05 February, 2013

"Fatwa" mewajibkan kanak-kanak perempuan memakai jilbab...

REPUBLIKA.CO.ID, RIYADH: 5 Februari 2013 -- Seorang ulama Arab Saudi menyeru supaya anak perempuan di Arab Saudi dipakaikan jilbab termasuk burka. Seruan itu berikutan adanya anak perempuan yang menjadi korban keganasan seksual.



Namun, seruan itu telah mengundang kontroversi di negara itu. Sheikh Abdullah Daud dalam sebuah program televisyen mengatakan bahawa pemakaian penutup wajah akan melindungi kanak-kanak perempuan. Beliau menilai pentingnya memakai burka setelah berlakunya keganasan seksual secara meluas terhadap anak perempuan di negara tersebut.

Pernyataan Sheikh Daud tersebut telah menarik perhatian orang ramai termasuk di jejaring sosial twitter. Mantan hakim di Saudi Board of Grievance, Sheikh Mohammad al-Jzlana mengatakan kenyataan Daud itu boleh merendahkan Islam dan syariah serta menimbulkan fitnah terhadap Islam. Jzlana berpendapat warga Saudi tidak perlu menuruti perintah yang tidak berdasarkan fatwa sebenar. Menurutnya, “fatwa” sedemikian sangat tidak adil kepada kanak-kanak.

 
Bagus untuk mendidik...
Read more...

03 February, 2013

Siapakah yang bersama Nabi s.a.w. di akhirat?



Daripada Aisyah r.a. katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya): Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Aku benar-benar mencintaimu lebih daripada keluargaku dan anak-anakku. Sesungguhnya ketika aku berada di rumah, aku mengingatimu. Aku tidak dapat sabar sehinggalah aku datang menemuimu dan memandangmu. Dan apabila aku teringat suatu hari aku akan mati dan Rasulullah juga akan mati, maka aku sangat bimbang tidak dapat melihatmu lagi kerana engkau pastinya akan diangkat ke tempat yang tinggi bersama para nabi!

Rasulullah s.a.w. diam membisu mendengar kata-kata sahabat yang tulus ikhlas itu sehinggalah Jibril turun membacakan ayat (maksudnya): "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (An-Nisa':69).


 
Mudah-mudahan Allah memakbulkan juga doaku untuk bersama Rasulullah di akhirat nanti...
Read more...

Manfaatkan waktu sujudmu...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: “Seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud. Maka hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud”.

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqiy. Di dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: maksud Hadis ini ialah:
  • Paling hampir dengan Tuhan bererti paling hampir dengan rahmat dan kurniaNya
  • Galakan supaya membanyakkan doa ketika sujud
  • Dalil yang menguatkan pendapat mereka yang berkata sujud adalah yang paling afdhal berbanding dengan rukun-rukun solat yang lain.

 
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...