28 May, 2013

Makna beberapa nama rasul dan nabi...

NAMA 25 nabi dan rasul sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Namun, tahukah anda makna sebenar nama-nama nabi dan rasul tersebut?


Di bawah ini dinyatakan makna nama beberapa nabi dan rasul yang wajib diketahui umat Islam.

1. Musa a.s.: Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya “Mu” yang ertinya air dan “sa” ertinya putera. Musa bermakna ‘Putera Air’ kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Fir’aun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

2. Hud a.s.: Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad. Nama itu diambil daripada kata jama’ ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat, atau ‘yang kembali kepada kebenaran.’

3. Soleh a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud. Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

4. Syu’aib a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

5. Isma’il a.s.: Merupaka putera kepada Nabi Ibrahim a.s.. Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya: “Allah mengabulkan.”

6. Ibrahim a.s.: Abul Anbiya (bapak para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya ‘bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi).’

7. Muhammad s.a.w.: Nabi berbangsa Arab yang merupakan penutup para nabi. Ertinya ‘orang yang memiliki akhlak yang terpuji.’

[dm/islampos]


 

 
Salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para nabi kekasih Allah...

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...