Kenaikan harga gula menyambut kita di gerbang sambutan tahun baharu 2010. Ini akan disusuli dengan kenaikan harga petrol (maklumat ini masih bertaraf desas-desus atau khabar-khabar angin) dan harga barang-barang lain yang menggunakan gula atau petrol sebagai input pengeluaran barangan tersebut. Natijahnya, harga umum akan meningkat dan kos hidup juga akan turut melonjak.
Semua ini akan menyusahkan hidup kita yang sedia susah, iaitu kesusahan yang diwarisi dari tahun 2009 atau tahun-tahun sebelumnya.
Jika kita sedar akan hakikat ini, maka kita akan lebih berhati-hati dalam segala tindak tanduk dan cuba mengelakkan hidup lebih terhimpit dan menjadi lebih "miskin", seperti terjebak dalam pelbagai bentuk penipuan, antaranya penipuan kewangan...
Penipuan di mesin teler automatik (ATM) yang berlaku di banyak tempat baru-baru ini merupakan antara bentuk penipuan terkini dan berupaya membuatkan anda tidak tidur lena untuk satu jangka masa yang panjang. Bagaimana penipuan ini berlaku?
Kronologi kejadian:
1. Mangsa berbaju kuning. Suspek A bertopi berbaju belang. Suspek B bertopi berbaju kelabu.
2. Suspek B mengintai nombor pin mangsa.
3. Suspek A memberi isyarat kepada suspek B.
4. Suspek B menabur beberapa keping duit kertas.
5. Suspek A menegur mangsa dan memberitahu bahawa duit mangsa tercicir.
6. Suspek B menukar kad ATM mangsa.
7. Mangsa terpedaya dengan helah mereka.
8. Suspek C cuba menarik perhatian pelanggan lain.
9. Suspek B bergerak ke mesin ATM yang lain, sementara mangsa masih mengutip duitnya yang disangka tercicir.
10. Suspek B mencuba kad ATM yang baharu ditukar (milik mangsa).
11. Mangsa yang tidak sedar pergi meninggalkan bank.
12. Suspek B dan suspek C berjaya mengeluarkan duit mangsa.
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd
Etika Emas Estet Sdn Bhd
Penipuan pelaburan merupakan satu lagi bentuk jenayah kewangan yang sedang berlaku secara berleluasa dan berskala lebih besar, berbanding dengan penipuan ATM. Penipuan ini bukan sahaja boleh membuatkan anda tidak tidur lena pada malam hari, malah anda akan mengalami trauma yang berpanjangan dan sering terkejut daripada tidur (seperti orang yang dirasuk syaitan). Di bawah ini disenaraikan nama-nama syarikat penjenayah yang telah mengambil deposit secara haram daripada orang ramai. Sila lihat satu persatu di sini. Mungkin anda juga sudah terjebak dalam salah satu syarikat yang tersenarai...
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd
Etika Emas Estet Sdn Bhd
Genneva Sdn Bhd
Bestino Group Berhad
AK United Sdn Bhd
Dinari Capital Sdn Bhd
myDNA International Sdn Bhd
E-Eagle Sdn Bhd
Walton International Property Group (M) Sdn Bhd
Gemilang Mirza Sdn. Bhd
Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd
Noradz Travel & Services Sdn. Bhd
Jazmeen (M) Sdn. Bhd
Eastana Farm Industries Sdn. Bhd
Reed Corporation Sdn Bhd
Sigma Platinum Sdn Bhd
Wisdom Spectrum Sdn Bhd
Maxficient Consultancy Sdn Bhd
Practical Support Sdn Bhd
Pan Phoenix Dina Sdn. Bhd
Sunshine Empire Sdn Bhd
Mercantile Point Sdn Bhd
AB Fund
G-Gold Gallery Sdn Bhd
Pesan Babah:
Bagi penipuan di ATM, anda hendaklah sentiasa berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali yang berada di sekitar kawasan ATM. Bagi golongan wanita, mintalah suami atau abang menemani anda apabila anda berhasrat untuk mengeluarkan wang di mesin ATM. Cuba elakkan daripada melakukan transaksi perbankan pada waktu malam.
Bagi penipuan berskala besar, seperti "Skim Cepat Papa" (bukan "Skim Cepat Kaya"), ingatlah tidak ada di dunia ini perniagaan yang sangat mudah memperoleh keuntungan yang besar dalam sekelip mata. Elakkan segala bentuk tawaran yang terlalu istimewa, iaitu dalam istilah bahasa Inggerisnya, "too good to be true". Melaburlah di syarikat-syarikat berlesen, dengan mengesahkan terlebih dahulu lesen-lesen syarikat berkenaan dengan pihak-pihak berkuasa, seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Read more...