07 February, 2010

Aduka Taruna, Lu Memang Celaka Beb!


Makluman: Mulai hari ini aku mengharamkan diriku memasuki blog Si Celaka ini.

Dia mula biadap dengan Tuhannya:



"Tima kasih la ya Allah lu bagi member macam Shah kat gua."

"Ya Allah.. sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua dan mati gua hanya untuk Lu. Maafkan gua masa silam. Tetapkan gua di jalan yang lurus. Amin."


Sebelum itu, dia begitu kurang ajar dengan imam mazhab, Shafie dan Hambali dan ummul mukminin, Siti Aisyah:

Dalam tulisan dia bertajuk “Wahabi Perlis”dia menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

dan

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan

“Muawiyah + Aishah plak. Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri. Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga. Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu. “Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.” What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Selepas dengan lantang menghina insan yang telah meninggal dunia...
 

Pertanyaan Babah:
1. Lu apa jenis binatang Aduka?
2. Lu cakap dengan lu punya mak bapak macamana Aduka?

Pesan Babah:
Sesiapa yang melawati blog Si Celaka ini akan sama-sama menyumbang kepada kesesatan makhluk ini dan akan turut mengundang kemurkaan Allah. Wallahualam.










Sumber bahan daripada http://syukran.wordpress.com dan terima kasih juga kepada Ustaz Cahaya: http://ustazcahaya.blogspot.com atas sumbangan gambar.

Read more...

Aku Pemburu Jin 3


Pemberitahuan: Memandangkan masih ramai yang tidak memahami perbezaan antara syaitan manusia dan syaitan jin, maka entri kali ini akan terus menghuraikan hal-hal  yang berkenaan. Kaedah menangkis gangguan syaitan jin ini akan dijelaskan pada entri yang akan datang, insya-Allah.

Terlebih dahulu, mari kita perhatikan surah an-Nas di bawah:


1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang menguasai sekalian manusia,
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia".

Oleh itu, yang jahat bukan sahaja syaitan dalam kalangan jin, tetapi juga syaitan dalam kalangan manusia. Ini memperkukuh peringatan Allah dalam surah al-An'am: ayat 112:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu mengehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu"
Nabi SAW berkata: “Sesungguhnya syaitan (daripada golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dengan itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu" (HR. Bukhari Muslim).

Syaitan jin termasuk makhluk ghaib/halus yang dapat menyelinap ke seluruh tempat dalam keadaan apa sekali pun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga dapat menggoda dan menyesatkan manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis di atas.

Ada "dukun" mengatakan mereka berjaya menangkap
jin seperti gambar di atas"

Selain itu, dorongan kejahatan boleh datang dari dalam diri kita melalui hawa nafsu yang membantu syaitan jin memudahkan kerja mereka.  Seseorang manusia sukar menjadi jahat dengan hanya terdedah kepada syaitan jin dan iblis, tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil daripada pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.

Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan dengan mengingkari perintah Allah, Allah akan menghadiahkan  kita seekor syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan kita ke neraka, seperti ayat al Qur'an Az Zukhruf 43:36

"Dan sesiapa yang tidak memperdulikan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah)
Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), 
lalu jadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya"










Read more...

05 February, 2010

Aku Pemburu Jin 2


Makluman: Aku terpaksa menangguhkan sambungan entri yang lalu kerana terpanggil untuk menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda beberapa sahabat blogger, lebih-lebih bagi menangkis tohmahan Si Polan yang berbicara sombong, kosong tanpa ilmu.

Ramai yang sudah banyak termakan cokelat ini...

Sebentar tadi aku didatangi sahabat lama, Abdul Hakim namanya. Usia Hakim lebih 300 tahun (anggaran beliau sendiri), tetapi masih remaja dalam dimensi masa manusia. Aku yakini perkara ini kerana Allah memaklumkan kepada kita semua "Demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian...". Dalam hal ini, Allah tidak menyebut Jin, bukan kerana Allah lupa, tetapi bagiku Jin tidak relevan jika dikaitkan dengan masa. Usia mereka panjang-panjang belaka. Mereka juga bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat. Tidak seperti kita, yang senantiasa rugi dari segi masa (contoh:  masa yang terbuang akibat kesesakan jalan raya pada waktu pagi). Umur manusia pula, secara relatifnya pendek. Tidak cukup untuk beribadat mensyukuri nikmat yang kurniakan Allah kepada mereka. Walaupun begitu, kecenderungan manusia lebih kepada melakukan hal-hal yang sia-sia.

