21 March, 2013

Wudu' sebelum tidur

(Arrahmah.com) – Memang ini kedengarannya remeh.Tapi jangan anggap ia tidak penting, kerana Nabi s.a.e. senantiasa berwudu sebelum beliau tidur. Hakikatnya berwudu mempunyai nilai ibadah yang juga memberi manfaat besar kepada kesihatan. Penyelidik dari Universiti Alexsandria, Dr Mustafa Syahadah, yang sekaligus merupakan Dekan Fakulti THT, menyebutkan bahawa jumlah kuman pada orang yang berwudu lebih sedikit dibanding orang yang tidak berwudu.



Dengan ber-istisnaq (menghirup air dalam hidung) misalnya kita dapat mencegah timbulnya penyakit dalam hidung. Dengan mencuci kedua tangan, kita dapat menjaga kebersihan tangan. Kita juga dapat menjaga kebersihan kulit wajah bila kita rajin berwudu. Selain itu, kita juga boleh menjaga kebersihan cuping telinga dan telapak kaki kita, artinya dengan sering berwudu kita dapat menjaga kesihatan tubuh kita.

Lantas, bagaimana jika berwudu dilakukan sebelum tidur? Para pakar kesihatan di dunia senantiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Tambahan pula anjuran untuk berwudu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Sebab jika seseorang berada dalam keadaan suci, berarti ia dekat dengan Allah.  Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur pada malam hari dalam keadaan suci (berwudu’) maka malaikat akan tetap mengikutinya, lalu ketika ia bangun niscaya malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur pada malam hari dalam keadaan selalu suci’”. (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.).

Hal ini juga ditulis dalam kitab tanqih al-Qand al-Hatsis karangan Syekh Muhamad bin Umar an-Nawawi al-Mantany. Daripada Umar bin Harits bahwa Nabi s.a.w. bersabda “barangsiapa tidur dalam keadaan berwudu, sekiranya ia mati  maka matinya dalam keadaan syahid di sisi Allah. Maksudnya orang yang berwudu sebelum tidur akan memperoleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Dengan begitu dapat disimpulkan bahwa berwudu sebelum tidur merupakan anjuran Nabi s.a.w. yang harus dikerjakan apabila seseorang ingin memperoleh kemuliaan di sisi Allah. Manfaat Wudu sebelum tidur

•  Pertama, mengendurkan otot-otot sebelum beristirahat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan mengenainya. Boleh dibuktikan dalam ilmu kedoktoran bahawa percikan air ketika umat muslim mengmabil wudu itu merupakan suatu kaedah atau cara yang dapat mengendurkan otot-otot yang kaku selepas letih dalam beriadah. Seseorang yang dalam keadaan wudu juga  fikiran mereka rileks. Badan kurang terasa letih.

•  Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudu dapat mencerahkan kulit wajah kerana air wudu dapat menghilangkan kotoran pada kulit. Kotoran-kotoran yang menempel pada kulit wajah kita akan senantiasa dicuci dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

•  Ketiga, didoakan malaikat. Dalam sabda Nabi s.a.w. yang bersangkutan dengan wudu, malaikat akan senantiasa memberikan do’a perlindungan kepada umat Islam yang senantiasa berwudu sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang senantiasa berdikir kepada Allah. niscaya do’anya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah.

Oleh karena itu, senantiasalah berwudu.  Disebut dalam Shahihain, daripada sabahat al-Bara’ bin Azib r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya; “Apabila engkau hendak mendatangi tempat tidur, maka hendaklah berwudu terlebih dahulu sebagaimana wudumu untuk melakukan shalat.” (HR. Bukahri dan Muslim). Dalam menjelaskan faedah daripada perintah Nabi s.a.w.ini, Al-Hafidz Ibnul Hajar menyebutkan fadilat wudu sebelum tidur, antaranya: Agar dia tidur pada malam itu dalam keadaan suci supaya ketika kematian menjemputnya dia dalam keadaan yang sempurna. Daripada sini diambil kesimpulan dianjurkannya untuk bersiap diri untuk menghadapi kematian dengan menjaga kebersihan (kesucian) hati karena kesucian hati jauh lebih penting daripada kesucian badan. Imam al-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim menyebutkan tiga hikmah berwudu sebelum tidur (yang maksudnya tidur dalam keadaan suci). Salah satunya adalah khawatir kalau dia meninggal pada malam tersebut. Abdul Razak mengeluarkan sebuah atsar daripada Mujahid dengan sanad yang kuat, Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhuma berkata, “Janganlah engkau tidur kecuali dalam keadaan berwudlu (suci), karena arwah akan dibangkitkan sesuai dengan keadaan nyawanya dia dicabut.” (dbs/arrahmah.com)

 
Mari bersama-sama mengamalkan sunnah...
Read more...

