dengan tenang tanpa sebarang kebimbangan kerana, “ tidak ada sesuatu yang tidak baik akan menimpa engkau.” Bukankah sabda Rasulullah s.a.w. kepada Sayyidina Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq ini bertentangan dengan apa yang ingin dibuktikan olehnya? Dia mahu membuktikan keberanian Sayyidina Ali yang tiada tolok bandingnya tetapi bagaimana akan terbukti keberanian itu bila sudah ada jaminan dari nabi s.a.w. bahawa tidak akan ada sesuatu yang tidak baik akan menimpa Sayyidina Ali dengan mengambil tempat tidur Baginda s.a.w. dan berselimut dengan selimut Baginda s.a.w.? Seorang mukmin yang paling pengecut sekalipun akan berani tidur di atas tilam Nabi s.a.w. setelah mendapat jaminan seperti itu dari Rasulullah s.a.w. sendiri!

3) Menurut as-Suhaili, pensyarah kepada kitab Sirah Ibnu Hisham bahawa sebabnya anak-anak muda yang ditugaskan membunuh Rasulullah s.a.w tidak menyerbu masuk ke dalam rumah tetapi menunggu sahaja di luar rumah kerana orang-orang Arab menganggap aib besar jika seseorang menyerbu masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya orang-orang perempuan- (Lihat ar-Raudhu al-Unf jilid 4 ms.s. 201)

Jika sudah diketahui begitu adat orang-orang Arab maka apalah mencabar sangat Sayyidina Ali tidur di atas tilam Rasulullah s.a.w. itu? Kerana beliau boleh tidur selena-lenanya tanpa ada sebarang kekhuatiran lantaran sudah menjadi kebiasaan orang Arab tidak akan menyerbu ke dalam rumah yang ada orang-orang perempuan di dalamnya. Sememangnya pun ada orang-orang perempuan di dalam rumah Rasulullah s.a.w. iaitu anak-anaknya Ruqayyah, Ummul Kulthum, Fatimah, Ummul Aiman dan isterinya Saudah.

4) Jika Hijrah ini tidak diterima berlaku pada waktu malam malah berlaku pada waktu tengah hari seperti yang tersebut dalam riwayat Imam Bukhari maka di manakah ruang yang ada untuk menonjolkan Sayyidina Ali? Sayyidina Ali akan kelihatan tidak berperanan langsung jika diterima hijrah itu berlaku pada waktu siang dan kepada orang-orang seperti Ibnu Ishaq terlalu berat untuk mengakui dan mengiktiraf kelebihan Abu Bakar dan ahli keluarganya, oleh itu semestinya dilakukan sesuatu. Melalui cerita ini Ibnu Ishaq cuba memindahkah kelebihan Abu Bakar dan keluarganya kepada Ali. Dengan menerima cerita ini secara tidak langsung akan berkuranglah kelebihan Abu Bakar seperti yang kelihatan dalam riwayat Bukhari. Di sinilah letaknya punca penyakit golongan Syiah dan inilah sebenarnya punca kemunculan cerita ini ke alam nyata.

5) Riwayat Ibnu Ishaq menyatakan hijrah berlaku pada waktu malam. Sekali pandang riwayat ini lebih sesuai untuk diterima kerana pada waktu malam biasanya orang tidur dan keadaan sekeliling pun gelap, kerana itulah tidak ada sesiapapun mempertikaikan riwayat Ibnu Ishaq ini. Kalau pun ada riwayat Bukhari yang menyatakan hijrah berlaku pada waktu tengah hari, para ulamak akan c1uba menyesuaikannya dengan riwayat Ibnu Ishaq tadi dengan mengatakan misalnya nabi s.a.w. ke rumah Abu Bakar pada waktu tengah hari itu bukanlah dengan maksud untuk berhijrah pada waktu tengah hari itu tetapi semata-mata untuk menyatakan keizinan Allah s.w.t. untuk berhijrah bersama Abu Bakar dan juga untuk persiapan perjalanan yang akan berlangsung sehari selepas itu menurut setengah-setengah penulis atau 3 hari selepas itu menurut sesetengah penulis yang lain pula.

Mereka semua lupa bahawa keadaan cuaca panas dan kebiasaan masyarakat Arab mendorong mereka berurusan pada waktu malam seperti membeli-belah dan lain-lain. Pada waktu siang pula mereka tidak keluar rumah, sama ada tidur atau berehat di dalam rumah. Keadaan ini boleh lagi disaksikan menjadi kebiasaan mereka hingga ke hari ini, sama ada di Mekah, Madinah, di Jeddah atau lain-lain tempat.

