27 January, 2013

Belajar daripada Sang Semut...

Allah Ta’ala telah mengabadikan kata-kata semut memberi nasihat dan peringatan kepada kaumnya di dalam kitab yang paling suci, paling agung dan paling mulia, iaitu al-Qur'an.

“Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, daripada jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah kamu ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. (An-Naml:17-18).



Perhatikan, semut berkata “sedang mereka tidak menyedarinya!” Dia mencari alasan, memberi keuzuran kepada manusia. Andai manusia memijak dan melenyek mereka, mungkin sebab manusia tidak nampak kerana saiznya yang kecil sedangkan manusia sibuk dengan pelbagai urusan yang lebih besar daripadanya!

Semut yang kecil, tidak berakal (?), tahu berfikir mencari alasan dan memberi keuzuran kepada manusia, bagaimana dengan kita sesama manusia, malah sesama saudara kadang-kadang tanpa usul periksa menghukum saudara berdasarkan tanggapan atau sangkaan (dzan) semata-mata. Walhal, dzan adalah salah satu dosa besar yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujurat:12

Sejak dahulu para ulama berpesan, “Apabila sampai kepada kamu sesuatu yang kamu tidak suka mengenai saudara kamu, maka carilah keuzuran untuknya. Jika kamu tidak dapat memikirkannya, maka katakanlah kepada diri kamu, boleh jadi dia mempunyai alasan yang aku tidak mengetahuinya...”



 
Renungkan setiap ayat yang terkandung di dalam al-Qur'an...


Read more...

Islamophobia di Belanda...

Geert Wilders, ahli politik berhaluan kanan daripada parti PVV di Belanda yang sangat membenci Islam,  telah mewujudkan satu laman web baru anti-masjid, MoskNee, yang bertujuan untuk memprovokasi warga Belanda membuat tentangan undang-undang terhadap rancangan pembangunan masjid baru di sana. Smeuanya kerana mereka takut Islam semakin berkembang dan seterusnya mendominasi Belanda. "Belanda bukanlah negara Islam dan tidak akan menjadi negara Islam. Tetapi kami melihat pengaruh Islam meningkat dari semasa ke semasa di bawah pengaruh pertumbuhan penduduk Muslim yang cepat -sekitar 1 juta orang pada 2013 - jumlah masjid-masjid telah meningkat dengan pesat.



Belanda sekarang memiliki lebih dari 450 buah masjid. Mereka ingin Belanda tanpa masjid. "Selama kita perihatin, tidak akan ada masjid lagi di Belanda," demikan sebuah pernyataan dalam laman web tersebut, dipetik oleh Islamophobia Watch.

Dalam satu wawancara bersama Algemeen Dagblad, Wilders mengatakan bahwa "masjid adalah simbol ideologi 'kebencian, kekerasan dan penindasan'" dan bahwa PVV akan melarang masjid-masjid didirikan di Belanda. Namun, menyingkirkan masjid-masjid nampaknya tidak mungkin, jadi PVV melakukan langkah lain dengan mewujudkan laman web MoskNee. Tujuannya, tidak lain, untuk memprovokasi penentangan terhadap penyebaran Islam di Belanda. Wilders, sangat terkenal dengan sikap beliau yang vokal menentang Islam. Dia melakukan provokasi tidak hanya di negaranya, juga di negara-negara lain melalui jalur politik maupun program kerjasama dengan orang-orang fasis lainnya.

Islam di Eropah semakin berkembang pesat. Jumlah umat Islam terus meningkat, meskipun serangan anti-Islam juga kian sengit. Orang-orang kafir menghendaki memadamkan cahaya Allah, tetapi Allah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya.

 "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (Q.S Ash-Shaff:8).



 
Islam terus dihimpit, tetapi Allah terus memeliharanya...


Read more...

Mesir kembali bergolak: Negara diisytihar darurat...

Al-Jazeera, 27 January 2013 - Presiden Mesir Mohamed Morsi mengiystiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara dan perintah berkurung di tiga bandar sepanjang Terusan Suez yang telah menyaksikan banyak pertumpahan darah dan kematian sejak beberapa hari lalu.


Dalam siaran televisyen lewat hari Ahad, 27 January, Morsi menegaskan bahawa langkah-langkah darurat di Pelabuhan Said, Ismalia dan Suez akan berkuat kuasa pada hari Isnin, 28 January 2013 dari 9:00 malam waktu tempatan hingga 6:00 pagi. Amaran keras akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar perintah ini. "Saya ulangi bahawa saya tidak menggemari langkah seperti ini, namun bagi mengelakkan pertumpahan darah, saya akan bertindak", kata Morsi. 

Beliau juga akan mengadakan dialog dengan ahli-ahli politik peringkat tertinggi bermula Isnin untuk menangani situasi ini. Sejak berlakunya pertembungan antara pihak polis dengan penunjuk perasaan, sekurang-kurang seramai 48 orang telah mati sejak Jumaat, apabila rakyat Mesir meraikan sambutan ulang tahun kedua revolusi menumbangkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Sumber berita: Al-Jazeera di sini 



Islam diuji di mana-mana....

Read more...

Terkini di medan jihad: Komandan mujahidin Chechnya gugur syahid ...

