10 March, 2013

Ahmadinejad: Chavez akan kembali ke dunia...

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dilaporkan telah berangkat ke Caracas untuk menghadiri pengebumian Hugo Chavez. Chavez adalah Presiden Venezuela yang mati akibat kanser.



Ahmadinejad sangat memuji Chavez, dan membandingkannya dengan begitu suci sambil mengatakan bahawa Chavez akan kembali pada hari kebangkitan nanti bersama Isa. Dalam ucapan takziah pada hari Rabu (6/3/2013), Ahmadinejad juga berkata"tidak diragukan lagi Chavez akan kembali ke bumi bersama-sama dengan Isa dan Imam Mahdi". Ahmadinejad juga mengatakan bahawa Chavez akan "menegakkan keamanan, keadilan dan kebaikan" di dunia. Ahmadinejad percaya sesuatu yang "mencurigakan" telah menyebabkan kanser Chavez. Presiden Syiah itu mempunyai hubungan erat dengan Chavez dan dua pemimpin itu sering bertemu selama beberapa tahun terakhir.

Pengambilan berita di sini.


 

Kesesatan Syiah...
Read more...

Amalan Abu Utsman Sebagai Bekal Menghadap Allah...

Abu Utsman al-Hiri (289H) adalah seorang ulama Naisabur yang solih. Suatu ketika beliau ditanya,”Wahai Abu Utsman amalan apa yang engkau bawa sebagai bekal menghadap Allah daripada apa yang telah engkau lakukan?”


Menerima kekurangan dengan keikhlasan

Abu Utsman pun memulakan cerita,”Waktu aku tinggal di Ar-Rai, para penduduknya mendesakku berkahwin, namun aku menolaknya. Tetapi setelah itu datang seorang wanita yang menyatakan, ’Wahai Abu Utsman aku telah jatuh cinta kepadamu, hingga aku tidak boleh tidur. Dan aku memutuskan memohon kepada Allah agar aku diizinkan-Nya menikah denganmu’”.

Abu Utsman melanjutkan, “Aku pun menjawab, ‘Engkau masih memiliki ayah?’ Wanita itupun menjawab,’Ya, dia adalah seorang penjahit.’ Akhirnya, aku berjanji akan menikahinya dan ia pun bergembira, kemudian dilakukanlah akad nikah dengan para saksinya.

Namun setelah menjadi pasangan suami isteri yang sah dan melihat orangnya, aku akhirnya mengetahui bahawa salah satu mata istriku buta dan kakinya pincang serta memiliki wajah amat buruk. Saat itu aku mengucapkan,’Ya Allah segala puji bagi-Mu atas apa yang engkau takdirkan kepadaku’”.

Abu Utsman pun menjelaskan bahawa saat itu, keluarganya mencelanya atas keputusan menikahi wanita itu,”Namun aku tetap berusaha membahagiakan wanita itu. Sampai suatu ketika ia menginginkan agar aku tetap bersamanya, maka aku rela meninggalkan majlis demi untuk menjaga perasaannya.

Kehidupan yang demikian itu aku jalani hingga 15 tahun dan terkadang aku merasa tersiksa dengan keadaaan demikian namun aku sama sekali tidak pernah mengeluhkan hal itu kepadanya sehinggalah ia wafat”.

Abu Utsman pun menutup kisahnya, ”Maka daripada amalanku, yang aku harap boleh menjadi bekal kepada Allah adalah usahaku untuk menjaga perasaannya.”

(lihat, Shifat Ash Shafwah, 4/105,106)

Sumber cerita di sini.



 

Mybabah patut lebih bersyukur kerana dikurniakan isteri hampir sempurna, alhamdulillah...
Read more...

Azerbaijan pula dilanda fitnah...

Fitnah adalah halangan dalam usaha melaksanakan Islamisasi dan dakwah...
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)


BAKU (Arrahmah.com) – Larangan memakai jilbab kini diperluas ke universiti-universiti di Azerbaijan. “Bagaimana boleh para pejabat membenarkan larangan baru yang diberikan kepada para mahasiswa, guru, dan lain-lain?” Kata ulama Zolfaqar Mikaeilzadeh kepada Press TV pada Sabtu (9/3/2013).
 
Dia kesal dengan pelarangan jilbab di sekolah menengah yang sekarang juga diperluas ke maktab-maktab perguruan. Mahasiswa di Azerbaijan State Oil Academy (ASOA) telah dilarang memasuki kampus dengan memakai jilbab. Mais Gul Aliev, pemimpin Parti Hijau Azerbaijan, menggambarkan larangan jilbab di universiti dengan kata “illegal”. Beliau menyeru supaya tindakan yang tidak mengikut perlembagaan ini dihentikan. Islam memandang jilbab sebagai kewajiban dalam berpakaian, bukan simbol agama semata-mata. Seperti banyak bekas negara  Soviet lainnya, Azerbaijan telah menyaksikan kebangkitan agama yang terhad sejak kemerdekaan pada tahun 1991. Pemerintah sekular Ilham Aliyev melakukan kawalan dan pengetatan pada agama Islam di negeri ini. Pada pertengahan Februari 2010, pemerintah memerintahkan semua pegawai negeri untuk menghapus simbol-simbol yang berhubungan dengan Islam — seperti ayat-ayat Al-Qur’an — di pejabat mereka. Pada bulan Desember 2010, pemerintah sekular memperkenalkan pakaian seragam sekolah rasmi yang melarang pemakaian jilbab. Langkah ini telah mencetus kemarahan di negara itu. (banan/arrahmah.com).
 


 

Dugaan yang melanda umat Islam adalah fenomena sejagat...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...