23 February, 2013

BR1M RM500 cukup untuk 12 bulan...

Ini betul-betul statement paling hebat daripada PM.




"Menerusi BR1M, sebanyak RM500 (setiap isi rumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10 kilogram (kg), minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya, nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Terus baca di sini.

Cara guna duit RM41.60 sebulan

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50 ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie.... Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Sumber di sini.

Dalam pada Kerajaan menghambur duit sesuka hati untuk menang undi, hutang kerajaan terus mencanak.

Sumber di sini.





 
Ini merupakan pengurusan wang paling berhemat. Berhutang untuk berbelanja...
Read more...

Wat sek sebelum nikah...

Kisah ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu.
Sebelum akad nikah Tok Kadi ingin mengesahkan kad pengenalan pengantin lelaki.



Kadi: Lame dah kenal hok puang ni?
Pengantin: Dalam 2 tahun lebih
Kadi: Hoo molek la...mesti gi dating sokmo ni dok?
Pengantin: Kadang-kadang je Tok. Dia di Terengganu saya duk KL
Kadi: Doh tak jupe,org muda leni orangg ngorat wat sek sokmo la ni

**Terangkat punggung pengantin dan wali dengar soalan tu***

Pengantin: Amenda Tok, kang harang!
Kadi: Bakpe haramnye, kang ada niat nok nikoh. Wat sek la. Barang percume!
Wali: Hoi! mung tok kadi jangan wat aib anak nantu aku gitu depang org rama ning!!!!
Kadi: Ce wt mari telefon mung aku nak cek ***kadi mitok dengan pengantin***
Pengantin: Telepon saya ikut suka saya la nak save menda pun
Wali: Wi la awang eh kalu mu rasa mu dok wat ***ketor tangan pengantin bagi fon ke kadi, muka meroh merang doh***
Kadi: Doh ni fail natang ape? Wat sek la ning ke org panggil menda gining?

***Wali cepat2 bangun gi tengok, pengantin pun sama naik...saksi bejerebat atas belakang

*** Ramai2 pakat kata "oooo WHATSAPP!!!"


Wat Sek


Sumber di sini.



 
He...he...
Read more...

Perkasa tubuh pasukan pertahan kalimah Allah...

KUALA LUMPUR: Kisah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu menubuhkan satu pasukan untuk mempertahankan kalimah 'Allah' kini menjadi fenomena dalam Facebook.



Ia terjadi apabila gambar-gambar peserta pasukan ini menjadi kegilaan pelbagai pihak untuk dikongsikan di facebook mereka. Ketika dibaju mereka tercetak logo skuad mempertahankan nama 'Allah' ini, mereka sendiri menghina Allah dengan kelakuan mereka. Ada yang naik motor berpasangan, ada yang memakai baju dan seluar ketat dan tidak kurang yang berpoya-poya ke sana-sini dengan baju yang tercetak logo tersebut.



 
Perkosa...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...