VEDENO (Arrahmah.com) - Pengesahan diterima dari Chechnya mengenai syahidnya (Insya-Allah) dua bersaudara Gakayev dan 9 Mujahid lainnya dalam pertempuran sengit yang tidak seimbang di pegunungan Chechnya, lansir Kavkaz Center.



Mereka yang syahid, insya-Allah adalah Hussein dan Muslim Gakayev, Isa Vagapov, Akhmed Labazanov, Umar Dadayev, Sidik Abazov, Ruslan Suleymanov, Aburaik Yusupkhadzhiyev, Ibrahim Saidkhasanov, Vakha-Murad Bakayev, Abuzeid Dzhabrailov.

Pasukan boneka juga mendakwa bahawa mereka telah menangkap seorang Mujahid, Islam Demishev. Kita semua milik Allah dan kepada-Nya lah kita akan kembali. Tentara kami yang mati berada di surga, sedangkan tentara kalian di neraka!

Insya-Allah. Hussein Gakayev lahir pada tahun 1970 di desa Elistanzhi, distrik Vedeno, Chechnya. Dia mula terjun ke medan Jihad sejak tahun 1994 hingga saat ajal menjemputnya. Dalam perang pertama (1994-1996), ia berjuang di dalam unit Barisan Hadapan Pusat, Angkatan Bersenjata CRI (Komandan Shamil Basayev). Dengan pecahnya perang kedua sampai musim tahun 2006, beliau yang awalnya adalah Mujahid biasa, diangkat menjadi Emir Jamaah desa Elistanzhi, distrik Vedeno, kemudian Wakil Komandan Brigade Jundullah. Pada musim 2006 hingga Mei 2007, beliau menjadi komandan Sektor Timur Gunung shali. Pada bulan Mei 2007 hingga Juni 2010, beliau menjadi Wakil Komandan Selatan-Timur, Barisan Hadapan Angkatan Bersenjata CRI.

Pada tahun 2010, akibat daripada perpecahan yang dipicu kekuatan luaran, beliau keluar daripada ketaatan kepada amir Imarah Kaukasus, Emir Dokka Abu Usman bersama dengan beberapa komandan daripada Barisan Hadapan Timur Daerah Nokhchicho (Ingushetia). Pada awal Julai 2011, hasil daripada proses pengadilan Syariah, perselisihan diselesaikan.

Selama persidangan Hussein Gakayev dan komandan lainnya kembali membai'at Emir Dokka Abu Usman. Atas perintah daripada Amir Imarah Kaukasus, Hussein Gakayev diangkat menjadi Wakil Amir Provinsi Nokhchicho. Empat saudara Emir Hussein, Dzhamlai, Said-Usman, Rizvan dan Hasan, juga telah syahid (insya-Allah) dan adik perempuannya, Manja, ditangkap dan menghilang dalam perang pertama dan kedua. Rumah keluarga Gakayev dibakar di desa Elistanzhi. Saudara Emir Hussein, Emir Muslim, telah bertindak sebagai Komandan Sektor Timur Gunung Shali sejak Mei 2007.

Sementara itu, menurut laporan boneka Chechnya, pertempuran sengit dengan Mujahidin berlangsung selama enam hari. Mereka mendakwa telah cuba untuk menghubungi Mujahidin melalui saluran radio untuk berbincang dan memaksa Mujahidin menyerah, tetapi jawapannya adalah letusan tembakan. Penjajah Rusia dan boneka mereka mendakwa bahawa hanya dua anggota mereka yang tewas dan 7 cedera. Menurut sumber Kc yang melaporkan maklumat pengepungan Mujahidin pada akhir 23 Januari, lebih daripada 15 antek Rusia tewas dan cedera, walaupun jumlah sebenar korban daripada kalangan musuh tidak diketahui. Kavkaz Center mengatakan, dua bersaudara Gakayev selama ini aktif memburu Kadyrov dan Kadyrov meluncurkan operasi untuk memsasarkan mereka berdua.

Semoga Allah menerima syahidnya mereka dan memberikan balasan Jannah, amin.
(haninmazaya/arrahmah.com).





Ya Allah berikanlah kemenangan kepada para mujahidin di seluruh dunia...
Read more...

Kisah Bilal bin Rabah yang Mencintai Rasulullah-Ustaz Dusuki

Ustaz Dusuki menyampaikan dengan tepat apa yang Mybabah rasa dan cuba lakarkan dalam posting tentang Kisah Pilu Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. sebelum ini.

Saksikanlah...




Read more...

TG Nik Aziz sambut hari Lahir di rumah Karpal...

JELUTONG, 27 Januari 2013:
Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang. TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.



Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu. Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR. Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal. "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

Sumber berita: Harakhdaily

 
Fitnah sering membuatkan mereka nampak bertelanggah...


Read more...

Empat (4) soalan dengan empat (4) jawapan yang mantap...

Seorang lelaki bertemu dengan Amirul Mu’minin Ali bin Talib r.a. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?
2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?
3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?
4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?


Cinta dunia adalah kepala (punca) segala kerosakan

Amirul Mu’minin menjawab,
1. Yang wajib taat kepada Allah dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.
2. Yang dekat itu qiamat dan yang lebih dekat adalah mati.
3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.
4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.



 
Ya Allah, janganlan kenikmatan dunia ini menjadikan aku lalai...


Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...