06 February, 2013

Pelawak veteran Yahya Sulong pulang ke rahmatullah...

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini. Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.


Allahyarham Yahya Sulong

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ogos tahun lepas, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...





Ya Allah, ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amal ibadatnya...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...