6) Dari riwayat Bukhari dapat difahami bahawa Nabi s.a.w. baru mengetahui keputusan orang-orang Quraisy supaya Baginda s.a.w. ditangkap dan dibunuh melalui Suraqah yang mengejar Nabi s.a.w. setelah Baginda s.a.w. keluar dari gua selepas tiga hari bersembunyi di dalamnya. Dalam keputusan mesyuarat ketua-ketua kafir Quraisy itu tidak disebutkan Rasulullah s.a.w. sahaja malah Abu Bakar pun termasuk dalam senarai yang dikehendaki supaya ditangkap dan dibunuh itu. Kepada orang-orang yang dapat menangkap dan membunuh Rasulullah s.a.w atau Abu Bakar ditawarkan saguhati yang begitu besar iaitu 100 ekor unta untuk setiap orang. Kerana tertarik dengan tawaran itu Suraqah telah mengejar untuk menangkap mereka tetapi tidak berjaya. Akhirnya Suraqah masuk Islam.

Di dalam riwayat ini tidak tersebut pun Sayyidina Ali di antara orang-orang yang dikehendaki dan ditawarkan saguhati kepada sesiapa yang dapat menangkapnya. Ini menunjukkan bahawa Sayyidina Abu Bakar adalah seorang yang sangat penting di sisi Rasulullah s.a.w. dan juga pada pandangan orang kafir. Adapun Sayyidina Ali mengikut riwayat Ibnu Ishaq setelah keesokan paginya ditangkap oleh orang-orang kafir lalu disoal siasat sekejap dan dilepaskan dengan begitu sahaja.

7) Mengikut cerita Ibnu Ishaq seolah-olah nabi s.a.w. telah pun mengetahui sebelum berhijrah lagi bahawa mereka akan menangkap atau membunuhnya pada malam Baginda s.a.w. keluar dari rumahnya. Ini berbeza dengan riwayat Imam Bukhari di mana nabi s.a.w. seolah-olahnya tidak mengetahui pun mesyuarat yang diadakan oleh ketua-ketua kafir Quraisy untuk merancang sesuatu yang buruk terhadapnya di mana iblis yang menyamar sebagai orang tua atau Syeikh Najdi ikut serta di dalamnya. Kalau lah majlis mesyuarat itu begitu terbuka sehingga orang yang tidak dikenali seperti Najdi tersebut pun boleh menyertainya, besarlah kemungkinan Nabi s.a.w. telah mengetahui apa yang dirancang dan diputuskan dalam mesyuarat itu. Mungkin ada orang berkata, “Boleh jadi Nabi s.a.w. mengetahuinya melalui wahyu dari Allah s.w.t.” Tetapi kita tetap mengatakan dakwaan ini memerlukan bukti dan riwayat-riwayat orang-orang seperti Ibnu Ishaq tidak memadai untuk dijadikan bukti.

Artikel asal oleh Maulana Asri Yusoff melalui laman web Darul Kautsar.


BENARKAH KISAH UMAR PERNAH DIMARAHI ISTERINYA

Soalan:
Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab RA juga dimarahi oleh isterinya. Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya. Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya. Lalu lelaki itu berkata: "Jika demikian yang berlaku kepada 'Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara aku dan isteriku adalah perkara biasa." Saya ingin kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar, sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara terhadap suaminya. Sekian, terima kasih.

Jawapan:
Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya:

1. Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy (الشيخ سليمان بن محمد البجيرمي) seorang faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al-Bujairamiy 3/441-442.

2. Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin, halaman: 517.

3. Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.
Ketika menyebut cerita ini, ketiga-tiga mereka tidak mendatangkan sebarang Sanad bahkan mereka menyebutnya dalam bentuk sighah tamridh, iaitulah satu cerita yang dinukilkan dalam bentuk ‘ada orang kata’. Bentuk cerita yang seumpama ini menunjukkan kelemahan dan tidak benarnya cerita tersebut. Apatah lagi kelemahan dan tidak benarnya cerita ini dikuatkan dengan alasan-alasan berikut:

Bersalahan dengan cerita yang lebih masyhur tentang kehebatan sayyidina ‘Umar bin al-Khattab RA, sehingga Ibn ‘Abbas RA pernah berkata:

مَكَثْتُ سَنَةً أُرِيْدُ أَنْ أَسْأَلَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ عَنْ آيَةٍ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَسْأَلَهُ هَيْبَةً لَهُ

