29 January, 2013

Anak Khulafah ar-Rashidin tidak sama dengan anak menteri UMNO...

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Khalifah Umar Al-Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini".



Mendengar pengaduan anaknya itu menimbulkan rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.
Maka Bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi:

"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah S.W.T ?"

Membaca surat itu maka Umar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya:

"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi".

Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia dilarang dalam agama sebagaimana telah ditegaskan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu)." (Surah Ali Imran: 139).

Tetapi, lain pula ceritanya dengan anak Menteri Malaysia...





 
Ish-ish-ish...
Read more...

Pengantin Baru bertempur di barisan hadapan Syria...

Aleppo, Syria - Mahmoud al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri di Syria. Nour al-Hassan pula pernah menjadi pendandan rambut gaya baharu. Semasa meningkatnya penentangan di Syria, mereka dipertemukan apabila kedua-duanya menjadi pejuang di medan pertempuran Aleppo dengan tentera Presiden Bashar al-Assad.

Mahmoud al-Halabi dan Nour al-Hassan berkahwin selepas setahun mereke berkenalan [Basma Atassi/Al Jazeera]

Mahmoud, 28 tahun, pemberontak yang berada di barisan hadapan di sempadan Sheikh Saeed, tiga tahun lalu dipecat sebagai pemandu. Beliau dipenjara dan disiksa oleh regim Bashar selama setahun dan memaksanya meninggalkan Syria. Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana jatuh cinta dengan anak perempuan seorang menteri. Beliau berhijrah ke Lybia, di mana beliau meneruskan minatnya dalam bidang seni ukir.  Tetapi apabila revolusi Libya berlaku pada bulan Februari 2011, beliau menyertai kawan-kawannya menentang tentera Muammar Gaddafi. "Di sinilah mulanya saya mempelajari kemahiran berperang yang sekarang saya gunakan menentang Assad," kata Mahmoud kepada Al Jazeera di Sheikh Saeed.

Nour, 22, pula seorang penggaya rambut di sebuah salon di tengah-tengah Aleppo. Beliau merupaka anak kepada seorang pegawai kanan Kerajaan dalam pemerintahan Parti Baath.

Teruskan pembacaan di sini





Jodoh pertemuan di Tangan Allah....

Read more...

28 January, 2013

Senyum itu sedekah...

Sekumpulan ahli sains dari School of Health Sciences and Social Work at the University of Portsmouth, telah menjalankan satu penyelidikan mengenai kesan senyum ke atas individu. Mereka mendapati bahawa senyuman membawa maklumat yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri seseorang.



Kajian juga mendapati bahawa setiap individu mempunyai senyumannya yang tersendiri yang tidak sama dengan sesiapapun. Dan setiap senyuman itu mendatangkan kesan yang berbeza. Gambar yang diambil ketika seseorang tersenyum, kemudian ditayangkan di skrin dengan gerak perlahan mendapati beberapa pergerakan tertentu telah berlaku di wajah ketika senyum.

Seseorang individu tertentu juga memiliki beberapa jenis senyuman mengikut keadaan yang dialami dirinya dan mengikut percakapan serta orang-orang yang berada di hadapannya. Antara dapatan yang penting dalam kajian ini ialah saintis berbicara mengenai sumbangan yang boleh diberikan kepada seseorang melalui senyuman.



Sesungguhnya pemberian senyuman melebihi pemberian yang berupa benda kerana beberapa sebab:
1. Melalui senyuman anda dapat menggembirakan hati orang lain. Ini merupakan satu bentuk pemberian, malah boleh dikatakan pemberian yang paling berharga. Beberapa kajian yang pernah dilakukan menunjukkan keperluan manusia kepada kegembiraan kadang-kadang lebih daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Dan kegembiraan dapat merawat banyak penyakit, terutama penyakit keluh kesah atau gangguan emosi.
2. Melalui senyuman anda dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah kerana perkataan-perkataan yang disulam dengan senyuman memberi kesan yang lebih besar ke atas otak. Perkataan yang sama jika diungkapkan tanpa senyuman kesannya akan berbeza.
3. Dengan sedikit senyuman sahaja anda mampu mengelakkan suasana tegang yang menyelubungi keadaan tertentu. Ini tentunya tidak boleh dilakukan dengan harta. Lantaran itu senyuman lebih penting daripada harta. Justeru sedekah paling mudah adalah senyuman.
4. Senyuman dan kesembuhan: ramai di kalangan pengamal perubatan mengenal pasti peranan senyuman dalam menyembuhkan penyakit. Lantaran itu para pengkaji berkata: senyuman doktor merupakan sebahagian daripada rawatan.

Oleh sebab itu apabila anda melemparkan sekuntum senyuman kepada kawan, isteri atau jiran, sebenarnya anda telah menghadiahkannya rawatan percuma tanpa anda sedari. Dan ini merupakan satu pemberian. Jelaslah bahawa senyuman merupakan satu bentuk pemberian, sedekah dan kemurahan hati. Maka benarlah sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah satu sedekah”.


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...