02 April, 2013

Ujian terhebat bagi para munafik adalah solat subuh berjamaah...

Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini *bagi seorang laki-laki* adalah solat Subuh secara rutin berjamaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah.



Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah swt. Sikap manusia dalam menunaikan solat wajib cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah. Dan, ada pula sebahagian orang yang mengerjakan solat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa).

Yang terbaik antara mereka adalah yang mengerjakan solat wajib secara berjamaah di mushala/masjid pada awal waktu. Rasulullah saw. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: " Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah salat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila Rasulullah saw. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada saat solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati. Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahasia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirunut, bersumber daripada pelaksanaan salat Subuh yang diperkecilkan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu hari, mereka terlambat solat Subuh dalam penaklukan benteng Tastar. 'Kejadian' ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud, dan kaum pendurhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh. Seorang penguasa Yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam, kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh mencapai jumlah jamaah solat Jumaat.



 Memang, tanpa salat Subuh, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.

Artikel sepenuhnya di sini.




 
Ya Allah, istokamahkan aku berjamaah subuh di Masjid...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...