09 March, 2013

Pra-PRU13: Akhlak mulia Zulkifli Noordin

Siapa tidak kenal Zulkifli Noordin. Dia merupakan ahli Parlimen Kulim dan juga Naib Presiden PERKASA. Dia sangat terkenal sebagai seorang pejuang agama (murtad) dan kaum (Melayu) di Malaysia selepas dilucutkan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat, sehingga pernah mendakwa PAS telah kafir kepada Allah di sini.


Ketinggian akhlak Zul Kulim, iaitu nama singkatan popular beliau jelas terserlah dalam penulisannya di blog beliau di sini.  Beliau juga aktif menyalurkan maklumat dan pandangan beliau menerusi twitter. Yang terkini ialah tentang Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai seorang biseksual tegar.


Inilah sebenarnya "haiwan" atau "syaitan" bertopengkan manusia yang kononnya memperjuangkan akidah tetapi tidak faham langsung tentang hukum qazaf dan yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit demi untuk sekelumit kuasa...

Sumber maklumat di sini.

 

Ya Allah, kau turunkan balasan ke atas manusia yang bernama Zulkifli Noordin dengan balasan yang setimpal...
Read more...

Berbuat baik kepada anak sebelum mereka lahir...

ABU AL ASWAD AD DAULI suatu ketika menyampaikan kepada anak-anaknya,"Aku telah berbuat baik kepada kalian, ketika kalian sudah dewasa, masih kecil dan belum ada." Anak-anak beliau pun menjawab,"Ayah telah berbuat baik kepada kami ketika kami sudah dewasa dan sejak kecil.



Tetapi, bagaimana ayah berbuat baik kepada kami ketika kami belum ada?" Abu Al Aswad pun menjawab,"Aku tidak meletakkan kalian di tempat yang kalian menjadi malu karenanya." (Syu'ab Al Iman, 4/273).

Qadhi Abdullah An Nashiri menjelaskan bahwa melakukan perbuatan baik kepada anak sebelum ia lahir dengan memilih ibu yang baik dan mempersiapkan rumah yang suasananya mendukung untuk melakukan kebaikan. (lihat, Mujibu Ad Dar As Salam, hal.121).



 

Kebijakan seorang ulama...
Read more...

Kedatangan pejuang Islam dari Amerika dan Eropah...

SYRIA.(voa-islam.com) – Gerakan Salafi di Yordania mengumumkan pada hari Jumat (08/03/13) bahawa sejumlah pejuang dari Amerika dan Eropah berperang di samping batalion – batalion pejuang Syria untuk menentang rezim Bashar.


Seorang wakil, yang menolak disebutkan namanya, di gerakan tersebut berkata “terdapat sejumlah personel daripada saudara kami orang Amerika , Inggeris dan warganegara Eropah lain berperang di kelompok Jabhah An-Nushrah di Syria” katanya. Wakil itu menunjukkan bahawa orang – orang asing tersebut sampai ke Syria dan mengucapkan dua kalimah syahadat kemudian ikut berperang bersama jabhah An-Nushrah. Jabhah an-Nushrah adalah organisasi salafi jihad yang lahir akhir tahun 2011 yang pada bulan – bulan akhir ini semakin kuat dan diakui sebagai kelompok penentang Syria terkuat. Pasukan Bashar Al-Asad amat tertekan oleh personel dan keahlian organisasi jihad ini. Majoriti anggotanya saat ditubuhkan adalah orang Syria yang dulu berperang di Irak, Afghanistan, Chechnya dan lain – lain. Dan Washington telah menempatkan Jabhah an-Nushrah ke dalam daftar organisasi teroris/pengganas antarabangsa.[usamah/imo]



 

Allahuman suril mujahidin fi Suriah.
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...