Adakah ini bala? Kini, Teheran sedang sibuk memerangi tikus raksasa.
TEHERAN.(voa-islam.com) – Rabu (20/02/13) tikus raksasa dengan anggaran berjumlah lebih dua puluh lima juta menyerang ibu kota Iran, Teheran. Tikus – tikus ini berukuran lebih lebih besar daripada kucing dan beratnya menyamai berat seekor arnab, sehingga Teheran kini dijuluki kota tikus di dunia. Pusat berita Iran “Jerusallem Online” menyebut bahawa pemerintah ibu kota Iran membentuk pasukan penembak jitu terlatih untuk membanteras tikus – tikus itu. Operasinya mulai bertgas di 26 daerah di Teheran. Operasi dibahagikan kepada dua. Pertama, pada waktu siang dengan racun kimia yang disebarkan di sungai. Dan pada malam hari dengan para sniper yang dilengkapi pelbagai perspektif dan infra merah. Ketua Jabatan Lingkungan di Kotamadya, Mohammad Hadi Haydar, menegaskan bahawa perang melawan tikus – tikus berlangsung 24 jam setiap hari selama seminggu tanpa henti. Beliau juga berjanji akan menambah pasukan sniper sehingga 10 – 40 sniper kerana mereka tidak mampu membunuh tikus setiap malam melebihi jumlah 2205. Haydar juga menyatakan bahawa bangkai – bangkai tikus yang mati diangkut ke daerah Qahirzak, Selatan Teheran, kemudian tikus – tikus itu dibakar. Apakah ini bencana dan bala yang Allah timpakan kepada orang - orang yang membunuh kaum muslimin dan berniat untuk menghapuskan negara - negara yang berpenduduk majoriti ahlisunaahwaljamaah.
Tikus juga boleh menjadi tentera Allah...
Read more...