23 March, 2013

Cerita perumpamaan yang baik...

Pada suatu hari ibu ikan memanggil anak-anaknya untuk menyampaikan nasihat kepada mereka,

"Wahai anak-anakku, kerana sayangnya ibu kepada kamu semua, ibu ingin berpesan seandainya ada benda melengkung yang diperbuat daripada logam (kail) berisi makanan atau cacing (umpan) kesukaan kamu semua, tolong jangan kamu makan. Itu sangat berbahaya ! Jika kamu memakannya juga maka logam lengkung tersebut akan menjerat kerongkong kamu. Kemudian kamu akan ditarik naik kedarat. Jika hal itu berlaku, tidak ada sesiapapun dapat menolong kamu, termasuk ibu. Mulai saat itu kehidupan kamu akan tersiksa. Kamu akan bertemu dengan makhluk raksaksa bernama manusia. Manusia itu akan membunuhmu, kemudian menyiat kulit dan sirip-siripmu dengan pisau yang amat tajam,` membedah perutmu kemudian mengeluarkan segala isi perutmu. Selepas itu kamu akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak mendidih dan amat panas. Tubuh kamu akan digoreng di dalamnya. kamu akan menggelepar dan sangat tersiksa wahai anak-anakku".


Begitulah juga apa yang berlaku kepada manusia, jika tidak mengikuti nasihat Nabinya yang merupakan utusan Allah s.w.t.  Mereka akan mengalami kehidupan yang sengsara dan menderita selama-lamanya terutama di akhirat kelak. Pancingan dunia yang mempesona dengan umpan-umpan harta, pangkat, dan jawatan jika tidak digunakan berlandaskan agama (sesuai dengan petunjuk Allah s.a.t dan contoh rasul-Nya) atau digunakan untuk agama, maka pancingan dunia tadi akan membuatkan manusia terjerat penderitaan abadi tiada akhir. Manusia akan menggelepar, meregang sakit tidak terperi dan tersiksa dalam dahsyatnya adzab neraka. Penyesalan ketika itu sudah tidak ada gunanya. Air mata darah sekalipun sudah tidak berguna sama sekali." Mari sama-sama kita amalkan nasihat baginda Rasulullah saw."

 

Perumpamaan yang tepat...

Read more...

Lawak pagi Ahad: Cicak...

Buku ilmiah Biografi Rosmah Mansor yang berharga RM150 senashkah telah menghurai secara mendalam tentang tabiat cicak...


Buku yang bergenre sains fiksyen ini juga telah mengangkat kedudukan cicak menjadi makhluk yang ditakuti kerana Rosmah takut padanya.  Dimaklumkan kepada kami, Najib lebih-lebih lagi takut kepada cicak kerana keberanian cicak terdapat Rosmah.









 

Cicak oh Cicak...
Read more...

Jangan dihina Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi...

Islamedia - Gugurnya Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi dalam ledakan bom di Masjid Al-Iman Syria menjadi polemik bagi sebagian kalangan.

Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy

Ada pihak yang mencebir Syeikh Al-Buthi kerana mereka yang tidak setuju dengan sikap Syeikh Al-Buthi yang mereka nilai berpihak kepada Presiden Bashar Al Assad. Bashar Al Assad, seorang pengikut Syiah, sekaligus seorang sosialis yang menzalimi umat Islam di Syria. Tentu saja polemik ini tidak sihat bagi kewujudan kesatuan umat dan ukhuwah Islamiyah. Dengan itu, Ketua Umum Front Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq Syihab, menyampaikan nasihat kepada umat Islam atas peristiwa syahidnya Syeikh al-Buthi.


Habib Rizieq Syihab

Habib Rizieq berpandangan, syeikh Al-Buthi adalah seorang ulama besar ahlussunah wal jamaah abad ini, yang soleh dan zuhud. Berkiatan dengan pilihan politik Syeikh al-Buthy, Habib Rizieq menilai hal itu sebagai hak beliau sebagai seorang ulama yang mempunyai kapasiti untuk berijtihad. “Kami FPI membela Mujahidin Syria melawan Basyar al-Asad yang zalim, tapi kami tetap harus menjaga akhlaq terhadap ulama Aswaja Syria yang tidak bergabung dengan Mujahidin. Itu persoalan ijtihad politik, mereka lebih tahu situasi negeri mereka daripada kita,” tegas Habib Rizieq yang tersebar melalui Blackberry Mesengger (BBM), Juma'at (22/3/2013).

Yang berikut adalah nasihat lengkap Habib Rizieq Syihab untuk kumpulan yang menghina al-Buthi : Ingat hadis : "udzkuruu mahaasina mautaakum". Jadi, tidak patut kata hinaan dilontarkan buat saudara Muslim yang telah wafat, apalagi yang wafat adalah syahid seperti al-Buthi. Al-Buthi asy-Syafi'i al-Asy'ari adalah ulama besar aswaja abad ini, dia soleh serta zuhud. Siapa anda yang mau menghina al-Buthi ?!! Soal al-Buthi tidak bergabung dengan Mujahidin Syria, dia mempunyai alasan tersendiri: pertama, usia yang sudah lanjut. Kedua, dia sibuk habiskan usia buat ilmu, belajar dan mengajar serta mengarang kitab. Ketiga, Mujahidin masih bergabung dengan barisan kafir dan liberal. Keempat, al-Buthi bukan satu-satunya ulama Aswaja Syria yang tidak bergabung dengan Mujahidin. Kelima, dia ulama berhak ijtihad.

Siapapun pelaku bom bunuh diri yang membunuh al-Buthi dan 23 muridnya di dalam masjid dan apa pun alasannya, maka tidak boleh diterima. Andai kata Mujahidin Syria yang melakukan hal itu, maka mereka yang salah jalan, bukan al-Buthi. Semoga pelakunya bukan daripada kalangan Mujahidin.

Ingat! Jaga sikap ya akhii, di sini al-Buthi punya banyak murid dan pengikut. Jangan lagi undang polemik dan perpecahan !!! Wallaahul musta'aan. [SuaraIslam/IM]


 

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy dan meletakkan beliau dalam kalangan orang-orang yang terpilih !
Read more...

Mari hayati pesanan Ustaz dan perjuangan Tuan Guru...

Pesanan 1: Wajib menyokong sesiapa yang memperjuang hukum Allah 


Siapa sejak dulu hingga sekarang memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini?



Pesanan 2: Tidak semua suka dakwah meskipun mereka Islam. Teruslah berdakwah dengan ikhlas ...


Pejuang Islam yang konsisten sejak dulu sehingga sekarang dicop sebagai "Bapak Kafir" dan "pelacur agama"




Sedangkan hakikatnya...




 

Takbir...Allahu Akbar!
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...