02 February, 2013

Jangan bersangka buruk dengan Allah s.w.t



Apabila Allah s.w.t. cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangi mu;

Apabila DIA lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu;

Apabila DIA tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu;

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH s.w.t. dalam apa jua keadaan pun...

Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya.



Alhamdulillah...

Read more...

Termakan babi kena kumur dengan air tanah...

Hari ini Bro Firdaus Wong dalam FBnya di sini meminta dalil tentang seseorang yang termakan babi difatwakan untuk berkumur dengan sekali air tanah dan senam kali air mutlak.


Beliau bertanya "ada sesiapa yang tahu ulama mana yang sebut dan kitab mana yang mengatakan kalau seseorang termakan babi kena samak mulut dengan kumur air tanah 7 kali?".

Saya hormat Ustaz Azhar Idrus tetapi... kenyataannya yang sebegini telah mengelirukan orang terutamanya kepada orang yang baru memeluk Islam. Apa yang beliau kata ada sandaran daripada Quran dan sunnah kita terima tetapi yang ini terlalu mendukacitakan".

"Mohon siapa yang belajar pondok, lulusan agama dalam luar negara untuk menjawab "fatwa" UAI ini adakah benar atau sebaliknya" kata beliau lagi.


Mybabah juga tidak bersetuju dengan jawapan UAI kerana hal ini masih perlu pencerahan yang lebih mendalam. Jika kaedah fikh mahu dilaksanakan secara tuntas dalam hal ini, kaedah berkumur hanya meliputi sebahagian daripada kewajipan. Seharusnya tempat lalu najis secara keseluruhan perlu disucikan. Ringkasnya, air lumpur sepatutnya ditelan...

Pandangan Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal dalam hal ini nampak lebih praktikal dan menepati hukum:

Termakan daging khinzir dimaafkan, sebab kita tidak tahu dan tidak sengaja memakannya. Tetapi jangan pula kita buat-buat tidak tahu atau sudah tahu tetapi tetap makan juga setelah mengetahuinya. Setelah kita menyedarinya, tapi masih tidak mengendahkannya yakni tetap memakannya, maka ia menjadi haram disebabkan sengaja memakan binatang yang haram dimakan dalam Islam. Khinzir itu adalah binatang yang haram dimakan dan merupakan najis yang paling berat (najis muqallazah) - Blog Ustaz Noramin di sini.

Jika ada ustaz di luar sana yang lebih arif, sila berikan pencerahan kepada Bro Firdaus Wong kita itu.

Wallahualam.






Apa-apapun kena rujuk pakar...

Read more...

Islamofobia di Australia

REPUBLIKA.CO.ID, CANBERRA -- Penentang yang kuat terhadap rancangan pembangunan masjid di Australia telah memberi implikasi dari psikologi kepada umat Islam di sana. Apatah lagi, penentangan itu mula bergerak ke tahap institusi keagamaan. Anggota Dewan Islam Victoria, Nazeem Hussain, mengatakan situasi ini jelas menandakan ketakutan yang berlebihan pihak yang berkaitan terhadap Muslim dan Islam.

Masyarakat begitu mudah menciptakan ketakutan dan histeria dalam beberapa hal tentang Islam. "Kami menghadapi penentangan yang demikian kuat. Gereja mula melabel masjid sebagai tempat berkembangnya fanatisme. Ini menggambarkan Islamofobia sudah sampai ke tahap serius,"kata beliau seperti yang dikutip oleh The Herald Sun, Rabu (30 January 2013).

Secara berasingan, Sekjen Senode Gereja Monash, Mark Lawrence, dengan hati-hati cuba memberikan pandangannya dalam masalah ini. Menurut beliau, terlalu rumit untuk menjelaskan apa yang terjadi. "Hubungan multibudaya memerlukan interpretasi sejarah yang kompleks,"katanya. Menurut Lawrence, masyarakat Australia sebenarnya sangat memahami apa yang terjadi. Karena itu, beliau mencadangkan supaya disekat segala pernyataan yang boleh menimbulkan keresahan. "Komen-komen yang negatif dalam soal masjid seharusnya tidak dibenarkan,"kata Lawrence.


Umat Islam ketika solat di Masjid Lakemba, Sydney, Australia






Islam di seluruh dunia terhimpit...

Read more...

Penipuan Dunia



Jangan kita berbangga dengan pakaian kita yang cantik dan mahal, Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yang berwarna putih.

Jangan kita berbangga dan angkuh dengan kenderaan kita yang mewah, Kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah kita terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk dan nyaman, Kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahat.

Janganlah kita ego dan sombong kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana, Kita mesti ingat bahawa rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Janganlah kita bermegah dengan pangkat dan darjat, Kerana bila kita sudah tiada nanti kita akan mendapat gelaran Al-Marhum.

Janganlah kita terlalu berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik, Kerana bila kita telah mati nanti, wajah kita akan berubah menjadi tengkorak.......







Berhati-hatilah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...