24 February, 2010

Aku Pemburu Jin 7: Satu Kontroversi


Makluman: Entri kali ini mungkin mewujudkan sedikit kontroversi dalam kalangan pembaca. Oleh itu, dalil akli (akal) dan dalil nakli (nas) mungkin dapat mengungkai persoalan yang ditimbulkan.

Persoalan: Adakah ayat-ayat al-Qur'an dapat memusnahkan jin atau syaitan, seperti yang diyakini oleh kebanyakan orang? Betulkah jin akan lari ketakutan apabila anda membaca ayat Kursi atau surah Yasin atau ayat-ayat al-Qur'an yang lain?

Jika jawapannya "tidak", maka anda telah ditipu hidup-hidup oleh pelbagai pihak, termasuk para ustaz (?) atau pembuat-pembuat filem atau drama seram di televisyen.


Pembuktian:
Jika orang Islam sendiri tidak faham apa yang mereka baca (contoh: ayat Kursi) ditambah pula dengan pembacaan secara "tonggang terbalik" (membaca secara tidak tartil), adakah diterima oleh akal yang waras, para jin dapat memahami ayat-ayat yang anda baca? Seperti anda, jin juga perlu mendalami al-Qur'an dari aspek pembacaan dan kandungannya.

Firman Allah:
"Katakanlah (hai Muhammad)!: "Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Qur'an)" (Al-Jin, ayat 1).
"Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (Az-Zariyat, ayat 56).
"Wahai bangsa jin dan manusia! Apakah belum datang kepadamu rasul-rasul daripada golongan kamu sendiri" (al-An'am, ayat 130).

Jika jin atau syaitan boleh dihapuskan atau lari "lintang pukang" dengan hanya membaca beberapa potong ayat al-Qur'an, letak sahaja para Qari atau Qariah di tempat-tempat syaitan bertandang, seperti di kelab-kelab malam, rumah-rumah urut atau sarang-sarang pelacuran, nescaya perniagaan di tempat-tempat maksiat seumpama itu akan segera gulung tikar.


Anda berdalih lagi: Bukan semua jin akan musnah, tetapi syaitan dalam kalangan jin sahaja yang akan terbakar dik hembusan ayat-ayat suci al-Qur'an, jin Islam tidak...(fikiran anda tergambar tangisan dan raungan jin atau hantu syaitan yang ketakutan dan kesakitan apabila dibacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada mereka dan anda juga terbayang rupa paras pelakon hebat M. Rajoli yang membacakan ayat itu).

Alasan Babah:
Tidak ada perbezaan antara jin Islam dan jin kafir, kecuali ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Ada dalam kalangan mereka awalnya Islam, kemudian kafir, begitu juga sebaliknya.

Firman Allah:
"...kecuali iblis, dia adalah daripada golongan jin" (al-Kahfi: ayat 50).

Akal yang sihat tidak dapat menerima, apabila jin menjadi kafir, mereka tidak boleh mendengar al-Qur'an, sedangkan ketika Islam, membaca al-Qur'an merupakan satu cabang daripada cabang ibadat.

Firman Allah:
"Mereka (jin) berkata:"Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Qur'an yang diturunkan sesudah Musa..." (al-Ahkaf, ayat 30).

Allah tidak akan memungkiri janji dan anda juga tidak sepatutnya menuduh Allah memungkiri janji-Nya.

Firman Allah:
"Iblis menjawab: "Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau termasuk orang yang diberi tangguh" (al-A'raf: ayat 14-15).


Oleh itu, apakah peranan al-Qur'an dalam menangani masalah ini?
Tunggu sambungannya dalam siri akhir Aku Pemburu Jin 8...

Nota:
Seminggu lamanya Babah a.k.a. Pemburu Jin diserang demam selesema (bukan selsema). Pemburu Jin diserang demam dan sakit tekak? Anda jangan ketawakan Babah kerana  untuk pengetahuan anda jin juga diserang penyakit. Babah akan datang berkunjung ke blog anda selepas tubuh badan sihat dan "streamyx" tidak meragam, insya-Allah.




15 comments:

insan marhaen said...

