09 March, 2013

Ahlussunah di larang solat Jumaat di Iraq

IRAQ (voa-islam.com) – Jumaat (07/02/13) tentara Iraq menghalang akses jama’ah untuk sampai ke masjid Abu Hanifah An-Nu’man di kota Adhamiyah, tengah Baghdad, untuk melaksanakan solat Jumaat.



Koresponden Anatolia mengatakan bahwa pasukan keamanan Iraq pintu masuk ke kota Adhamiyah dengan maksud mencegah masuknya para jama’ah solat Jummat ke masjid tersebut, di mana tempat itu merupakan markas bagi Ahlussunnah di Iraq. Di samping itu, Syaikh masjid berkenaan mengumumkan dengan pembesar suara bahawa solat Jummat dibatalkan setelah pasukan keamanan menghalangi jama’ah untuk sampai ke masjid. Beliau mengingatkan bahawa sikap ini adalah sikap sektarian yang menghalangi Ahlussunnah untuk melakukan solat Jumat. Di tempat lain, ratusan ribu warga Iraq telah berkumpul menunjuk perasaan di Ramadi, Mosul, Kirkuk, Samarra, Fallujah dan daerah – daerah lain untuk melaksanakan solat Jumaat dan menuntut  pemerintahan memenuhi permintaan penuntuk perasaan supaya membebaskan para tahanan dan menghentikan politik sektarian.[usamah/imo].

 

Allahuman suri mujahidin fil Iraq.
Read more...

Pra-PRU13: Jangan percaya gambar "superimpose"

Mustahil Ustaz Azhar Idrus menyokong parti politik yang sesat dan lebih teruk daripada kafir...

"Tak percaya aku!"

"Mustahil"

"Confuse" aku, orang kata PAS Parti Ajaran Sesat...



Inipun gambar "superimpose"

Apa-apapun, PAS tetap pilihan di hatiku...



 

Ish..Ish...Ish...
Read more...

10 solat tidak diterima Allah

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim).



Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t, antaranya:

Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu;
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat;
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya;
Orang lelaki yang melarikan diri;
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).;
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya;
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung;
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya;
Orang-orang yang suka makan riba’;
Orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh daripada Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”



 

Sesungguh solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...