27 January, 2013

Belajar daripada Sang Semut...

Allah Ta’ala telah mengabadikan kata-kata semut memberi nasihat dan peringatan kepada kaumnya di dalam kitab yang paling suci, paling agung dan paling mulia, iaitu al-Qur'an.

“Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, daripada jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah kamu ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. (An-Naml:17-18).



Perhatikan, semut berkata “sedang mereka tidak menyedarinya!” Dia mencari alasan, memberi keuzuran kepada manusia. Andai manusia memijak dan melenyek mereka, mungkin sebab manusia tidak nampak kerana saiznya yang kecil sedangkan manusia sibuk dengan pelbagai urusan yang lebih besar daripadanya!

Semut yang kecil, tidak berakal (?), tahu berfikir mencari alasan dan memberi keuzuran kepada manusia, bagaimana dengan kita sesama manusia, malah sesama saudara kadang-kadang tanpa usul periksa menghukum saudara berdasarkan tanggapan atau sangkaan (dzan) semata-mata. Walhal, dzan adalah salah satu dosa besar yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujurat:12

Sejak dahulu para ulama berpesan, “Apabila sampai kepada kamu sesuatu yang kamu tidak suka mengenai saudara kamu, maka carilah keuzuran untuknya. Jika kamu tidak dapat memikirkannya, maka katakanlah kepada diri kamu, boleh jadi dia mempunyai alasan yang aku tidak mengetahuinya...”



 
Renungkan setiap ayat yang terkandung di dalam al-Qur'an...


Read more...

Islamophobia di Belanda...

Geert Wilders, ahli politik berhaluan kanan daripada parti PVV di Belanda yang sangat membenci Islam,  telah mewujudkan satu laman web baru anti-masjid, MoskNee, yang bertujuan untuk memprovokasi warga Belanda membuat tentangan undang-undang terhadap rancangan pembangunan masjid baru di sana. Smeuanya kerana mereka takut Islam semakin berkembang dan seterusnya mendominasi Belanda. "Belanda bukanlah negara Islam dan tidak akan menjadi negara Islam. Tetapi kami melihat pengaruh Islam meningkat dari semasa ke semasa di bawah pengaruh pertumbuhan penduduk Muslim yang cepat -sekitar 1 juta orang pada 2013 - jumlah masjid-masjid telah meningkat dengan pesat.



Belanda sekarang memiliki lebih dari 450 buah masjid. Mereka ingin Belanda tanpa masjid. "Selama kita perihatin, tidak akan ada masjid lagi di Belanda," demikan sebuah pernyataan dalam laman web tersebut, dipetik oleh Islamophobia Watch.

Dalam satu wawancara bersama Algemeen Dagblad, Wilders mengatakan bahwa "masjid adalah simbol ideologi 'kebencian, kekerasan dan penindasan'" dan bahwa PVV akan melarang masjid-masjid didirikan di Belanda. Namun, menyingkirkan masjid-masjid nampaknya tidak mungkin, jadi PVV melakukan langkah lain dengan mewujudkan laman web MoskNee. Tujuannya, tidak lain, untuk memprovokasi penentangan terhadap penyebaran Islam di Belanda. Wilders, sangat terkenal dengan sikap beliau yang vokal menentang Islam. Dia melakukan provokasi tidak hanya di negaranya, juga di negara-negara lain melalui jalur politik maupun program kerjasama dengan orang-orang fasis lainnya.

Islam di Eropah semakin berkembang pesat. Jumlah umat Islam terus meningkat, meskipun serangan anti-Islam juga kian sengit. Orang-orang kafir menghendaki memadamkan cahaya Allah, tetapi Allah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya.

 "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (Q.S Ash-Shaff:8).



 
Islam terus dihimpit, tetapi Allah terus memeliharanya...


Read more...

Mesir kembali bergolak: Negara diisytihar darurat...

Al-Jazeera, 27 January 2013 - Presiden Mesir Mohamed Morsi mengiystiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara dan perintah berkurung di tiga bandar sepanjang Terusan Suez yang telah menyaksikan banyak pertumpahan darah dan kematian sejak beberapa hari lalu.


Dalam siaran televisyen lewat hari Ahad, 27 January, Morsi menegaskan bahawa langkah-langkah darurat di Pelabuhan Said, Ismalia dan Suez akan berkuat kuasa pada hari Isnin, 28 January 2013 dari 9:00 malam waktu tempatan hingga 6:00 pagi. Amaran keras akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar perintah ini. "Saya ulangi bahawa saya tidak menggemari langkah seperti ini, namun bagi mengelakkan pertumpahan darah, saya akan bertindak", kata Morsi. 

Beliau juga akan mengadakan dialog dengan ahli-ahli politik peringkat tertinggi bermula Isnin untuk menangani situasi ini. Sejak berlakunya pertembungan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan, sekurang-kurang seramai 48 orang telah mati sejak Jumaat, apabila rakyat Mesir meraikan sambutan ulang tahun kedua revolusi menumbangkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Sumber berita: Al-Jazeera di sini 



Islam diuji di mana-mana....

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...