Mafhumnya: “Daku pernah menetap selama setahun untuk bertanyakan kepada ‘Umar bin al-Khattab tentang satu ayat (dari al-Quran), namun daku tidak mampu bertanyakan beliau tentang ayat tersebut disebabkan aku berasa haibah (rasa takut disebabkan hormat) terhadap beliau.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Kata ‘Amr bin Maimun:

شَهِدْتُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ طُعِنَ فَمَا مَنَعَنِي أَنْ أَكُونَ فِي الصَّفِّ الْأَوَّلِ إِلَّا هَيْبَتُهُ، وَكَانَ رَجُلًا مَهِيبًا

Mafhumnya: “Daku bersama dengan ‘Umar RA pada hari beliau ditikam, tidaklah menghalang kami dari berada pada saf yang pertama melainkan disebabkan haibahku terhadapnya. Beliau adalah seorang yang digeruni kerana dihormati oleh orang ramai.” (Hilyah al-Auliya’: 4/151)
Disebabkan kehebatan ‘Umar bin al-Khattab RA ini, Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata:

اسْتَأْذَنَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَعِنْدَهُ نِسْوَةٌ مِنْ قُرَيْشٍ يُكَلِّمْنَهُ وَيَسْتَكْثِرْنَهُ ، عَالِيَةً أَصْوَاتُهُنَّ ، فَلَمَّا اسْتَأْذَنَ عُمَرُ قُمْنَ فَبَادَرْنَ الْحِجَابَ ، فَدَخَلَ عُمَرُ وَرَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَضْحَكُ ، فَقَالَ : أَضْحَكَ اللَّهُ سِنَّكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( عَجِبْتُ مِنْ هَؤُلَاءِ اللَّاتِي كُنَّ عِنْدِي ، فَلَمَّا سَمِعْنَ صَوْتَكَ ابْتَدَرْنَ الْحِجَابَ ) قَالَ عُمَرُ ؟ يَا عَدُوَّاتِ أَنْفُسِهِنَّ ! أَتَهَبْنَنِي وَلَا تَهَبْنَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ؟ فَقُلْنَ : نَعَمْ ؟ أَنْتَ أَفَظُّ وَأَغْلَظُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( إِيهٍ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ ! وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ سَالِكًا فَجًّا قَطُّ إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ

Mafhumnya: “Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin berjumpa dengan Rasulullah SAW, ketika itu bersama dengan baginda beberapa wanita Quraisy sedang berbicara dan suara mereka menenggelamkan suara baginda SAW. Apabila ‘Umar meminta izin untuk masuk, kesemua para wanita tersebut mengubah keadaan dan kedudukan mereka. Setelah ‘Umar masuk dan melihat keadaan baginda tersenyum, beliau berkata: “Apa yang menyebabkan tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Maka Nabi SAW bersabda: “Aku hairan dengan para wanita yang bersama dengan ku tadi, apabila mereka mendengar suaramu, mereka segera mengubah keadaan dan kedudukan mereka (kerana takut dan haibah terhadapmu).” Kata ‘Umar kepada para wanita tersebut: “Apakah kamu semua berasa haibah terhadapku tetapi tidak kepada Rasulullah SAW?” jawab para wanita tersebut: “Ya, kerana kamu lebih dahsyat dan lebih keras berbanding baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jangan pedulikan mereka wahai Ibn al-Khattab, demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya, satu syaitan tidak bertemu dengan engkau yang sedang melalui suatu lembah melainkan dia akan melalui lembah yang lain.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

KESIMPULAN:
Riwayat-riwayat yang lebih Sahih di atas bertentangan dengan riwayat kononnya 'Umar RA pernah dimarahi isterinya. Selain itu kisah tersebut juga tidak berasal dari kitab-kitab hadis yang dijadikan rujukan, kisah tersebut hanya diriwayatkan dalam bentuk periwayatan yang lemah. Justeru kisah ini tidak boleh dijadikan bukti bolehnya seorang isteri meninggikan suara terhadap suaminya.

Perlu dijelaskan juga di sini bahawa. Seorang isteri yang meninggikan suara terhadap suaminya termasuk dalam buruk adab dalam pergaulan. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

نقول لهذه الزوجة إن رفع صوتها على زوجها من سوء الأدب ؛ وذلك لأن الزوج هو القوام عليها وهو الراعي لها فينبغي أن تحترمه وأن تخاطبه بالأدب ؛ لأن ذلك أحرى أن يؤدم بينهما وأن تبقى الألفة بينهما.

