DAMASKUS (Arrahmah.com) – Disiksa, diperkosa, dan dibunuh, anak-anak Syria menanggung bencana kemanusia sepenuhnya dalam dua tahun pertempuran disebabkan oleh kepemimpinan rejim "iblis" Assad. “Ini adalah perang di mana perempuan dan anak-anak menjadi korban terbesar,” kata Justin Forsyth, ketua eksekutif NGO Save the Children, kepada Reuters pada hari Rabu (13/3/2013).
Satu laporan dari London mengatakan anak-anak penderitaan penuh dalam konflik bersenjata yang sedang berlangsung di Syria. laporan itu mengatakan dua juta anak di Syria kini mengalami kekurangan zat makanan, penyakit, penyiksaan, dan kekerasan. Forsyth mengutip kes seorang anak di kem penampungan yang berusia 12 tahun, yang melihat sahabatnya dibunuh di luar kedai roti. “Temannya ditembak di bahagian jantung,” katanya. “Tapi awalnya, dia memikirkan temannya itu sedang bergurau kerana tidak ada darah. Mereka tidak menyedari bahawa ia telah dibunuh setelah mereka memeriksa bajunya.”
Save the Children melaporkan penemuan terkini yang dilakukan antara anak-anak yang tinggal di kem penampungan oleh Bahcesehir University di Turki, yang menyatakan bahawa satu daripada tiga anak yang telah dilaporkan pernah dipukul, ditendang, atau ditembak. Dimaklumkan bahawa dua pertiga daripada anak-anak dalam kajian mengatakan bahawa mereka telah terpisah daripada anggota keluarga mereka akibat konflik. Sepertiga daripada responden mengatakan mereka telah menyaksikan kematian seorang teman rapat atau anggota keluarga. “Semua anak-anak ini menceritakan kisah-kisah fakta yang mereka alami dan kemudian anda akan menyedari bahawa ada lapisan dan lapisan trauma emosional di sana,” kata Forsyth.
Lebih 70.000 orang telah terkorban dalam dua tahun konflik di Syria. Pertempuran itu telah memaksa lebih satu juta warga Syria meninggalkan rumah mereka ke negara-negara tetangga, di samping perpindahan dua juta lainnya di dalam negeri. Laporan tersebut juga mengatakan bahawa puluhan anak-anak juga dimasukkan ke penjara selama konflik berkecamuk di Syria.
Save the Children menyatakan bahawa beberapa anak lelaki juga diperlakukan oleh kelompok-kelompok bersenjata sebagai hamba, pelari dan perisai manusia, membawa mereka dekat ke garis depan peperangan. Laporan itu juga memperingatkan bahawa pemerkosaan digunakan sebagai alat untuk menghukum warga Syria. “Dalam kebanyakan konflik, lebih 50 peratus perkosaan menimpa anak-anak. Dan saya yakin kes itu juga terjadi dalam konflik ini,” Kata Forsyth.
Laporan itu juga mengatakan bahawa perasaan takut akan kekerasan seksual menjadi salah satu alasan utama bagi keluarga Syria untuk meninggalkan rumah mereka. Dikatakan bahawa ada juga laporan daripada pernikahan awal gadis-gadis muda oleh keluarga mereka kerana cuba untuk mengurangi jumlah mulut yang harus mereka memberi makan, atau berharap bahawa suami akan mampu memberikan keamanan yang lebih besar daripada ancaman kekerasan seksual. Forsyth mengatakan bahwa ia bertemu keluarga Syria di Lebanon yang mengatakan puteri mereka yang berusia 16 tahun menikah dengan pria yang lebih tua. “Ibunya kata dia cantik dan setiap waktu tentara boneka Syria datang ke rumah, dia berfikir: ‘Mereka akan memerkosanya.’ Pemerkosaan sengaja mereka gunakan untuk menghukum orang,” katanya, menambahkan bahawa gadis-gadis semuda 14 tahun pun sudah dinikahkan. (banan/arrahmah.com).
Masyallah, tiada kata-kata yang dapat mengungkap kesedihan ini...
Read more...