09 February, 2013

Jawatankuasa Syari'ah Mesir Menyeru Pemimpin Islam Dunia Kembali Kepada Syari'at

MESIR.(voa-islam.com) - Kamis (07/02/13)
Jawatnkuasa Syari’ah untuk Hak dan Perbaikan meminta kepada pemimpin – pemimpin Islam di dunia agar mengetepikan pertikaian mereka dan bersatu untuk menghadapi musuh – musuh mereka yang terus membuat makar – makar terhadap Islam dan umat Islam dengan segala cara.



Dalam pernyataannya, jawatankuasa ini mengajak pemerintah yang memimpin negara muslim untuk benar – benar kembali kepada syari’at Al-Qur’an, kerana di dalamnya terdapat kemuliaan dan kemaslahatan dunia, serta keselamatan dan kemenangan di akhirat.

Jawatankuasa Syari’ah untuk Hak dan Perbaikan (Al-Haiah Asy-Syar’iyyah lil Huquq wal Ishlah) adalah sebuah jawatankuasa yang wujud di Mesir pada keadaan yang memang diperlukan. Jawatankuasa ini beranggotakan para ulama, cendikiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. Mereka cuba memberikan jalan penyelesaian kepada umat Islam atas masalah yang dihadapi dan tentunya bertolak daripada Al-Qur’an dan Sunnah. 

Jawatankuasa ini juga memuji sikap syaikhul Azhar, Dr Ahma Thayyib, yang menolak perkembangan syiah di Mesir. Dalam konteks yang sama, jawatankuasa ini juga meminta kepada presiden Iran agar menghentikan sokongannya untuk memerangi Ahlussunnah di Irak, Syria, Ahwaz dan Lebanon.[usamah/imo]



 
Semoga pemimpin-pemimpin Islam dunia dapat bersatu. Juga, semoga berita ini sampai kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, wira Palestin...
Read more...

Anak-anak terlepas pahala dan terlepas harta...

Kajang: 10 Februari 2013
“Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.” Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.

Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta. Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.

BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.


Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya. Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.

Sumber berita di sini



Semua ini berlaku apabila masyarakat mula meninggalkan agama...

Read more...

Pra-PR13: Apabila Si Buta Mengintai Rumah Tangga Orang...

Apabila manusia sudah masuk frasa ganyut dalam hidupnya, cakap mereka bukan lagi menampakkan kebijakan tetapi lebih kepada bebelan orang yang sudah lanjut usia, leler, lontok, renta atau nyanyuk.

KUALA LUMPUR 10 Feb 2013. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sepatutnya Majlis Syura Ulama Pas sudah menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, sejak dahulu lagi. "Sepatutnya dari dulu lagi Majlis Syura sudah tolak Anwar, " katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini: Utusan Meloya Online.


Apa yang tergambar dalam kotak fikiran kita ketika membaca berita di atas:

1. Ketakutan melampau mantan PM terhadap timbalannya yang dipecat secara kejam. Mantan PM kelihatan seperti seseorang yang takut pada bayang-bayang sendiri. Takut kepada orang yang pernah dianiaya sehingga hampir mati di dalam penjara sedangkan individu tersebut dengan kemuliaan hatinya sudah lama memaafkan diktator tua itu.

2. Hebatnya peranan dan bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas sehingga boleh menolak hal-hal yang belum pasti berlaku - hal itu pula bukan merupakan hal dalaman PAS. Keputusan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PR13 adalah keputusan semasa bagi menunjukkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat, sedangkan keputusan sebenar akan berlaku apabila benar Pakatan Rakyat mendapat tampuk pemerintahan itu kelak.
    

 
Doa al-marhum Ustaz Fadzil Noor sedang dimakbulkan Allah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...