كما أن الزوج أيضاً يعاشرها كذلك ، فالعشرة متبادلة ، قال الله تبارك وتعالى: ( وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْراً كَثِيراً ) .

فنصيحتي لهذه الزوجة أن تتقي الله عز وجل في نفسها وزوجها ، وأن لا ترفع صوتها عليه لا سيما إذا كان هو يخاطبها بهدوء وخفض الصوت

Maksudnya: “Kami katakan kepada wanita yang meninggikan suara terhadap suaminya bahawa perbuatan tersebut termasuk dalam adab yang buruk. Hal ini kerana suami adalah pemimpin untuknya, maka sepatutnya seorang isteri menghormati suaminya dan berbicara dengan suami dengan beradab. Dengan ini ia lebih dapat mendatangkan kesatuan dan kelunakan hubungan antara mereka berdua. Sama halnya seorang suami juga mesti melakukan perkara yang sama, mesti diwujudkan hubungan yang sama, Allah Taala berfirman: “Dan berhubunglah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang makruf, jika kamu (para suami) tidak menyukai mereka, barangkali kamu tidak sukakan sesuatu, sedangkan Allah jadikan pada perkara tersebut kebaikan yang banyak.” Oleh yang demikian nasihat saya kepada wanita yang meninggikan suara terhadap suaminya agar dia bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla terhadap dirinya dan suaminya, dan jangan dia meninggikan suara terhadap suami, terutamanya ketika berbicara dengan suami hendaklah dengan cara yang lembut dan merendahkan suara.” (Fatawa Nur ‘ala al-Darb: 2/19)


HARUN AL-RASYID BUKANLAH KHALIFAH YANG SUKA BERFOYA-FOYA
Banyak orang meyakini bahawa khalifah Bani ‘Abbas, Harun al-Rasyid adalah seorang yang suka berhiburan dan foya-foya, hidup dalam glamor kehidupan.

Namun sebenarnya, tidaklah demikian. Harun al-Rasyid amat berbeza sama sekali dengan apa yang digambarkan oleh sejarah. Beliau adalah Abu Ja’far, Harun bin al-Mahdi, Muhammad bin al-Manshur, salah seorang khalifah Daulah Bani ‘Abbasiah di Iraq, yang lahir tahun 148 H.

Beliau menjadi khalifah menggantikan abangnya, al-Hadi pada tahun 170 H. Beliau merupakan khalifah yang paling baik, dan raja dunia paling agung pada waktu itu. Beliau biasa menunaikan haji setahun dan berperang setahun. Sekalipun sebagai seorang khalifah, beliau masih sempat solat yang apabila dihitung setiap harinya mencapai seratus rakaat hingga beliau wafat. Beliau tidak meninggalkan hal itu kecuali apabila keuzuran. Demikian pula, beliau biasa bersedekah daripada harta peribadinya setiap harinya sebesar 1000 dirham.

Beliau orang yang mencintai ilmu dan rajin menuntut ilmu, mengagungkan kehormatan Islam dan membenci debat yang tidak bermanfaat dalam agama dan perkataan yang bertentangan dengan Kitabullah dan as-Sunnah an-Nabawiyyah.

Beliau mengerjakan umrah tahun 179 H pada bulan Ramadhan, dan terus dalam kedudukan ihram sehingga melaksanakan kewajiban haji. Beliau berjalan kaki dari Mekkah ke padang Arafah.

Beliau berhasil menguasai kota Hiracle dan menyebarkan pasukannya di bumi Romawi hingga tidak tersisa lagi seorang Muslim pun yang menjadi tawanan di kerajaan mereka. Beliau mengirimkan pasukannya yang kemudian menaklukkan benteng Cicilia, Malconia dan Cyprus, lalu menawan penduduknya yang berjumlah 16000 orang.
Harun al-Rasyid wafat dalam usia 45 tahun atau 46 tahun dalam perangnya di Khurasan tahun 193 H.
Semoga Allah merahmati Harun al-Rasyid.



BENARKAH HAJJAH SEORANG YANG SANGAT JAHAT?

Al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah Kebiasaannya beliau digambarkan sebagai penguasa yang zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam di atas muka bumi Allah ini hinggakan apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk mengaitkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi. Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-

• Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
• Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.
• Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.
• Mengukuhkan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.
• Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

Hajjaj dikatakan sangat berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran. Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya. Apakah maksud sebenar di sebalik cerita-cerita yang saling bercanggahan ini? Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada hari ini adalah Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!! Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...