15 January, 2013

Katak dan siput...

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga anda begitu membenci saya dan selalu memandang sinis kepada saya?” Siput menjawab: “Korang dalam kalangan katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tetapi aku hanya boleh mengheret cangkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi aku berasa sangat sedih”


Katak menjawab: “Setiap makhluk mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam kehidupan masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kelebihan saya, tetapi kamu tidak melihat kesusahan hidup kami sebagai katak” Sekonyong-konyong, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan secepat kilat memasukkan badannya ke dalam cangkerang, sedangkan katak menjadi mangsa helang.

Oleh itu, ambillah iktibar daripada cerita katak dan siput ini. Nikmatilah kehidupan anda dengan reda apa yang ada pada diri anda berlandaskan hukum hakam agama, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Perasaan iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan jiwa. Lebih baik fikirkan apa yang kita miliki. Hal tersebut akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan kepada diri kita sendiri.



Katak ok katak!
Read more...

14 January, 2013

Hujan salji turun di Arab Saudi – Suatu fenomena alam yang luar biasa

Sesuatu yang luar biasa terjadi pada hari Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin melaporkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi peperangan besar pada zaman Rasulullah s.a.w—dilanda salji yang sangat lebat, setelah mengalami ribut yang dahsyat beberapa jam lamanya.


Seperti yang diketahui umum, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir tandus yang sangat panas. Matahari bersinar terik sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang dianggap luar biasa.


Penduduk Tabuk dan penduduk yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Kelihatan jalan-jalan terutama yang menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pergunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada.

Tabuk terletak di sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.

Gambar-gambar lain:








Masya-Allah...Terima kasih Billy


Read more...

12 January, 2013

15 Fakta Aneh Tentang Bahasa

1. Kata berita atau “News” dalam bahasa Inggeris sebenarnya adalah singkatan keempat mata angin North (utara,) East (Timur,) West (Barat,) dan South (Selatan.)

 2. Dewa berhala “Beelzebub” berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud “Raja Lalat.”

3. Nama “Canada” berasal daripada bahasa Indian yang bererti “Desa yang Besar.”

4. Dibandingkan dengan Amerika Syarikat, jumlah warga yang mampu berbahasa Inggeris di China (RRC) lebih banyak.

5. Merk krayon “Crayola” dalam bahasa Perancis bererti “Kapur Berminyak.”


6. Ernest Vincent Wright menulis novel berjudul “Gadsby”, yang mengandungi lebih daripada 50.000 kata — Tanpa satu pun memiliki huruf “E” (yang merupakan huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris!)

7. Bahasa Perancis pernah menjadi bahasa rasmi di England selama lebih 600 tahun.

8.Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris ialah sebuah istilah kedoktoran “pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconioses !”

 9. Pada awal tahun 1880-an, kata seluar panjang “Pants” dianggap sebagai kata kotor.

10. Kod minta bantuan ‘Mayday’ berasal daripada bahasa Perancis untuk Tolong Aku, “M’Aide!”

 11. Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tanpa satu pun huruf vokal adalah “Rhythms.”

 12. Nama paling popular di seluruh dunia adalah “Muhammad.”

 13. Satu-satunya kata dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada 15 huruf yang sama sekali tidak diulang adalah “uncopyrightable.”

14. Kalimat bahasa Inggeris “The quick brown fox jumps over a lazy dog.” menggunakan setiap huruf dalam alfabet.

 15. Kata “TAXI” diucapkan dan dieja sama dalam bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Sweden, bahasa Sepanyol and bahasa Portugal.

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...