07 April, 2013

Israel: Serangan hacker terbesar dalam sejarah manusia...

ISRAEL (voa-islam.com) – Sabtu (06/04/13) serangan elektronik telah mula menyerang beberapa laman sesawang yang bersekongkol dengan zionis, begitu juga ribuan akuan facebook. Ini merupakan serangan elektronik yang terbesar dalam sejarah manusia.



Harian berbahasa Ibrani Haaretz melalui laman webnya berkata, “Paling sedikit 19,000 facebook Israel telah disabotaj hacker dari seluruh dunia oleh kelompok yang tidak dikenali”. Para Hacker itu juga mengancam akan menghapuskan peta zionis Israel daripada internet melalui serangan luas yang mengenai laman-laman web rasmi. Di samping itu, channel tv Israel Al-Asyirah mengatakan, serangan elektronik telah dmulai dan akan ditingkatkan pada hari Ahad. Sudah beberapa laman web Israel yang down, termasuk laman web kementerian kewaangan dan laman web Kementerian Undang-undang [usamah/imo].



 

Semoga Zionis laknatullah terhapus di dunia ini...
Read more...

Haram Menyokong Manusia Dua Alam...

Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah s.w.t, menentang-Nya dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya; berpura-pura taat. Firman Allah swt: "Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi daripada Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. " (An-Nisa': 108).



Manusia dua alam, lebih teruk daripada Sang Munafik. Jika Sang Munafik menyorokkan kemungkaran, Manusia Dua Alam pula berbangga ketika melakukan maksiat.








 

Jika tidak takut laknat Allah, undilah UMNO @ BN...
Read more...

06 April, 2013

Pedoman mengundi oleh Dr. Maza...

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).



Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36). Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

Teruskan bacaan di sini.



 

Ikuti nasihat ulama, insya-Allah kita tidak akan tersesat...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...