14 March, 2013

Peluang mendapat ganjaran daripada Allah...

Kira-kira pukul sebelas malam semalam (13 Mac 2013), Surau Puncak Saujana, Taman Puncak Saujana 43000 Kajang telah ditimpa musibah kebakaran akibat litar pintas.


Surau ini terletak hanya 20 langkah dari rumah Mybabah...


Gambar surau dari anjung rumah Mybabah

Satu bahagian daripada dinding di ruang muslimah dijilat api hingga ke siling. Manakala bahagian-bahagian lain disaluti jelaga (karbon) daripada kebakaran itu.


Hasil siasatan pihak Bomba, mereka mendapati kebakaran berpunca daripada aliran elektrik yang terlebih beban yang akhirnya mewujudkan litar pintas dan seterusnya menghasilkan percikan api.


Mujurlah beberapa orang penduduk ternampak api yang mula marak di dalam surau dan memanggil rakan-rakan yang lain untuk membantu memadamkan api, termasuk Mybabah. Alhamdulillah, api dapat dipadamkan sebelum pihak bomba sampai di tempat kejadian.

Jelaga menyelubungi siling bangunan surau

Dalam laporan Encik Mazlan, pengerusi surau kepada pihak polis, kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.


Pada mesyuarat yang diadakan pada malam ini (14 Mac 2013), Mybabah telah dilantik mengetuai projek membaik pulih surau, termasuk mengecat semula bahagian dalam surau. Sebut harga bagi mengecat keseluruhan bahagian dalam surau adalah berjumlah RM4,000.

Mybabah telah menolak cadangan untuk menggunakan duit simpanan surau dan mengambil tanggungjawab untuk mengutip infak daripada orang ramai yang ingin melakukan amal jariah. Hari ini sahaja Mybabah berjaya mengutip infak sebanyak RM650 daripada rakan-rakan di pejabat, seorang penduduk yang ditemui di surau dan Mymama.

Sesiapa yang terasa ingin menanam saham akhirat, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan infak ke dalam akaun yang berikut:

Akaun Maybank: 112026434504 atas nama SAMSUDIN BIN JIDIN

Jazaakaullahu khairan kathira.



 
Serahan tangan juga diterima. Hubungi Mybabah di talian 013-3510250...
Read more...

13 March, 2013

Anak-anak di Syria disiksa, diperkosa dan dibunuh...

DAMASKUS (Arrahmah.com) – Disiksa, diperkosa, dan dibunuh, anak-anak Syria menanggung bencana kemanusia sepenuhnya dalam dua tahun pertempuran disebabkan oleh kepemimpinan rejim "iblis" Assad. “Ini adalah perang di mana perempuan dan anak-anak menjadi korban terbesar,” kata Justin Forsyth, ketua eksekutif NGO Save the Children, kepada Reuters pada hari Rabu (13/3/2013).


Satu laporan dari London mengatakan anak-anak penderitaan penuh dalam konflik bersenjata yang sedang berlangsung di Syria. laporan itu mengatakan dua juta anak di Syria kini mengalami kekurangan zat makanan, penyakit, penyiksaan, dan kekerasan. Forsyth mengutip kes seorang anak di kem penampungan yang berusia 12 tahun, yang melihat sahabatnya dibunuh di luar kedai roti. “Temannya ditembak di bahagian jantung,” katanya. “Tapi awalnya, dia memikirkan temannya itu sedang bergurau kerana tidak ada darah. Mereka tidak menyedari bahawa ia telah dibunuh setelah mereka memeriksa bajunya.”
Save the Children melaporkan penemuan terkini yang dilakukan antara anak-anak yang tinggal di kem penampungan oleh Bahcesehir University di Turki, yang menyatakan bahawa satu daripada tiga anak yang telah dilaporkan pernah dipukul, ditendang, atau ditembak. Dimaklumkan bahawa dua pertiga daripada anak-anak dalam kajian mengatakan bahawa mereka telah terpisah daripada anggota keluarga mereka akibat konflik. Sepertiga daripada responden mengatakan mereka telah menyaksikan kematian seorang teman rapat atau anggota keluarga. “Semua anak-anak ini menceritakan kisah-kisah fakta yang mereka alami dan kemudian anda akan menyedari bahawa ada lapisan dan lapisan trauma emosional di sana,” kata Forsyth.


Lebih 70.000 orang telah terkorban dalam dua tahun konflik di Syria. Pertempuran itu telah memaksa lebih satu juta warga Syria meninggalkan rumah mereka ke negara-negara tetangga, di samping perpindahan dua juta lainnya di dalam negeri. Laporan tersebut juga mengatakan bahawa puluhan anak-anak juga dimasukkan ke penjara selama konflik berkecamuk di Syria.

Save the Children menyatakan bahawa beberapa anak lelaki juga diperlakukan oleh kelompok-kelompok bersenjata sebagai hamba, pelari dan perisai manusia, membawa mereka dekat ke garis depan peperangan. Laporan itu juga memperingatkan bahawa pemerkosaan digunakan sebagai alat untuk menghukum warga Syria. “Dalam kebanyakan konflik, lebih 50 peratus perkosaan menimpa anak-anak. Dan saya yakin kes itu juga terjadi dalam konflik ini,” Kata Forsyth.

Laporan itu juga mengatakan bahawa perasaan takut akan kekerasan seksual menjadi salah satu alasan utama bagi keluarga Syria untuk meninggalkan rumah mereka. Dikatakan bahawa ada juga laporan daripada pernikahan awal gadis-gadis muda oleh keluarga mereka kerana cuba untuk mengurangi jumlah mulut yang harus mereka memberi makan, atau berharap bahawa suami akan mampu memberikan keamanan yang lebih besar daripada ancaman kekerasan seksual. Forsyth mengatakan bahwa ia bertemu keluarga Syria di Lebanon yang mengatakan puteri mereka yang berusia 16 tahun menikah dengan pria yang lebih tua. “Ibunya kata dia cantik dan setiap waktu tentara boneka Syria datang ke rumah, dia berfikir: ‘Mereka akan memerkosanya.’ Pemerkosaan sengaja mereka gunakan untuk menghukum orang,” katanya, menambahkan bahawa gadis-gadis semuda 14 tahun pun sudah dinikahkan. (banan/arrahmah.com).



 

Masyallah, tiada kata-kata yang dapat mengungkap kesedihan ini...

Read more...

Beberapa nasihat UAI sebagai renungan...

Berjamaah di surau/ masjid

Ambil berat tentang solat

Rajin solat

Haram tetap haram - istikomah

Lebihkan orang lain daripada diri sendiri

Hormati ulama...

 

Hidup PAS! Perjuangan Islam akan menyemarak di bumi Allah ini, insya-Allah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...