08 February, 2013

Pra-PRU13: Beli undi HARAM...

Sheikh Muhammad Abdullah al-Khatib, salah seorang ulamak al-Azhar yang terkemuka, mengeluarkan fatwa bahawa amalan membeli undi di dalam proses pilihanraya adalah haram di sisi syarak. Ia adalah sejenis rasuah, keji sehingga ke hari kiamat, jijik, menjatuhkan maruah, meruntuhkan akhlak, memusnahkan akal pengundi, bahkan menghina keinsanan manusia itu sendiri.



Fatwa tersebut disandarkan kepada peristiwa Rasulullah s.a.w. mengutus Abdullah bin Rawahah kepada kaum Yahudi untuk membuat taksiran berapakah jumlah cukai yang mereka perlu bayar daripada hasil kurma mereka. Kaum Yahudi menawarkan kepada Abdullah sedikit harta untuk dirinya. Maka Abdullah berkata kepada mereka: “Adapun apa yang kamu tawarkan itu adalah rasuah. Sesungguhnya ia adalah jijik dan kami tidak memakannya!” (Riwayat at-Tirmizi)

Selain peristiwa itu, beliau juga mengemukakan dalil daripada al-Quran, iaitu firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Baqarah:188)

Beliau menerangkan bahawa pemilihan melalui pilihanraya secara langsung merupakan satu proses yang penting dalam membina masa depan umat dan keutuhannya. Justeru, ia perlu diletakkan pada tempatnya yang betul, mengatasi segala bentuk tawar menawar dan urus niaga jual beli. Dari segi hukum syarak, mengundi adalah satu bentuk kesaksian. Maka tidak harus seorang muslim mengambil upah kerana memberikan kesaksian ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “… dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan kesaksian itu kerana Allah semata-mata…” (At-Talaq:2)

Beliau menyeru umat Islam agar mengambil berat masalah memberi undi. Undi hendaklah diberikan kepada calon yang membawa agenda mengembalikan umat ini kepada kemuliaan, keagungan dan ketuanannya, meletakkan kembali umat ini kepada kedudukan yang tinggi di kalangan bangsa-bangsa di dunia. Calon yang mengambil berat tentang penyebaran kebaikan, menolak kerosakan dan kemudaratan, yang menjaga amanah dan memikul tanggungjawab dengan serius.

Beliau juga menegaskan bahawa seseorang muslim wajib memiliki kesedaran yang murni dan kefahaman yang betul tentang agamanya. Dia tidak taasub kecuali kepada kebenaran, tidak berdiri kecuali di dalam barisan orang-orang yang berakal lagi matang serta menjauhi orang yang mengkhianati umatnya, meruntuhkan kepentingan tanah airnya sebagaimana firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.” (Al-Ahzab:70-71).

Sumber: Di sini.




Malangnya bangsaku suka yang haram...

Read more...

Pra-PRU13: Hadis tentang "pilihanraya"

Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod. Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari).


"Bapa saya teruk, tapi Najib lebih teruk" Marina Mahathir


Sesiapa yang berperang di bawah "bendera buta" dan menyeru kepada 'assobiyah atau marah kerana assobiyah maka kematiannya adalah jahiliyyah (Riwayat Muslim,Ibn Majah,an-Nasai).


 

Tidak takut murka Allah, sila terus pilih parti assobiyah...
Read more...

Kumpulan Rock Wanita Kashmir Bubar Kerana Ancaman Mati

SRINAGAR, INDIA (voa-islam.com) - Kumpulan muzik rock perempuan pertama di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah memutuskan untuk membubarkan kumpulan itu setelah membuat konsert pertama kerana ancaman yang diterima terhadap para anggota kumpulan muzik tersebut dalam media sosial dan atas permintaan seorang ulama Muslim terkemuka supaya mereka berhenti daripada meneruskan usaha mereka itu.



