19 March, 2013

Membeli biografi Hajah Rosmah berbaloi-baloi...

Sanggupkah anda berbelanja sebanyak RM150 untuk mendapatkan biografi Hajah Rosmah Mansor setebal 164 muka surat. Harganya memang hebat, tetapi belum pasti sama ada isinya juga hebat.  Buku Tun Mahathir dijual pada harga RM59.90. Biografi Syed Mokhtar pula pada harga di sekitar RM19.90. Harga RM150 sudah lebih kurang sama dengan harga buku Steve Jobs. Mungkin biografi Rosmah Mansor lebih hebat daripada ketiga-ketiga tokoh di atas.

Tetapi, apahal pula Dr. Asri beriri hati dengan Hajah Rosmah? Sudahkah beliau membacanya? Mungkin ada mutiara atau "cincin berlian" di dalam biografi itu...


Yang pasti, biografi Hajah Rosmah ini memberi keuntungan besar kepada Mahathir kerana separuh daripada keuntungan jualan akan disalurkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana. Sehingga kini 500,000 naskhah (aku tak percaya yang ni!) telah terjual. Jika dihitung secara kasar sebanyak 500,000 X 150 = RM75,000,000 telah dikutip. Jika keuntungan purata adalah 30%, maka Mahathir akan memperoleh sekurang-kurangnya RM13 juta kerana keuntungan keseluruhan adalah berjumlah RM26 juta. Ini setakat yang telah terjual.  Itu sebab Mahathir dengan tidak teragak-agak bersetuju melancarkan biografi Hajah Rosmah kerana keuntungan yang besar itu, walaupun beliau sanggup mengorbankan sedikit harga dirinya dengan menjadi "Promoter" biografi Hajah Rosmah.



Walau bagaimana, ada pihak yang berpandangan lebih jauh dengan mengatakan persetujuan Mahathir melancarkan biografi Hajah Rosmah kerana dibayar dengan persetujuan Rosmah meletakkan anak Mahathir sebagai calon pilihanraya yang akan datang.  POWER ROOTnya Rosmah Mansor...

Hebatnya Rosmah...


Pelancaran pertama pada tahun lepas, hebat juga...

Buku Najib "percuma"...

 
 
Hajah Rosmah menggerbangkan rambutnya lagi demi suatu kehidupan glamor...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...