17 March, 2013

Datuk Harun Taib : Wira Lahad Datu 'syahid dunia'

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'.
Datuk Harun Taib

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Sumber: SinarHarianOnline



 

Wallahua'lam...
Read more...

Pra-PRU13: Evolusi perubahan...

Evolusi perubahan...


Apa kata atuk...

 

Semoga Allah perkenankan...
Read more...

16 March, 2013

Pra-PRU13: Enam Tokoh Imam Muda pilih UMNO...

...sebagai parti pembangkang selepas PRU13.

KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut. Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya. Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi) Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan. Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.






Sumber berita di sini.

Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin juga dilaporkan telah mengisytiharkan diri menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.



 

Bulan juga pilihan di hati...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...