No komen untuk di komen. Cuma jangan lupa JIN dalam diri sendiri. Pupuk baik-baik supaya dia tak melawan tuan...

yohteh said...

salam babah...
semakin jelas dan rasional...
patut pun baru menjelma... selesema..!

zulkbo said...

saya setuju dengan INSAN MARHAEN..syaitan yang besar adalah diri kita sendiri..

mazru said...

salam babah,

semuga cepat-cepat sembuh..kite rindu dgn komen-komen babah kat blog kite..hehehe

Maiyah said...

ayat Quran ni byk kelebihan bukan utk halau jin tapi utk perubtan pun kan

betullah nak kene fhm n amal ayat yg dibaca

sahromnasrudin said...

errmm.......

Abd Razak said...

Salam...

Jika kita berpandukan kepada al-quran nescaya kita tidak sesat kerana itu merupakan kalam Allah.

Unknown said...

salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

terokai seni said...

tak dapat bayangkan bila para qari dan qariah dok mentartilkan surah kat kelab malam...

Kakcik Seroja said...

Salam Babah.. kakcik pun asyik terbatuk-batuk ni.. tekak perit. InsyaAllah, minggu depan nak kena bedah, doktor dah pesan suruh sihatkan badan... aduhai... Kalau kat hospital swasta, mungkin mereka suka nak tahan kita lama-lama...

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Samsudin,
1. Didoakan semoga sembuh sepenuhnya demam selesema itu.
2. Diri ini tetap berkunjung dan membaca entri tulisan tuan ini, sesuatu yang menarik dan memangkinkan minda.

aShaBuLz said...

alhamdulillah...bertambah ilmu saya. tak sabar nak baca siri seterusnya...thanks babah. smoga cepat sembuh~

pecinta_Islam said...

saya pernah mendengar cerita yang diceritakan kembali oleh ustaz zaharuddin tentang hal seumpama ini.Katanya semasa sekolah dulu adalah seorang kawan dia ni nak tunjuk kebolehannya apabila seorng pelajar dirasuk jin..kemudian dibacanya ayat kursi..

yang kelakarnya jin tu pula boleh menegur dan memperbetulkan kembali apa yang dibaca oleh kawannya itu.malu2..dek kerana salah bacaannya maka tiadalah kesannya..

mirip juga pendapat seorang ustaz..bila membaca ayat2 terutamanya yang diajar rasulullah bila menimpa musibah sebegini,maka hendaklah dibaca dengan betul terlebih dahulu..

namun bacaan kenalah disertakan dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah.Dan mungkin juga kena blajar juga cara-cara untuk menghadapinya terlebih dahulu.Contohnya macam babah,pernah mempelajari selok belok tentang jin.

Werdah said...

Salam Samsudin.

Sekali baca kak rasa macam jelas tentang permasalahan ini. Apabila dua kali baca macam keliru pula. Habis tu bila ustaz-ustaz kata ada hadis sahih tentang syaitan ajar ayat kursi , baca 3 Qul dan surah al-Baqarah tu bagaimana pula.


Boleh tak jika kak kata bahawa ayat-ayat al-Quran memang boleh menjadi penawar kepada orang-orang yang diganggu syaitan, cuma kita kena buat analogi macam ni, jika kita nak halau anjing janganlah kita halau sambil di tangan kita ada tulang, maksudnya bila kita tak nak diganggu janganlah kita buat perkara-perkara yang boleh menariknya untuk mengganggu kita. Maksudnya kita kena amalkan apa yang Allah dan RasulNya suruh dan tinggalkan segala laranganNya.

Kalau kak silap tolong perbetulkan, sebab kak ada dengar syaitan ikut dalam perjalanan darah kita untuk mengganggu kita. Disebabkan itulah dinasihatkan selalu amalkan doa-doa pelindung.

Apa-apapun kak tunggu sambungannya.
Semoga cepat sembuh.

pecinta_Islam said...

maaflah saya fikir saya kena perbetulkan kembali.takut jadi fitnah pula kepada golongan agama..ada sedikit kesalahan dalam menceritakan cerita ustaz tu.

berhubung cerita oleh ustaz zaharuddin tu sy ada mendengarnya kembali sbnr td dlm mp3..dia ckp bila budak tu baca salah maka jin tersebut menegurnya yang budak tu baca salah..tapi jin tersebut tidak memperbetulkan kembali bacaan budak tu..

itu shja..:)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...