 
Dan demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... 
 
Abdul Hakim fasih mengucapkan dua kalimah syahadah, "jarang" meninggalkan solat dan agak "tartil" apabila membaca al-Qur'an.

Abdul Hakim: Assalamualaikum Abang.

Babah: Waalaikumsalam. Hakim ke?
(kadang kala aku geram juga apabila dia memanggil aku Abang, sedangkan usianya jauh lebih tua daripada aku)

Abdul Hakim: Mengapa nampak sedih sahaja Abang ni?

Babah: Abang sedang sedih dan bengang dengan apa yang berlaku di mahkamah tinggi dua tiga hari ini. Semuanya berpunca daripada Si Bahlol yang cuba membahlolkan orang lain. Hakim boleh buat sesuatu tak?

Abdul Hakim: Tak berani saya Abang. Diaorang punya kawan-kawan yang hebat. Kita berdoa sahajalah memohon Allah melindungi sahabat Abang itu daripada fitnah yang berterusan. Kalau abang mahu, saya boleh cuba.

Babah: Tak usahlah. Bahaya tu. Hakim, boleh Abang tanya sikit tak?

Abdul Hakim: Apa dia Abang?

Babah: Ada "orang" kata, kami orang Islam haram berkawan dengan golongan Jin seperti awak.  

Abdul Hakim: Cis, celaka orang itu! Beritahu saya, biar saya pergi cungkil mata mereka.

Nota: Aku faham sangat dengan perangai Hakim yang panas baran yang sesuai dengan asal kejadiannya dari angin api seperti firman Allah dalam surah al-Hijr: ayat 26-27:

"Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma"

Babah: Sabarlah Hakim. Abang akan tetap berkawan dengan Hakim meskipun ada "ulama" dalam kalangan mereka mengharamkan kami berkawan dengan Hakim. Abang teringat empat ayat di dalam surah Al-Jin: ayat 1-4:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah kitab suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"

"Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami"

"Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak"

"Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya daripada kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran"

Abdul Hakim: Terima kasih Abang. Orang itu memang bahlol. Sedangkan apa yang mungkin dimaksudkan oleh ulama itu ialah berkawan dengan jin jahat (syaitan) adalah haram, begitu juga dengan manusia jahat (syaitan), seperti firman Allah dalam surah al-An'am: ayat 112:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu"

Babah: Betul kata Hakim. Satu lagi, lebih teruk daripada itu, ada kawan-kawan Abang berkata kononnya Nabi s.a.w. berkata "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". 

Abdul Hakim: Masya-Allah. Ini lagi celaka! Betul-betul menghina kami. Tidakkah sejahat-jahat manusia ialah orang yang syirik kepada Allah, sedangkan kami beriman. Sejahat-jahat manusia ada yang merogol anak sendiri, sedangkan kami menjaga anak-anak kami seperti menatang minyak yang penuh. Sejahat-jahat manusia....(Abdul Hakim terus merungut...). Beritahulah saya siapa yang menghina kami sampai begitu sekali. Biar saya penggal kepala dia.

BabahJangan marah kepada mereka kerana mereka semua masih jahil. Sudahlah. Nanti Abang minta mereka memohon maaf kepada awak. Jika tidak, Abang janji Abang akan berikan nama mereka kepada awak. Sebenarnya Abang lagi sedih kerana orang-orang yang jahil ini mendustai Nabi s.a.w. dengan mengatakan bahawa "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". Mereka berani mendustai kekasih Allah.

Abdul Hakim: Saya betul-betul marah ni Abang. Beritahu saya siapa yang berkata begitu?

Babah: Nantilah...

Nota: Jangan risau, jin tidak pandai membaca. 

Abdul Hakim: Abang janji ya!

Babah: Baiklah. Hakim baliklah dulu, Abang nak bersolat dan tidur.Hari sudah larut malam.

Abdul Hakim: Saya balik dulu. Assalamulaikum.

Babah: Waalaikumsalam.












Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...