28 May, 2013

Makna beberapa nama rasul dan nabi...

NAMA 25 nabi dan rasul sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Namun, tahukah anda makna sebenar nama-nama nabi dan rasul tersebut?


Di bawah ini dinyatakan makna nama beberapa nabi dan rasul yang wajib diketahui umat Islam.

1. Musa a.s.: Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya “Mu” yang ertinya air dan “sa” ertinya putera. Musa bermakna ‘Putera Air’ kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Fir’aun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

2. Hud a.s.: Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad. Nama itu diambil daripada kata jama’ ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat, atau ‘yang kembali kepada kebenaran.’

3. Soleh a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud. Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

4. Syu’aib a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

5. Isma’il a.s.: Merupaka putera kepada Nabi Ibrahim a.s.. Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya: “Allah mengabulkan.”

6. Ibrahim a.s.: Abul Anbiya (bapak para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya ‘bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi).’

7. Muhammad s.a.w.: Nabi berbangsa Arab yang merupakan penutup para nabi. Ertinya ‘orang yang memiliki akhlak yang terpuji.’

[dm/islampos]


 

 
Salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para nabi kekasih Allah...

Read more...

27 May, 2013

Hamil walaupun suami di penjara...

SEPULUH wanita Palestin dilaporkan mengalami kehamilan, meskipun suami mereka berada di penjara Israel. Menurut pengakuan para doktor, mereka hamil dengan menggunakan sperma yang diseludup dari penjara. Seorang doktor pakar kesuburan, Salem Abu Khaizaran mengatakan sperma dibawa ke tempat khas di dalam pelbagai wadah, mulai daripada botol kecil hingga ke gelas plastik.



Abu Khaizaran sendiri mengaku tidak tahu, bagaimana pihak-pihak yang terbabit berhasil menyeludup sperma keluar dari penjara Israel yang dikawal ketat. “Jujur saja, saya tidak tahu, dan saya tidak ingin tahu kerana saya tidak ingin terlibat politik. Saya melakukan ini demi tujuan kemanusiaan semata-mata, untuk membantu isteri para tahanan,” kata Dr Abu Khaizaran.


Gambar Hiasan: Ra'id Pejuang Masa Depan

Antara wanita Palestin yang hamil berkat sperma yang diseludupkan dari penjara itu adalah Dallal. Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Muhammad Ziben, di Nablus pada tahun 2012 lalu, seperti yang dilaporkan seorang wartawan BBC, Jon Donnison di Tebing Barat. Namun si ayah, Ammar Ziben, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, yang dituduh terlibat dalam serangan bom di Jerusalem pada 1997.


Gambar Hiasan: Semoga Ra'id Menjadi Pejuang Agama Apabila Dewasa Nanti

Dallal mengaku ia hamil dengan sperma suami yang diseludupkan dari penjara Israel. “Muhammad adalah anugerah Tuhan,” kata Dallal kepada BBC. “Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa suami di samping saya,” tambahnya. [sm/islampos/bbc]



 
Semoga Allah melindungi para mujahidin di seluruh dunia, amiin...

Read more...

26 May, 2013

Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah melahirkan anak...

SEORANG wanita Filipina berusia 36 tahun yang telah disahkan meninggal dunia sebelum melahirkan anak di sebuah hospital di Kuwait, tiba-tiba hidup kembali. Wanita ini "bangkit daripada kematian" setelah berlaku pembedahan Caesar yang dilakukan tanpa ubat pelali.



Doktor menggambarkan kes ini sebagai “keajaiban ilmiah.” Menurut laporan akhbar di Emirates pada hari Ahad (12/5) lalu, wanita tenaga kerja asing ini dibawa ke hospital Farawaniya di Kuwait City, namun doktor kemudiannya menyatakan ia telah mati secara klinikal kerana tekanan darah tinggi. Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan caesar darurat untuk menyelamatkan bayi yang dikandungnya.

Para doktor melakukan pembembedahan ini selama lima minit tanpa memberikan wanita itu ubat pelali anestesia, dengan alasan ia telah pun meninggal dunia. “Jantungnya berhenti dan dia tidak lagi bernafas.

Setelah menyelamatkan bayi, doktor memutuskan untuk melakukan satu usaha terakhir untuk menyedarkan dia dan itu berhasil. Ajaib, ia tiba-tiba mulai bernafas dan jantungnya mulai berfungsi semula. Kami memanggil hal ini sebagai keajaiban ilmiah,” kata Dr. Hamud al-Zubi, Pengarah Hospital Farawaniya. [sm/islampos/e247



 
Pantang maut sebelum ajal..

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...