02 March, 2013

Pra-PRU13: Bagaimana tokoh Islam menyantuni agama lain...

Sewaktu menerima penyerahan Kota Yerusselam daripada pengusaha Romawi ke tangan umat Islam, Khalifah Umar al-Khattab bersama-sama panglima perangnya berkunjung ke dataran Bukit Zion dan tibalah waktunya melaksanakan solat Zuhur di sana. Uskup Agong Sophronius menawarkan gereja yang dianggap suci oleh dunia Kristian itu untuk tempat Khalifah Umar bersama para pengiringnya menunaikan solat Zuhur. Tawaran yang ramah itu disambut dengan sangat baik oleh Khalifah Umar.



 "Sungguh gembira sekali hati saya menerima tawaran tuan, tetapi jika saya solat di situ, saya khuatir bahawa suatu hari kelak orang Islam akan merampas gereja tuan untuk dijadikan sebagai masjid. Kerana itu, izinkanlah saya solat di sisi gereja tuan sahaja".

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Khalifah Umar membentangkan serbannya dan menunaikan solat Zuhur di sisi gereja yang terkenal itu, sambil tidak lupa meminta izin daripada Uskup Agong. Khalifah Umar lalu menggariskan telapak tangan di bekas tempat solatnya itu agar dibangunkan sebuah masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Umar, berdampingan dengan Gereja suci umat Kristian yang didirikan pada masa Kaisar Heraklius (610-641M) dari Romawi.

TETAPI... Di Malaysia, di sebuah negara yang dicanangkan sebagai sebuah negara Islam, pemimpinnya menimbulkan pelbagai retorik keagamaan demi memastikan kuasa kekal di tangan mereka sedangkan penganut agama lain yang juga warganegara Malaysia sering dianggap warga kelas kedua. Isu-isu agama tidak cuba ditangani secara santun dan berhemah malah pertikaian tentang isu-isu agama dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dijadikan alat untuk tujuan politik. Isu penggunaan nama Allah merupakan satu daripadanya.



 

Pemimpin seperti di atas akan pupus dari bumi ini pada suatu hari nanti, insya-Allah...
Read more...

Pra-PRU13: Najib, PM yang paling pemurah dalam sejarah...

Arwah Zulkifli, Sabarudin naik pangkat...

Subang - 3 Mac 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud (korban insiden Lahad Datu) masing-masing kepada Asisten Superintendan dan Sarjan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara. Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. “Kerajaan dan PRDM akan menimbang pemberian lain yang akan dimaklumkan kepada keluarga selepas selesai urusan pengebumian kedua-dua wira negara. “Balu kedua-dua Allahyarham akan menerima pencen lebih tinggi kerana kita (kerajaan) tidak akan lupa jasa dan pengorbanan besar yang dilakukan,” katanya.


Sumber di sini

Sebelum ini rakyat Malaysia menikmati sifat pemurah PM dengan menerima BR1M.  Tahun ini sahaja, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.



Sumber di sini.


 

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada arwah Zulkifli dan Sabarudin dan memasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman...
Read more...

Pra-PRU13: Ikut cara Nabi s.a.w. menolak kejahatan dengan kebaikan...

Firman Allah "Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik): Ar-Ra'd/13:22


Ingatkah kalian tatkala seorang pandir Quraish menahan baginda s..a.w. di tengah jalan lalu menyiramkan tanah ke atas kepala baginda, Muhamad diam menahan pedih. Tahukah anda apa yang dilakukan Muhamad .s.a.w. Beliau pulang ke rumah dengan tanah yang masih menempel di kepala. Fatimah puterinya, kemudian datang mencucikan tanah di kepala ayahnya itu. Ia membersihkannya sambil menangis. Tidak ada yang lebih pilu di hati seorang ayah mendengar tangisan si anak, lebih-lebih lagi anak perempuan. Setitik air mata kesedihan yang mengalirdaripada kelopak mata seorang puteri adalah umpama sepercik api yang membakar jantung. Baginda tidak dapat menahan getir, lalu menangis tersedu-sedu di sisi puteri kesayangan.  Juga secercah duka yang menyelinap ke dalam hati adalah rintihan jiwa yang terasa mencekik leher dan hampir pula mendesak emosinya untuk membalas. Tetapi Muhamad adalah seorang yang sabar dan pemaaf. Apakah baginda lakukan dengan tangis puterinya yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta itu? Muhammad hanya mampu menghadapkan jiwanya kepada Allah seraya memohon dikuatkan batinnya untuk menerima perlakuan keji itu. "Jangan menangis anakku" ucap Muhamad kepada anaknya yang sedang berlinang air mata itu. "Allah akan melindungi ayahmu". Begitulah cara Muhamad menolak "kejahatan dengan kebaikan".

 

 

Semoga Allah memberi kita kesabaran dan seterusnya kemenangan...
Read more...

Nasihat berharga Imam Syafie tentang ilmu...

“Barangsiapa yang mempelajari al-Qur`an maka kedudukannya menjadi agung, barangsiapa yang belajar fiqh maka kehormatannya menjadi mulia, barangsiapa yang menulis hadis maka hujahnya menjadi kuat, barangsiapa yang belajar bahasa maka tabiatnya menjadi lembut, barangsiapa yang belajar mengira maka pendapatnya menjadi kuat, barangsiapa yang tidak menjaga dirinya maka ilmunya tidak dapat memberi manfaat kepadanya”



 
Sumber: Tawaali at-Ta`siis bi Ma’ali Ibnu Idris, karya al-Hafidz Ibnu Hajar, hal. 136



 

Semoga pesanan ini dimanfaat oleh semua orang tidak kira apa mazhab mereka...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...