Kelompok pejuang kemerdekaan Kashmir mengkritik kumpulan muzik berkenaan yang dikatakan sebagai "mengamalkan budaya Barat". Adnan Mattoo, guru muzik dan pengurus kumpulan rock tersebut, mengatakan ketiga-tiga pelajar menengah atas itu, iaitu pemain drum Farah Deeba, gitar bass Aneeqa Khalid dan penyanyi dan gitaris Noma Nazir - membuat keputusan untuk tidak lagi membincangkan sebab pembubaran kumpulan itu. "Mereka kelihatan sangat takut dan ingin segera mengakhiri kontroversi ini untuk selama-lamanya," kata Adnan Mattoo sebagaimana dilaporkan oleh The National Selasa (5  Februari 2013). "Pertama kali, gadis-gadis itu memutuskan untuk berhenti melakukan persembahan secara langsung sempena kempen cetak rombak secara online dan akan memutuskan untuk menumpukan pada penerbitan album. Tetapi setelah satu fatwa oleh ulama pemerintah dikeluarkan, gadis-gadis ini memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal selama-lamanya kepada muzik."


Wanita Kasymir dengan pakaian tradisional

Kumpulan muzik ini telah memenangi tempat ketiga dalam pertunjukkan tahunan Battle of the Rock Band yang diuruskan oleh pasukan paratentera India sebagai sebahagian daripada kempen untuk merebut hati dan fikiran masyarakat Muslim di wilayah tersebut. Sebaik sahaja pertunjukan itu selesai, laman-laman warga Kashmir di jejaring sosial seperti Facebook dan Twitter membahaskan tentang kewujudan kumpulan rock wanita itu. Ramai yang bertanya akan kesesuaian budaya itu dalam masyarakat yang majoritinya Islam di Kashmir dan ada yang bertanya bolehkah Islam menerima pendekatan berbentuk muzik seperti ini serta peranan wanita dalam masyarakat. Sebahagian komen menyokong  gadis-gadis tersebut, tetapi yang lainnya menyebut mereka sebagai "pelacur" dan "wanita tanpa susila" dan menyerukan supaya mereka dan keluarga mereka diusir keluar dari wilayah tersebut. Kontroversi itu menjadi semakin hebat pada hari Sabtu berikutnya setelah Omar Abdullah, pejabat tinggi daerah berkenaan, berjanji akan melakukan penyelidikan dasar tentang  ancaman itu dan menulis di Twitter bahawa "remaja berbakat tidak boleh membiarkan diri mereka dikongkong oleh segelintir orang bodoh".


Wanita Kashmir mempejuangkan hak mereka

Gadis-gadis tersebut kemudiannya menjadi alat politik bagi semua pihak dalam konflik berkenaan. Hal tersebut memaksa Mufti Bashiruddin Ahmad, ulama Kashmir campur tangan dan mengeluarkan fatwa pada hari Ahad memerintahkan para gadis tersebut untuk "berhenti daripada kegiatan bermuzik dan untuk tidak dipengaruhi oleh kepemimpinan politik".




 
Di Kasymir, suara mufti masih didengari...
Read more...

Juruterbang Jet Tempur Rejim Syria Belot...

ISTANBUL, TURKI (voa-islam.com) - Seorang juruterbang pesawat tempur rejim Syria menggunakan jet tempurnya untuk menggempur para anggota tentera bersenjata propemerintah di pusat kota Hama setelah membelot daripada pasukan pemerintah, pejuang Syria dan pejabat berita Turki melaporkan kelmarin (6 Februari 2013).


 "Sebuah jet tempur Syria menyerang tempat tentera bersenjata Syi'ah shabiha berkumpul di Al Safsafeyeh dan Salhab, mengakibatkan banyak kematian di kedua-dua desa," kata Dewan Komando Revolusionir Hama, bahagian daripada kedudukan bersenjata Syria, tentang serangan udara tersebut, yang dilaporkan terjadi pada hari Isnin (4 Februari 2013), yang dilaporkan melalui Twitter kelmarin.

