06 March, 2013

Ulama besar bersimpuh di hadapan ulama besar...

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya...


SYAIKH ZAHID AL KAUTSARI meski merupakan ulama besar dan menjadi wakil bagi ulama nombor satu Daulah Al Utsmaniyah (Syeikh Al Islam), namun beliau tetap bertawadu' di hadapan ulama lainnya. Ketika Kekhalifahan Al Utsmaniyah jatuh beliau berhijrah ke Mesir dan masih melanjutkan pelajaran untuk mencari ilmu daripada ulama negeri itu dan berguru kepada ulama Syafi’iyah Mesir Syeikh Yusuf Ad Dijwi. Syeikh Rajab Al Bayumi menyatakan,”Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri di suatu majlis hadis di rumah Syeikh Yusuf Ad Dijwi, bahwa Syeikh Al Kautsari bersimpuh membaca Al Muwaththa’ (kitab Imam Malik) dengan khusyuk, sedangkan Syeikh Ad Dijwi menyemak duduk atas kerusinya. Itu merupakan pemandangan yang menakjubkan.” (Nahdhah Al Islam fi Siyar A’lamiha Al Muashshirin, hal.)



 

Inilah ulama sebenar...
Read more...

Hari ini hatiku ceria...

Hari ini hati Mybabah ceria kerana artikel Mybabah telah diterbitkan oleh admin TranungKite Online (TKO) di sini.


Kali terakhir artikel Mybabah diterbitkan di TKO adalah ketika zaman reformasi hampir 15 tahun lalu. Semasa kemuncak gerakan reformasi, artikel Mybabah kerap diterbitkan bukan sahaja oleh laman Tranungkite, malah oleh laman Mahazalim, Mahafiraun, Minda Rakyat dan laman web reformasi yang lain.  Ada kalanya lima artikel Bomohdin diterbitkan sehari oleh webmaster. Hebat aku ni beb!  Ketika itu, darah masih muda dan tulisan kebanyakan bernada keras. Sebab itulah Mybabah menggunakan nama samaran Bomohdin dan berselindung di sebalik nama itu kerana khuatir di jejaki SB semasa pemerintahan rejim Mahafiraun, iaitu nama jolokan kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad.  Aku takut masuk ISA beb!  Anak ada tujuh orang.  Kini masa telah berlalu, aku tidak lagi sekeras dulu, kerana tubuh sudah layu...


Mybabah cuba meng"google" kata nama "bomohdin" untuk melihat himpunan artikel-artikel mybabah, tetapi yang mula terpapar adalah komen sahabat yang bernama Azhar(s) di sini. Saudara Azhar(s) mungkin webmaster Tranung Kite ketika itu.

Google lagi...
Terjumpa arkib lama Tranung Kite di sini. Masya-Allah, satu bulan sahaja (1 Sept - 30 Sept 2000) artikel sumbangan Mybabah berjumlah sebanyak 31, antaranya dengan tajuk-tajuk seperti Alahai Najib! (30 Sept 2000), Kebersihan: Soal Penting Yang Diabaikan (29 Sept 2000), Serupa Tapi Tak Sama (27 Sept 2000), UMNO menganggap mengikut sunnah sebagai menghina Nabi (27 Sept 2000), Selingkar Kisah Sebagai Reformis Sempena Bulan Reformasi (27 Sept 2000), Buat Rakan-Rakan Seperjuangan (26 Sept 2000), Maharaja Kera (26 Sept 2000), Mengapa UMNO Benci Ulama (26 Sept 2000), UMNO lancar perang secara besar-besaran ke atas PAS (24 Sept 2000), Munafik-Munafik UMNO BARU(A) (24 Sept 2000) dan banyak lagi.

Penulis seangkatan dengan Mybabah yang begitu popular ketika itu ialah Mendiang M.G.G Pillai, Cucu Datuk Bahaman, Amin Sapiro, Ashar(s), Tarmizi Mohd Jam, Montoya, Awang Siber, selain daripada Harakahdaily, Detik Daily, Warta Terengganu, Warta Darul Iman dan lain-lain.

Kini semua itu tinggal nostalgia bahagia (di hati) dan menjadi kenangan abadi sehingga ke akhir hayat.  Aku berundur aktif dalam aktiviti parti (sudah tentulah PAS) tetapi pemimpinku seperti Tuan Guru Abdul Awang, Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin kesayangan Anwar Ibrahim terus berjuang dengan iltizam yang kental menuju Putrajaya. Semoga Allah merestui perjuangan ini, insya-Allah...

 

Terima kasih TKO...

Read more...

China senarai hitam pemilik janggut...

REPUBLIKA.CO.ID, GHULJA -- Komuniti Muslim Uighur mengeluh atas pengawasan ketat yang dilakukan Beijing. Menurut Muslim Uighur, pengawasan itu dikatakan sangat keterlaluan. Salah seorang guru mengaku pemerintah daerah Xian Jiang mengawasi setiap kegiatan keagamaan Muslim Uighur mulai daripada solat sehingga ke upacara kematian.


Muslim Uighur

 Mereka juga menyenarai hitam kalangan lelaki berusia 18-50 tahun yang diketahui memiliki janggut. "Pengawasan yang dilakukan bertambah ketat," kata dia seperti dikutip oleh Radio Free Asia, Selasa (5 Mac 2013). Menurut guru tersebut, langkah ini dilaksanakan ketika Wakil Gabernor diminta Beijing untuk mengawasi aktiviti Muslim Uighur. Melalui arahan yang diberikan, ia seolah-olah melaksanakan "revolusi kebudayaan" terhadap Muslim Uighur. "Bayangkanlah, membaca al-Quran dan merayakan maulid Nabi Muhammad s.a.w puna dilarang," katanya. Guru tersebut mengungkap untuk menjalankan aktiviti keagamaan, setiap Muslim perlu meminta izin. Kalaupun diizinkan, masih terdapat pihak yang memerhatikan di luar masjid. Baru-baru ini, kerajaan setempat membuat serbuan ketika berlangsung peringatan 40 hari kematian yang dilakukan sebuah keluarga Muslim Uighur. Serbuan itu dilakukan setelah ada laporan daripada pihak polis berpakaian preman yang mengawasi kegiatan itu. "Kami hairan, ini peringatan kematian, yang hanya dihadiri anak-anak, orang tua, dan keluarga almarhum," kata salah seorang kerabat almarhum.

 
Mungkin mereka yang berjanggut itu tidak mempunyai gillette...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...