22 February, 2013

Pra-PRU13: Kopi Radix tergugat...

Kuala Lumpur: 22 Februari 2013
HPA Industri Sdn Bhd hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa Kopi Radix akan tergugat jualannya berikutan terdapat saingan hebat daripada satu jenama baharu Kopi Najib 5 Dalam 1. Mengikut jurucakap HPA, mereka yakin kopi yang bertunjangkan sebuah parti politik tanah air itu tidak akan bertahan lama memandangkan jangka hayat parti tersebut kini berada dalam keadaan kritikal. "Sehebat manapun kopi itu, jika nyawa peminumnya sudah berada di halkum, tiada apa-apa yang boleh dilakukan" kata jurucakap itu lagi, sambil tersenyum sinis.


Kopi Najib 5 Dalam 1 dikatakan mempunyai kekuatan 5 kuasa kuda sehingga hidup pasangan suami isteri sentiasa ceria sepanjang hari...

Big Mama sangat berpuas hati dengan keampuhan Kopi Najib 5 Dalam 1

Kopi Najib 5 Dalam 1 telah dinamakan sebagai minuman utama pilihan raya ke-13 nanti. Kontrak telah pun diberikan kepada syarikat pengeluar Kopi Najib 5 Dalam 1 untuk memberi minuman kepada pasukan petugas SPR, SPRM, PDRM ketika menjalankan tugas nanti. Ini tidak lain bagi memastikan semua petugas dalam keadaan ceria ketika menjalankan tugas rasmi. 

HPA akan terus memantau perkembangan ini...

 

 
Bagi saya secawan...

No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...