Pejabat berita Turki yang dikendalikan oleh negara Anadolu kelmarin mengutip seorang komandan pejuang Syria di Hama bernama Ahmed Abu Mustafa mengatakan juruterbang tersebut telah membelot daripada angkatan udara rejim Bashar Al-Assad dengan pesawatnya. Komandan itu mengatakan jet tempur tersebut menyerang kedudukan tentera Syi'ah shabiha di Al Safsafeyeh dan "puluhan orang" mati dan atau terluka, Anadolu melaporkan. Al Safsafeyeh digambarkan sebagai sebuah desa di mana kebanyakan warganya merupakan anggota suku minoriti Alawit, tempat asal kelahiran Bashar Al-Assad dan banyak anggota pimpinan Syria.



Tidak ada yang mengetahui tentang dari mana jet itu datang dan ke mana pesawat tempur tersebut terbang setelah serangan dilaporkan. Tidak ada pengesahan untuk laporan tersebut. Jika benar, itu merupakan yang pertama sejak pemberontakan di Syria bermula hampir dua tahun yang lalu. Kekuatan udara rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad dikatakan hebat ketika mereka memerangi penentangan pemberontak di beberapa bahagian negara. Menurut Veysel Ayhan, Pengarah International Middle East Peace Research Center (IMPR), beberapa juruterbang angkatan udara Syria telah membelot ke negara lain sejak pemberontakan bermula pada bulan Mac 2011, namun belum ada kes yang diketahui tentang serangan udara seperti ini. "Saya rasa ini yang pertama kalinya," kata Ayhan.



 
Semoga Allah segera memerdekakan Syria daripada rejim zalim...
Read more...

Punca Mali diserang...

Pemerintah Sekular Mali Tolak Kemerdekaan Negara Islam Azawad

TEMPO.CO, Gao - Pemerintah sekular Mali menolak deklarasi kemerdekaan Negara Islam Tuareg, Sabtu, 26 Mei 2012 yang diterajui pakatan "pemberontak" utara. "Pemerintah Mali menolak idea pembentukan negara Azawad atau negara Islam," kata pejabat pemerintah kepada Pejabat Berita AFP, Ahad, 27 Mei 2012.

"Kendati pernyataan kemerdekaan itu hanya di atas kertas dan bukan de facto, kami tetap  menegaskan  bahwa Mali adalah negara sekular dan akan terus mempertahankannya," kata Hamadoun Toure, Menteri Penerangan pemerintahan transisi Mali.

Teruskan bacaan di sini.

Nampaknya, kumpulan sekular inilah yang menjemput kafir Perancis laknatullah untuk menyerang utara Mali. Para munafik itu akan menerima padahnya tidak lama lagi...


Saksikan apa kata mujahidin di sana.





 
Semoga Allah membantu perjuangan mujahidin Mali...
Read more...

Menjenguk Islam di Negara Kuno, Mali

REPUBLIKA.CO.ID - 8 Februari 2013.
Mali, salah sebuah negara di dunia yang kaya warisan budaya ini memiliki sejarah Islam yang cukup panjang. Saat ini, negara di subsahara Afrika tersebut tengah mengalami gejolak politik sejak Januari tahun lalu. Terletak di Afrika Barat, Mali menjadi negara yang diapit daratan dan sahara. Ibu negara Mali ialah Bamako. ia dikelilingi Pantai Gading, Aljazair, Nigeria, Burkina Faso, Guinea, Senegal dan Mauritania.



Muslim di negara seluas 1.24 juta kilometer tersebut mencecah 12 juta orang atau sekitar 92,5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk 14.5 juta orang. Sebagai umat majoriti, muslim Mali hidup dengan rukun dan damai. Mereka pun sangat bertolak ansur dengan penganut agama lain. Hubungan mereka harmoni tanpa ketegangan antara penganut agama. Mereka saling berkunjung menghadiri perayaan pernikahan ataupun kematian. Kepercayaan tradisional pun telah bergabung dengan baik sehingga budaya Islam dan budaya asli setempat tidak mengalami percanggahan atau perselisihan. Dalam sebuah manuskrip kuno di Universiti Tombuktu tercatat bahwa pendekatan tradisional ke Islam berlaku secara relatifnya sederhana.



Wanita muslim Mali, seperti di negara Afrika lain, tidak banyak memakai jilbab. Biasanya mereka memakai tudung yang dililit menutup kepala dan rambut, namun dengan leher terbuka. Tudung tersebut memang telah menjadi model jilbab kebanyakan muslimah Afrika selain Timur Tengah.


