12 January, 2013

15 Fakta Aneh Tentang Bahasa

1. Kata berita atau “News” dalam bahasa Inggeris sebenarnya adalah singkatan keempat mata angin North (utara,) East (Timur,) West (Barat,) dan South (Selatan.)

 2. Dewa berhala “Beelzebub” berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud “Raja Lalat.”

3. Nama “Canada” berasal daripada bahasa Indian yang bererti “Desa yang Besar.”

4. Dibandingkan dengan Amerika Syarikat, jumlah warga yang mampu berbahasa Inggeris di China (RRC) lebih banyak.

5. Merk krayon “Crayola” dalam bahasa Perancis bererti “Kapur Berminyak.”


6. Ernest Vincent Wright menulis novel berjudul “Gadsby”, yang mengandungi lebih daripada 50.000 kata — Tanpa satu pun memiliki huruf “E” (yang merupakan huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris!)

7. Bahasa Perancis pernah menjadi bahasa rasmi di England selama lebih 600 tahun.

8.Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris ialah sebuah istilah kedoktoran “pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconioses !”

 9. Pada awal tahun 1880-an, kata seluar panjang “Pants” dianggap sebagai kata kotor.

10. Kod minta bantuan ‘Mayday’ berasal daripada bahasa Perancis untuk Tolong Aku, “M’Aide!”

 11. Kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tanpa satu pun huruf vokal adalah “Rhythms.”

 12. Nama paling popular di seluruh dunia adalah “Muhammad.”

 13. Satu-satunya kata dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada 15 huruf yang sama sekali tidak diulang adalah “uncopyrightable.”

14. Kalimat bahasa Inggeris “The quick brown fox jumps over a lazy dog.” menggunakan setiap huruf dalam alfabet.

 15. Kata “TAXI” diucapkan dan dieja sama dalam bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Sweden, bahasa Sepanyol and bahasa Portugal.

Read more...

Malaikat maut kehairanan...

Dikisahkan bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman AS. Ia datang dengan berbentuk seorang lelaki sehingga tidak seorang pun yang mengetahui siapa dia selain Nabi Sulaiman. Saat itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya.

Ketika malaikat maut hendak pergi ia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu meninggalkan tempat itu. Selepas lelaki itu berlalu, sahabat Nabi Sulaiman bertanya, "Wahai Nabi Allah, mengapa orang itu memandangku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman, "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut."


Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai Nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negera India, sesungguhnya aku berfirasat buruk". "Apakah engkau akan lari daripada takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman. "Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahawa engkau akan mengabulkan permintaanku." kata sahabat Nabi Sulaiman itu. Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang dihajati.

Selang beberapa waktu selepas itu, malaikat maut datang lagi. Nabi Sulaiman bertanya, "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandangi dia seperti itu?". Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya seperti itu kerana ia tercatat di daftar kematian bahawa ia akan mati di sebuah negera. iaitu di India. Aku hairan, bagaimana ia dapat pergi ke sana sedangkan dia berada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan kulihat ia datang kepadaku dan kucabut nyawanya."

Kisah di atas mengingatkan kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang kontrak kehidupannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa kontraknya habis, maka tidak seorang pun dapat melarikan diri daripadanya. ".… Maka, apabila telah tiba masanya, mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak dapat (pula) mencepatkannya walau sesaat." (QS al-A'raf [7]: 34).

Dalam ayat lain Allah SWT menegaskan, "Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." (QS Qaf [50]: 19).
Sesungguhnya, tidak seorang pun dapat lari daripadanya sekalipun berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (QS an-Nisa' [4]: 78).

Oleh itu, sebelum kontrak berakhir, "Bersegeralah kamu beramal sebelum datang tujuh perkara: kemiskinan yang memperdaya, kekayaan yang menyombongkan, sakit yang memayahkan, tua yang melemahkan, kematian yang memutuskan, dajjal yang menyesatkan, dan kiamat yang sangat berat dan menyusahkan." (HR Tirmidzi). Wallahu a'lam.




Read more...

Muslimin menyembah batu?

Syaikh Sholeh Al Fauzan hafizhohullah ditanya,

Bagaimana kita membantah tohmahan penganut agama lain yang mengatakan, “Wahai kaum muslimin, anda sendiri menyembah batu (hajar Aswad) dan berputar mengelilinginya! Lantas mengapa menyalahkan orang yang lain menyembah berhala dan patung/ gambar?


Syaikh Sholeh Al Fauzan memberikan jawapan sebagai yang berikut: Ini jelas merupakan pembohongan yang nyata, kami sama sekali tidak menyembah batu (Hajar Aswad), melainkan kami menyentuhnya dan menciumnya sebagaimana yang Nabi s.a.w lakukan. Ini ertinya kami lakukan hal tersebut dalam rangka ibadah dan mengikuti Nabi sunah s.a.w. Mencium Hajar Aswad adalah sebahagian daripada ibadah sebagaimana kami wuquf di ‘Arofah, bermalam di Muzdalifah dan tawaf mengelilingi baitullah (Ka’bah). Juga kami mencium Hajar Aswad dan menyentuhnya atau memberi isyarat padanya, itu semua adalah bentuk ibadah kepada Allah, bukan bererti menyembah batu tersebut. Sesungguhya Umar bin Al Khattab r.a. ketika mencium Hajar Aswad beliau mengatakan, “Memang aku tahu bahawa engkau hanyalah batu, tidak dapat mendatangkan manfaat atau bahaya. Jika bukan karena aku melihat Nabi s.a.w. menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (HR. Bukhari 1597 dan Muslim 1270)

Oleh itu, masalah ini adalah berkaitan dengan bagaimana umat Islam mengikuti ajaran Nabinya dan bukan menyembah batu (Hajar Aswad). Jadi, sebenarnya mereka yang menyebarkan isu demikian telah merencanakan kebohongan atas umat Islam, kita sama sekali tidak menyembah Ka’bah. Bahkan yang kita sembah adalah Rabb pemilik Ka’bah. Begitu pula kita melakukan taawaf mengelilingi Ka’bah dalam rangka ibadah kepada Allah ‘azza wa jalla karena Allah-lah yang memerintahkan kita untuk melakukan sedemikian. Kita melakukan hal itu hanya kerana mentaati Allah ‘azza wa jalla dan mengikuti ajaran Rasul s.a.w.

 Sumber: 'Aqidatul-Haaj Fi Dhouil Kitaab was Sunnah, Syaikh Sholeh Al Fauzan, hal.22-23.




Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...