30 October, 2009

Khidmat Percuma: BNMLINK dan BNMTELELINK


Bank Negara Malaysia dan Orang Ramai 
Meskipun ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik setelah mengalami kemerosotan kesan kemelesetan ekonomi dunia, namun terdapat segelintir masyarakat terus dirundung kesusahan akibat keadaan itu.  Golongan ini tidak dibiarkan bersendirian menghadapi kesukaran hidup.  Kerajaan melalui pelbagai agensi  telah menyediakan pelbagai saluran kepada orang ramai untuk mendapatkan pembelaan dan membuat aduan, antaranya Bank Negara Malaysia yang sentiasa bersedia menerima kunjungan individu atau usahawan yang menghadapi masalah tentang hal-hal yang berkaitan dengan kewangan dan perbankan.



Namun, masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak sedar akan kewujudan saluran-saluran ini.  Contohnya, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang ditubuhkan pada tahun 2005.  LINK yang memulakan operasi lebih empat tahun yang lalu merupakan pusat sehenti yang menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai perbankan Islam dan konvensional, insurans dan takaful, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pentadbiran pertukaran wang asing, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Biro Maklumat Cek, institusi kewangan pembangunan dan hal-hal berkaitan pembiayaan yang lain. Di samping itu, LINK juga memberi khidmat nasihat serta melayani rungutan orang ramai tentang perkara-perkara yang dinyatakan di atas.  


 

Bagi melengkapi perkhidmatan kaunter yang disediakan oleh LINK, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan pusat perhubungan yang dikenali sebagai BNMTELELINK pada bulan Julai 2007. Orang ramai boleh berhubung terus dengan Bank Negara Malaysia melalui telefon, faksímile, surat ataupun e-mel.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
504800 Kuala Lumpur

BNMTELELINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat melalui Talian)

Talian Bebas Tol     :       1-300-88-5465 (LINK)
Talian Faks               :       03-21741515
Alamat E-mel           :       bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malalysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur

Waktu Urusan: Isnin-Jumaat
9.00pagi  hingga 5.00 petang 

Dalam keluaran yang akan datang, saya akan menerangkan peranan yang dimainkan oleh Biro Pengantaraan Kewangan, sebuah agensi bebas yang ditubuhkan oleh institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu infrastruktur perlindungan pengguna perkhidmatan kewangan.

7 comments:

tinta kasturi said...

terima kasih atas info berguna.
saya sendiri tak pernah dengar, mungkin sebab kurang kesedaran perihal menambah ilmu segi kewangan.
insyaallah akan dipanjangkan.

Unknown said...

Salam Tinta Kasturi. Setiap hari antara 50-100 mengunjungi LINK dan ramai pula yang menelefon TELELINK. Kebanyakan daripada mereka datang untuk bertanya tentang CCRIS selain bertanya tentang pinjaman untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Leenoh said...

Salam.

Laman yang penuh dengan informasi kebaikan. satu kebaikan disebarkan 10 pahala menunggu di hujung sana.

Unknown said...

Waalaikum salam. Terima kasih ustaz Leenoh. Sebentar tadi ziarah blog ustaz. Memang menarik dan bermaklumat. Salam ukhwah daripada saya.

abu muaz said...

Saya langsung tak mengetahui perkkidmatan yang disediakan oleh BNM. Bagi saya BNM hanyalah mengawalselia bank-bank yang ada dinegara ini sahaja.

Unknown said...

Salam Abu Muaz. Biar betul? Banyak perkara yang BNM buat membantu orang ramai menyelesaikan masalah mereka. Saya akan keluarkan artikel mengenainya satu per satu.

Anonymous said...

salam..dkt bnm ada remittance unit ke? Siapa staf?

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...