22 January, 2013

Pengharaman e-Rokok ada udang di sebalik mi...

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk e-rokok adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Menurut beliau, penjualan e-rokok bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.


Adakah itu alasan sebenarnya?
Rakyat meraguinya. Perhatikan apakah sebab utama Kerajaan menaikkan harga rokok antara 26 - 28 peratus 20 hari selepas perbentangan Belanjawan 2013 (28 September 2012). Alasan yang diberikan oleh Pengarah Perhubungan Korporat Philip Morris, Richard James ialah peningkatan cukai rokok itu dilakukan berikutan fokus kerajaan kini terarah untuk membendung penyeludupan bahan berkenaan. "Kerajaan mengalami kerugian cukai yang besar disebabkan kemasukan rokok haram, maka tindakan penguatkuasaan dilihat mampu menyelesaikan masalah tersebut berbanding meningkatkan cukainya.

Ya, penggunaan e-rokok secara berleluasa juga akan mengurangkan penjualan bahan berasaskan tembakau dan sudah tentu ini menyebabkan kerugian cukai yang besar terhadap rokok. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada kerugian ini, meskipun e-rokok kurang mudaratnya daripada rokok sebenar.

Photobucket

Berhenti merokok adalah lebih baik (baca di sini).

1. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US FDA telah menguji 19 jenis e-rokok daripada dua penjual terkemuka e-rokok, iaitu NJoy dan Smoking EveryWhere mendapati bahawa terdapat bahan tobacco-specific nitrosamines (TSNAs) yang boleh menyebabkan kanser.

2. Pada bulan Mac 2009, Jabatan Kesihatan Kanada mengeluarkan kenyataan "Walaupun e-rokok ini dijual sebagai alternatif yang selamat berbanding rokok biasa, tetapi e-rokok boleh menyebabkan keracunan nikotin dan ketagihan".

3. Pada bulan September 2008, World Health Organisation (WHO) mengeluarkan kenyataan, "Tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nikotin. Oleh itu, pihak pengeluar perlulah melakukan kajian yang lebih mendalam untuk menyokong dakwaan mereka e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok".

Namun, ulasan TV9 tentang e-rokok lebih positif...


Mudarat yang lebih dikhuatirkan

1. Anak-anak dan wanita-wanita Islam akan mula merokok dengan alasan e-rokok tidak membahayakan kesihatan dan tidak patut ditegah.

2. Perokok bukan sahaja akan merokok di tempat awam (termasuk di dalam kapal terbang), tetapi juga di masjid dan di surau.

3. Remaja yang berjinak-jinak menghisap e-rokok akan berjinak-jinak pula dengan najis dadah kerana e-rokok sudah tidak memberi kepuasan.



Oleh itu, jangan biarkan tabiat merokok atau me'e-rokok' membelenggu hidup anda...




 

Alhamdulillah, sudah dua tahun Mybabah tidak menyentuh dan menghidap rokok atau e-rokok...
Read more...

21 January, 2013

Manusia Berhati Binatang...

KUANTAN - Seorang gadis berhati binatang bertindak kejam dengan membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke dalam tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.


Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh, gadis yang berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh. Dia dikatakan dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

Sumber berita di sini

 

Masya-Allah, kejamnya...
Read more...

Bergurau Tidak Bertempat...

Betapa rendahnya tahap kesedaran sosial segelintir rakyat Malaysia. Dalam hal yang serius seperti rompakan, kebakaran dan kehilangan anak dijadikan bahan gurauan.

Rabu lepas, sepasang suami isteri telah kehilangan anak mereka di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights. William Yau Zhen Zhong telah gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Adik Zhen Zhong

Susulan daripada itu, pelbagai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima ibu bapa kanak-kanak terbabit daripada beberapa pihak tidak bertanggungjawab. "Baru-baru ini ada pihak yang membuat panggilan telefon dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Apabila ditanya berhubung kanak-kanak itu, panggilan dimatikan dan disusuli pula SMS yang mengatakan mereka berbuat demikian hanya sekadar main-main.

 "Ini kes budak hilang, kenapa perlu dibuat bahan mainan, tolong jangan menghubungi ibu bapa kanak-kanak ini jika tiada keperluan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan perkara seperti ini," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Rosli Mohd Isa ketika ditemu bual.

Sumber berita: di sini



 

Semoga Allah memelihara anak kecil ini...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...