SYRIA (voa-islam.com) – Khamis, 24 Januari 2013, salah seorang tentera Bashar Al-Asad yang membelot mengatakan bahawa jasad pasukan tentera Bashar Al-Asad bergelimpangan di bandar ketenteraan Kwers. Komando Umum Tentara Pembebasa Syria, melalui halaman di jejaring sosial Facebook, menyatakan bahawa tentera Al-Asad yang membelot itu berhasil keluar dengan selamat dari bandar tersebut. Ketika itu, sedang berlangsung pertempuran antara pihak mujahidin dengan tentera Bashar Al-Asad dalam usaha pembebasan bandar berkenaan daripada rejim Bashar.
Halaman sosial tersebut juga menukilkan perkataan seorang mujahidin bahawa jasad dan mayat tentera Bashar memenuhi tempat itu dan bagian tubuh mereka berserakan di sudut – sudut bandar, dan keadaan di sana sukar untuk digambarkan serta tentera pemerintah tidak akan bertahan dan hanya mampu bangkit dalam waktu yang lama. Nasib Presiden Bashar al-Assad hanyalah akan menghitung jari tangan, dan kekuatan ketenteraannya terus merudum, akibat pembelotan, dan akibat penggabungan dengan para pejuang mujahidin yang ingin menggulingkan Bashar al-Assad yang sangat biadab dan keji. (usama/imo).
Doa kaum muslimin di seluruh dunia telah diperkenankan Allah s.w.t...
No comments:
Post a Comment