29 March, 2013

Berita yang menimbulkan fitnah kepada Islam...

HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahi lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.



Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan. Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’. “Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya. Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. (Agensi)

-sabahkini-



  
Islam dicemari oleh manusia yang telah hilang sifat kemanusiaannya...
Read more...

Kami orang PAS hormati kaum lain...

Hidup berharmoni sesama Manusia adalah dituntut di dalam Islam...


Apa kata sahabat-sahabat India kami...









  
Orang yang beriman cintakan keharmonian...
Read more...

Macai UMNO hina agama Hindu...

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).



KUALA LUMPUR,— Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin dikritik pemimpin Hindu apabila beliau menyampaikan kuliah agama baru-baru ini dengan mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak melindungi kedainya daripada ditimpa banjir. Ahli parlimen bebas itu juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, yang juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu. “Saya pernah ke Sungai Ganga dahulu. Bagaimana boleh kata ia suci? Terdapat bangkai ayam dan ranting kayu terapung-apung,” kata Zulkifli yang direkod dalam video bertajuk “Zulkifli Nordin (PERKASA) menghina agama hindu” yang dimuat naik di laman sosial YouTube semalam. Naib Presiden PKR N Surendran mengatakan kenyataan Zulkifli sebagai “serangan ganas” ke atas orang India di Malaysia. “Kata-kata yang dikeluarkan Zulkifli Noordin adalah yang paling teruk dalam menyerang agama lain di negara ini,” kata Surendran yang dipetik dari lidah parti PAS, Harakahdaily, hari ini. “Kita mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara menyiasat dan mendakwa Zulkifli Noordin di bawah seksyen 298A,” kata peguam tersebut, merujuk kepada Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang menyebabkan ketidakharmonian, dan mencetus kebencian antara kaum.

-themalaysianinsider.com



  
Manusia ini bertopengkan agama Islam untuk kekal berkuasa...
Read more...

Jangan leka...

Setiap sa'at dihitung...




Contohi Rasulullah s.a.w.


7 Amalan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sumber di sini.


  
Insya-Allah...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...