06 March, 2013

Hari ini hatiku ceria...

Hari ini hati Mybabah ceria kerana artikel Mybabah telah diterbitkan oleh admin TranungKite Online (TKO) di sini.


Kali terakhir artikel Mybabah diterbitkan di TKO adalah ketika zaman reformasi hampir 15 tahun lalu. Semasa kemuncak gerakan reformasi, artikel Mybabah kerap diterbitkan bukan sahaja oleh laman Tranungkite, malah oleh laman Mahazalim, Mahafiraun, Minda Rakyat dan laman web reformasi yang lain.  Ada kalanya lima artikel Bomohdin diterbitkan sehari oleh webmaster. Hebat aku ni beb!  Ketika itu, darah masih muda dan tulisan kebanyakan bernada keras. Sebab itulah Mybabah menggunakan nama samaran Bomohdin dan berselindung di sebalik nama itu kerana khuatir di jejaki SB semasa pemerintahan rejim Mahafiraun, iaitu nama jolokan kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad.  Aku takut masuk ISA beb!  Anak ada tujuh orang.  Kini masa telah berlalu, aku tidak lagi sekeras dulu, kerana tubuh sudah layu...


Mybabah cuba meng"google" kata nama "bomohdin" untuk melihat himpunan artikel-artikel mybabah, tetapi yang mula terpapar adalah komen sahabat yang bernama Azhar(s) di sini. Saudara Azhar(s) mungkin webmaster Tranung Kite ketika itu.

Google lagi...
Terjumpa arkib lama Tranung Kite di sini. Masya-Allah, satu bulan sahaja (1 Sept - 30 Sept 2000) artikel sumbangan Mybabah berjumlah sebanyak 31, antaranya dengan tajuk-tajuk seperti Alahai Najib! (30 Sept 2000), Kebersihan: Soal Penting Yang Diabaikan (29 Sept 2000), Serupa Tapi Tak Sama (27 Sept 2000), UMNO menganggap mengikut sunnah sebagai menghina Nabi (27 Sept 2000), Selingkar Kisah Sebagai Reformis Sempena Bulan Reformasi (27 Sept 2000), Buat Rakan-Rakan Seperjuangan (26 Sept 2000), Maharaja Kera (26 Sept 2000), Mengapa UMNO Benci Ulama (26 Sept 2000), UMNO lancar perang secara besar-besaran ke atas PAS (24 Sept 2000), Munafik-Munafik UMNO BARU(A) (24 Sept 2000) dan banyak lagi.

Penulis seangkatan dengan Mybabah yang begitu popular ketika itu ialah Mendiang M.G.G Pillai, Cucu Datuk Bahaman, Amin Sapiro, Ashar(s), Tarmizi Mohd Jam, Montoya, Awang Siber, selain daripada Harakahdaily, Detik Daily, Warta Terengganu, Warta Darul Iman dan lain-lain.

Kini semua itu tinggal nostalgia bahagia (di hati) dan menjadi kenangan abadi sehingga ke akhir hayat.  Aku berundur aktif dalam aktiviti parti (sudah tentulah PAS) tetapi pemimpinku seperti Tuan Guru Abdul Awang, Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin kesayangan Anwar Ibrahim terus berjuang dengan iltizam yang kental menuju Putrajaya. Semoga Allah merestui perjuangan ini, insya-Allah...

 

Terima kasih TKO...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...