03 February, 2013

Siapakah yang bersama Nabi s.a.w. di akhirat?



Daripada Aisyah r.a. katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata (maksudnya): Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Aku benar-benar mencintaimu lebih daripada keluargaku dan anak-anakku. Sesungguhnya ketika aku berada di rumah, aku mengingatimu. Aku tidak dapat sabar sehinggalah aku datang menemuimu dan memandangmu. Dan apabila aku teringat suatu hari aku akan mati dan Rasulullah juga akan mati, maka aku sangat bimbang tidak dapat melihatmu lagi kerana engkau pastinya akan diangkat ke tempat yang tinggi bersama para nabi!

Rasulullah s.a.w. diam membisu mendengar kata-kata sahabat yang tulus ikhlas itu sehinggalah Jibril turun membacakan ayat (maksudnya): "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)." (An-Nisa':69).


 
Mudah-mudahan Allah memakbulkan juga doaku untuk bersama Rasulullah di akhirat nanti...
Read more...

Manfaatkan waktu sujudmu...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: “Seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah ketika ia sujud. Maka hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud”.

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqiy. Di dalam kitab Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: maksud Hadis ini ialah:
  • Paling hampir dengan Tuhan bererti paling hampir dengan rahmat dan kurniaNya
  • Galakan supaya membanyakkan doa ketika sujud
  • Dalil yang menguatkan pendapat mereka yang berkata sujud adalah yang paling afdhal berbanding dengan rukun-rukun solat yang lain.

 
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...