10 April, 2010

Kejahilan Berpolitik 2


Beberapa minggu lagi kita akan menyaksikan satu fenomena kejahilan murakab di Malaysia, iaitu satu pesta rasuah yang terang-terangan berlaku di depan mata. Di manakah itu? Di HULU SELANGOR...

 

Fenomena memberi rasuah yang juga dikenali sebagai tumbuk rusuk, wang suap, wang sogok, sorong, duit kopi, tip, korapsi dan rayap sememangnya berleluasa sewaktu pilihan raya. Rasuah jenis ini seakan-akan mendapat restu bukan sahaja daripada institusi pembanteras rasuah seperti SPRM, PDRM dan RM-RM lain, tetapi juga rakyat seantero negara.


"Jika setakat memberi makan dahulu, kemudian baharu menjalankan tugas, tidaklah seteruk mana. Majlis kenduri doa selamat lagi teruk  Minta orang ramai untuk "bertahlil" dahulu, baharu rasuah mereka dengan memberi makan, lagi hebat..." kata pengikut setia Parti Wahabi.


Kesan jangka pendek - pemimpin yang terpilih akan menjadi seperti katak yang kepanasan dek bahang rasuah dan dia akan terus melompat untuk mencari duit haram demi kesinambungan hidupnya.

Kesan jangka panjang - rakyat yang memilih pula akan terus dihimpit kesusahan kerana kejahilan mereka memilih pemimpin dan akhirnya, negara akan terus MELINGKUP...


Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w.:


“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya.” (Riwayat Ahmad)

“Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.” (Riwayat Tarmizi)








Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...