03 March, 2013

Tentera Sulu dijanjikan BR1M...

Mereka datang untuk menuntut BR1M berbentuk tanah yang dijanjikan oleh 1Malaysia.

BR1M untuk tentera Sulu

Mereka datang dengan satu harapan yang teramat tinggi untuk suatu penghidupan yang lebih selesa di bawah naungan pemerintah Islam di sebuah negara Islam yang mereka diidam-idamkan selama ini. Mereka dijemput hadir oleh sahabat yang telah mereka kenali sekian lama dan saling berkunjungan antara satu dengan yang lain.


Pertemuan di PAU 2012

Tetapi entah di mana silapnya, Islam berperang sesama Islam, sehingga tidak diketahui yang mana syahid dan yang mana pula mati sia-sia.  

Semoga Allah menunjukkan siapa pembuat onar sebenar sehingga negara berada dalam keresahan...

Berita asal di sini.



 

Sepatutnya kafir yang patut dimusuhi bukannya umat seagama...
Read more...

Kematian 7 anggota polis bukan satu khabar angin...

Dua anggota polis mati semasa tragedi di Lahad Datu, dan semalam 5 lima lagi kecundang di Semporna seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Sebelum ini apa kata Menteri yang menerajui KDN?

"Semua itu adalah khabar angin...Jangan percaya..." kata Menteri 

Kita harap mereka yang terbabit mulai sedar daripada tidur dan jika rasa diri tidak mampu menjaga nyawa dan harta benda rakyat maka berundurlah.  Terimalah hakikat bahawa anda tidak mempunyai kompetensi untuk memimpin negara.  Ingatlah pesan Nabi s.a.w.:

إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ
فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

"Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (BUKHARI – 6015).

 

PM dan Menteri KDN juga perlu mengiystiharkan kenaikan pangkat lima mangsa terkini ini...
Read more...

02 March, 2013

Pra-PRU13: Bagaimana tokoh Islam menyantuni agama lain...

Sewaktu menerima penyerahan Kota Yerusselam daripada pengusaha Romawi ke tangan umat Islam, Khalifah Umar al-Khattab bersama-sama panglima perangnya berkunjung ke dataran Bukit Zion dan tibalah waktunya melaksanakan solat Zuhur di sana. Uskup Agong Sophronius menawarkan gereja yang dianggap suci oleh dunia Kristian itu untuk tempat Khalifah Umar bersama para pengiringnya menunaikan solat Zuhur. Tawaran yang ramah itu disambut dengan sangat baik oleh Khalifah Umar.



 "Sungguh gembira sekali hati saya menerima tawaran tuan, tetapi jika saya solat di situ, saya khuatir bahawa suatu hari kelak orang Islam akan merampas gereja tuan untuk dijadikan sebagai masjid. Kerana itu, izinkanlah saya solat di sisi gereja tuan sahaja".

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Khalifah Umar membentangkan serbannya dan menunaikan solat Zuhur di sisi gereja yang terkenal itu, sambil tidak lupa meminta izin daripada Uskup Agong. Khalifah Umar lalu menggariskan telapak tangan di bekas tempat solatnya itu agar dibangunkan sebuah masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Umar, berdampingan dengan Gereja suci umat Kristian yang didirikan pada masa Kaisar Heraklius (610-641M) dari Romawi.

TETAPI... Di Malaysia, di sebuah negara yang dicanangkan sebagai sebuah negara Islam, pemimpinnya menimbulkan pelbagai retorik keagamaan demi memastikan kuasa kekal di tangan mereka sedangkan penganut agama lain yang juga warganegara Malaysia sering dianggap warga kelas kedua. Isu-isu agama tidak cuba ditangani secara santun dan berhemah malah pertikaian tentang isu-isu agama dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dijadikan alat untuk tujuan politik. Isu penggunaan nama Allah merupakan satu daripadanya.



 

Pemimpin seperti di atas akan pupus dari bumi ini pada suatu hari nanti, insya-Allah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...