24 October, 2009

e-Tip Bahasa Melayu 7


Adakah anda tahu perbezaan antara kata sri dengan kata seri yang sering kita gunakan dalam mengungkap gelaran kehormat?  Kata sri sebenarnya digunakan untuk gelaran kehormat Tan Sri dan Puan Sri sahaja. Selain kegunaan gelaran kehormat tersebut, kata yang sepatutnya digunakan ialah seri sama ada untuk gelaran kehormat (seperti Dato' Seri, Datin Seri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) ataupun untuk menggambarkan keadaan atau suasana (seperti seri rumah, seri taman dan seri muka).


 
Wajah berseri Datuk Seri S Samy Vellu.
Bakal mendapat gelaran Tan Sri selepas bersara nanti...


Kuih Seri Muka


Sambungan e-Tip Bahasa Melayu
Posting e-Tip Bahasa Melayu yang lepas-lepas memaparkan pelbagai contoh tentang kesilapan lazim dalam penggunaan kata adalahPosting kali ini dan yang akan datang, saya akan cuba memberikan tip tentang satu lagi kata pemeri, iaitu kata ialah yang menunjukkan persamaan, hadir di hadapan frasa/kata nama dan digunakan sebagai penghubung antara subjek dengan frasa utama dalam ayat.  Kesilapan menggunakan kata ialah yang saling ditukar ganti dengan kata adalah mengikut "rasa" akan terus berlaku seandainya kita  tidak memahami rumusan tentang penggunaan kata pemeri itu.


1.  Kata ialah mesti hadir di hadapan frasa/kata nama
Contoh:
Salah: Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia.
Betul:  Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.
Nota:
Dalam hal di atas, subjek dan predikat boleh bertukar ganti.
Contoh:
Betul:  Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.
Betul:  Ibu Negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. 


2. Kata ialah merupakan penghubung subjek dan predikat
Contoh:
Salah:  Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah masalah cuti tanpa rekod.
Betul:   Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah masalah cuti tanpa rekod.
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...