28 January, 2013

Gambar Asli: Puluhan Ribu Rakyat Menyambut Kepulangan Wira Palestin...

Ini gambar asli - puluhan ribu rakyat menyambut kepulangan wira Palestin. Memang sangat ramai. Mereka bersesak-sesak. Ada yang mengibarkan bendera Palestin.


Cuma, gambar ini bukan di Kuala Lumpur. Ini gambar penduduk Palestin menyambut kepulangan wira mereka yang dibebaskan oleh Israel (sumber: haaretz.com).

Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin berarak sambil mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan dan menyambut kepulangan ratusan wira Palestin yang dibebaskan dari tahanan Israel setelah ditukar dengan Gilad Shalit, tentera Israel.

Kebanyakan daripada 477 tahanan yang dibebaskan itu telah dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh tentera Israel (The Associated Press Oct.18, 2011 6:24 PM).

Gambar di bawah pula menunjukkan pejuang Palestin berjalan gagah di jalan raya bagi meraikan pembebasan wira pemain bolasepak Mahmud Sarsak, dari penjara Israel pada 10 July, 2012 di bandar Rafah, Selatan Gaza. Sarsak telah mogok lapar selama tiga bulan kerana memprotes penahanan tanpa tuduhan di bawah undang-undang ala ISA Malaysia (Sumber gambar: AFP PHOTO/SAIDKHATIB).

Disertakan beberapa gambar wira Palestin yang sebenar! Bukan wira celup!



Itulah wira sebenar yang berjuang di bumi Palestin. Bukan yang datang masa aman dengan pakaian smart, dengan menaiki jet mewah.

Habiskan pembacaan di sini

 
Wira apa ke jadah...


Read more...

Kelebihan berzikir...

Daripada Umm Hani’ r.a. , dia berkata: “Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. melintasi rumah saya. Saya berkata kepada baginda: “Ya Rasulullah, sesungguhnya usiaku telah lanjut dan aku tidak kuat lagi. Maka ajarkanlah aku amalan yang boleh aku lakukan dalam keadaan duduk!”



Baginda bersabda maksudnya::
• Bertasbilah 100 kali. Ganjarannya menyamai memerdekakan 100 orang hamba dari anak Ismail.
• Bertahmidlah 100 kali. Ganjarannya menyamai 100 ekor kuda terlatih yang engkau bawa berjihad pada jalan Allah.
• Bertakbirlah 100 kali. Ganjarannya menyamai 100 ekor unta yang engkau kurban dengan ikhlas.
• Bertahlillah 100 kali. Ganjarannya memenuhi antara langit dengan bumi. Dan tidak diangkat amalan seseorang pada hari itu lebih baik daripada amalanmu kecuali seseorang yang melakukan amalan yang serupa denganmu.

Riwayat Ahmad dan al-Baihaqiy. Diakui sebagai Hadis Hasan oleh al-Albaniy.

Read more...

Manfaat suami isteri yang sering berpelukan...

Berpelukan antara suami isteri, meskipun hanya dilakukan sebentar, boleh memberi banyak manfaat. Yang berikut adalah tiga manfaat antara sekian banyak manfaat hasil daripada berpelukan antara suami isteri berserta penjelasan ilmiahnya:


1. Menenangkan
Ketika Rasulullah s.a.w. pulang dari gua Hira sebaik menerima wahyu pertama, baginda menggigil seperti demam. “Zammilunii... zammiluni...” kata baginda meminta Khadijah menyelimutinya. Pada saat itu Rasulullah sangat khuatir pada dirinya, namun dengan dorongan isteri tersayang, kekhawatiran itupun hilang. “Saat tubuh merasakan sentuhan, nueotransmitter di otak akan menghantar hormon Endormorfin ke dalam aliran darah dengan jumlah yang cukup besar. Hormon tersebut mampu menurunkan ketegangan saraf dan tekanan darah” menurut Cahyadi Takariawan dalam Wonderful Family. Demikianlah, anda juga boleh mempraktekkannya. Jika suami anda kalut, galau, atau menghadapi masalah, peluklah dia. Sebagai isteri, anda adalah orang yang paling berhak menenangkannya. Buktikan bahawa diri anda adalah perhiasan terbaik di muka bumi. “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adaah wanita shalihah” (HR. Muslim). Demikian pula jika isteri anda menghadapi masalah atau mengkhawatirkan buah hatinya, yang sedang sakit misalnya. Pelukan anda akan membantu menenangkan dirinya.

2. Memberikan sokongan
Satu kajian yang dilakukan di University of California membuktikan, suami isteri yang saling berpegangan tangan dan bersentuhan dapat mengurangi rasa sakit. Kajian lain menunjukkan, berpelukan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan memberikan semangat. Pepatah Arab mengatakan, “Di balik pahlawan besar selalu ada perempuan agung.” Maka jika anda menginginkan suami berprestasi dan menjadi perkasa, sokongan anda adalah salah satu kuncinya. Sokongan itu tidak hanya berupa kata-kata. Al maklum kebanyakan kaum lelaki hanya merupakan pendengar yang baik. Maka dengan sedikit kata-kata yang anda bisikkan disertai pelukan akan menjadi salah satu dorongan dan motivasi besar kepadanya. “Laki-laki menumpahkan tenaganya di luar rumah dan mengumpulkannya kembali di dalam rumah.”

3. Mendekatkan hubungan
Sering menjadi kesulitan  bagi suami isteri yang sedang marah atau berselisih pendapat untuk memulai meminta maaf dengan kata-kata. Jika anda saat ini sedang dalam keadaan ber“masalah”dengan isteri atau suami anda, dekatilah dia. Kemudian peluklah dia. Jika nmulut belum mampu berbual banyak, cukup kalimat singkat “Maafkan I sayang.” Pelukan seperti ini tentu sahaja tidak hanya diperlukan pada saat terjadi konflik. Pelukan yang rutin dilakukan oleh suami isteri akan semakin mendekatkan hubungan keduanya.


 
Mybabah dan Mymama, kami sememangnya selalu berpegangan tangan ketika berjalan bersama-sama


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...