31 December, 2012

Iktikad 2013

Iktikad atau kata lainnya azam atau hasrat (tekad, niat, kemahuan, keinginan atau kehendak) Mybabah pada tahun 2013 yang bermula esok adalah untuk cergas berblog bagi mengisi masa lapang, lebih-lebih lagi apabila tempat menjana idea (workstation) kini menjadi semakin kondusif.

Komputer dengan skrin 42 inci:



Walau bagaimanapun, azam tahun 2012 yang gagal disempurnakan, iaitu untuk beristiqamah dalam beberapa ibadat sunat akan cuba diteruskan, antaranya ialah bersolat tahajuj, memperbanyak aktiviti bersedekah, membaca al-Qur'an, beristighfar, menunaikan solat sunat rawatib dan lain-lain.

Dari segi kesihatan, Mybabah akan cuba berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari untuk mencapai sasaran mengurangkan berat badan daripada 100kg ke 85kg dan daripada saiz seluar 40" kepada 35".

Semoga Allah memperteguh semangat Mybabah  untuk merealisasikan azam yang telah dibuat.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.



Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...