Mali terkenal dengan peradaban Islam yang tinggi. Banyak tempat peninggalan peradaban masa lalu yang kini dijadikan tempat warisan dunia oleh UNESCO. Peradaban tersebut dibawa oleh Islam sejak abad kesembilan. Saat itu, islam masuk ke Afrika Barat oleh pedagang Muslim Berber dan Tuareg. Tidak hanya terbatas kepada kepercayaan, Islam membentuk sistem politik, sosial hingga seni budaya. Kerajaan Mali telah berdiri kukuh di sana jauh sebelum negara tersebut kemudian dijajah oleh Perancis.



Mansa Musa, merupakan salah seorang raja di kerajaan tersebut yang paling banyak perubahan dan membawa pengaruh bagi peradaban Islam di Mali. Pada masa keemasan kerajaan itu, ilmu matematik, astronomi, sastera dan seni berkembang pesat di Mali. Peradaban Islam terus berkembang hingga ke abad 19 ketika Mali dikuasai Perancis. Mali merdeka di tahun 1960 sebagai negara Republik. Tiga kota Mali yakni Timbuktu, Gaio dan Kano telah menjadi pusat pembelajaran Islam antarabnagsa. Salah sebuah kota, Timbuku, sangat kaya dengan peradaban Islam. Di sanalah banyak sumber manuskrip Islam yang disalin atau ditulis sejak abad ke-14. Timbuktu merupakan kota legenda yang telah menjadi kota perdagangan sejak sejarah Mali dimulai. Kota di Mali Utara tersebut telah menjadi kota komersial bagi para pedagang Meriteranian mendapat emas dari Afrika Barat dan Selatan. Selama lebih 600 tahun, Timbuktu juga menjadi pusat agama dan budaya Islam.

Persoalan, apakah punca negara ini diserang kafir Perancis?



 
Read more...

Nasib seorang amah...

Nasib seorang amah Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi telah berubah menjadi jutawan sekelip mata. Semua itu berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan suaminya sebanyak 110 juta riyal (RM160 juta), yang sebelum itu merupakan majikannya. Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Al-Madinah, melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, iaitu Allahyarham Ali Ayami. Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, pembantu rumah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah. Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi pembantu rumah itu disiarkan Al-Madinah pada 13 Disember lalu. Seterusnya baca di sini.

Kekayaan peninggalan suami sebelum dinilai asetnya

Diberitakan juga bahawa Robengah, seorang amah bekas pembantu rumah kepada seorang menteri Malaysia hidup penuh kemewahan dengan mendirikan rumah bernilai RM100,000 di kampungnya meskipun beliau hanya bekerja hanya 8 tahun di rumah menteri berkenaan. "Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah". Kekayaan yang diperoleh Robengah sampai kini masih menjadi misteri. Sebelum ini, menurut jirannya, hidup keluarga Robengah adalah sangat daif. Seterusnya baca di sini. 

Rumah Robengah di Indonesia

Bekerja sebagai amah sememangnya lumayan. Mereka dibayar gaji tinggi sedangkan kos hidup keseluruhannya ditanggung oleh majikan. Pendapatan bersih sekarang ini di sekitar RM700.



Walau bagaimanapun, tidak semua cerita amah cerita gembira. Banyak juga amah yang bernasib malang. Di Malaysia, mereka banyak di dera, manakala di Arab Saudi pula, ada yang dipancung...




Ya, mereka diperlakukan seperti haiwan, malah ada yang diperdagangkan...





 
Manusia tidak boleh memperhamba manusia yang lain...
Read more...

Sekularisme mendorong rakyat Perancis memeluk Islam secara berbondong-bondong...

REPUBLIKA.CO.ID, PARIS -- Imam Hassen Chalghoumi menyatakan sekularisme di Perancis telah membuat warga Perancis menjadi antiagama. Pada masa yang sama, Islam menawarkan konsep kehidupan yang diperlukan warga Perancis. "Ini memang fenomena bertentangan," kata beliau.