20 March, 2013

Pra-PRU13: Perbezaan budaya dua pemimpin...

Saksikan sendiri kerana gambar tidak berdusta...

Anwar dan keluarga

Najib dan keluarga

Yang mana satu pilihan anda sesuai untuk memimpin negara...




 

Tepuk dada tanya iman...
Read more...

Ingat mati untuk kusyuk solat...

Salah satu cara solat khusyu' adalah dengan mengingat kematian ketika solat, iaitu ingat dirinya akan mati dan dikembalikan kepada Allah s.w.t.



 Allah telah berfirman tentangnya,

 وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (QS. Al-Baqarah: 45-46).

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas, "Dan sesungguhnya solat atau wasiat benar-benar berat (dijalankan) kecuali atas orang-orang khusyu' yang yakin mereka akan berjumpa dengan Allah; maksudnya: mereka tahu akan dikumpulkan kepada-Nya pada hari kiamat, dihadapkan kepada-Nya dan mereka akan kembali kepada-Nya. Maksudnya: urusan mereka akan kembali kepada kehendak Allah; Allah menghakimi sekehendak-Nya terhadap urusan itu dengan keadilan-Nya. Oleh karenanya, saat mereka meyakini hari yang dijanjikan dan jaza' (balasan) menjadi mudahlah (ringanlah,-pent) atas mereka menjalankan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran."

Hal ini juga dikuatkan oleh sabda Nabi s.a.w,

اذكر الموت في صلاتك ، فإن الرجل إذا ذكر الموت في صلاته لحريّ أن يحسن صلاته ، وصلّ صلاة رجل لا يظن أنه يصلي غيرها
"Ingatlah kematian dalam solatmu, karena sesungguhnya seseorang itu apabila ingat kematian dalam solatnya niscaya akan lebih memacunya untuk memperbagus solatnya; dan solatlah kamu sebagaimana solatnya seseorang yang tidak yakin ia dapat solat sesudahnya." (HR. Al-Baihaqi dalam kitab Al-Zuhud al-Kabir dan pemilik Kanzul Ummal. Dihassankan Syaikh Al-Albani dalam Al-Silsilah al-Shahihah, no. 1421, beliau menukil daripada Imam al-Suyuthi bahwa AL-Hafidz Ibnu Hajar telah menghassankan hadis ini).

Ini sesuai dengan pesan Nabi s.a.w. kepada Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu saat beliau bersabda kepadanya, "Apabila kamu berdiri dalam solatmu maka solatlah seperti solat perpisahan." (HR. Ahmad dan disebutkan juga dalam Shahih al-jami', no. 742) yakni seperti solat orang yang mengira bahawa ia tidak akan solat lagi sesudahnya.

Apabila orang yang solat yakin dirinya akan mati dan di sana masih ada satu solat sebagai solat yang terakhir, hendaknya ia khusyu' dalam solat yang dikerjakannya itu karena ia tidak tahu bahawa mungkin solat ini adalah solat yang terakhir." (Dinukil dari 33 Penyebab Khusyu' Solat, Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid: 45-46).

 Mengingat perkara kematian dan apa yang akan ia temui sesudahnya berupa alam kubur, kebangkitan, perhimpunan, hisab, dan jaza' di akhirat adalah cara jitu untuk membantu menggapai kekhusyu'an dalam solat. Maka orang yang solat hendaklah berusaha mewujudkan sebab-sebab tersebut dan menjauhi perkara-perkara yang menghalangi kekhusyu-an. Wallahu Ta'ala A'lam. [PurWD/voa-islam.com]..

Sumber artikel di sini.

 

Semoga Allah membantu kita untuk kusyuk dalam solat...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...