Secara berasingan, para pengkaji menyatakan fenomena meningkatnya jumlah umat Islam itu banyak dipengaruhi sejumlah orang-orang terkemuka yang memutuskan untuk menganut Islam. Sebut sahaja, pemain bola sepak Nicolas Anelka, yang memutuskan menganut Islam pada 2004 dan Franck Ribery, pada 2006 semua kenal. Pakar kajian Islam, Gilles Kepel mengungkap bahawa Islam dibandingkan agama lain memiliki konsep ajaran yang mengutamakan peraturan dan persamaan. Kesannya, Islam mendapat simpati dalam kalangan warga miskin di Perancis. "Kawasan yang mempunyai angka kemiskinan yang tinggi, Islam mendapat perhatian  dalam komuniti tersebut," kata beliau.


Hal yang sama telah diakui oleh pejabat Kementerian Dalam Negeri Perancis yang menangani masalah isu-isu agama, Bernard Godard. "Fenomena itu sangat mengesankan, terutama sejak tahun 2000," kata Godard seperti dikutip oleh The New York Times, Isnin (4 Februari 2013). Beliau mengungkap jumlah warga Perancis yang memeluk Islam setiap tahun mencapai 150 orang. Jumlah tersebut meningkat sekali ganda selama 25 tahun terakhir.



"Muslim di Perancis berjumlah enam juta orang, sekitar 100 ribu orang  antaranya merupakan mualaf. Data menunjukkan bahawa pada tahun 1986, hanya terdapat sekitar 50 ribu mualaf," kata Godard. Sementara itu, menurut maklumat daripada badan Muslim, jumlah mualaf mencapai 200 ribu orang. Badan ini menyebutkan alasan di sebalik peningkatan itu semacam ada perubahan besar yang mendorong rakyat Perancis berbondong-bondong menganut Islam. Namun, tidak dijelaskan apakah faktor pendorong yang dimaksudkan. Di Marseille, yang dikenal sebagai kawasan muslim terbesar di Perancis, mencatat peningkatan jumlah mualaf yang luar biasa dalam tiga tahun terakhir. Imam Masjid Besar Marseile, Ghoul Abderrahmane mengatakan lebih 130 sijil memeluk Islam yang ditandatanganinya selama 2012. "Saya fikir fenomena ini didorong sekularisme Perancis yang melahirkan kekosongan rohani pada jiwa warga Prancis," kata beliau.

 
Alhamdulillah...
Read more...

Chicarito Menghormati Nabi Muhamad s.a.w.

REPUBLIKA.CO.ID, MANCHESTER -- Meskipun dia bukan seorang muslim, penyerang Manchester United, Javier Hernandez mengaku mengagumi peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Menurutnya, Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia terbaik. “Saya bukan seorang muslim, tetapi peribadi orang terbaik dalam pandangan saya ialah Nabi Muhammad,” kata Chicarito, seperti dicatat oleh CNN News baru-baru ini.


Penyerang asal Mexico itu juga mengaku memandang tinggi kepada umat Islam. "Saya sangat menghormati  kebenaran agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad kerana dia orang yang paling tepat untuk menjadi contoh yang baik bagi seluruh umatnya," kata penyerang yang mesra dipanggil Chicharito ini. Pemuda kelahiran 1 Jun 1988 di Guadalajara, Jalisco, Mexico itu dilaporkan sering mengucapkan beberapa doa milik umat Islam. Meski demikian, Chicharito bukanlah seorang muslim. Agama yang dipeluknya adalah Katolik Mexico. 'Si Kacang Kecil' itu bahkan dikenali sebagai penganut Katolik Mexico yang taat. Ia tak segan-segan berdoa di tengah lapangan sebelum perlawanan bermula. Uniknya, banyak yang menganggap Chicharito beragama Islam lantaran cara berdoanya mirip dengan cara berdoa seorang muslim, yakni dengan menadah tangan ke atas. Bahkan, gaya berdoa Chicharito mendapat tentangan daripada kaum anti-Katholik di Glasgow, Scotland, ketika Manchester United bertanding dalam Liga Champion tahun lalu melawan Glasgow Rangers.

 
Alhamdulillah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...