14 March, 2013

Peluang mendapat ganjaran daripada Allah...

Kira-kira pukul sebelas malam semalam (13 Mac 2013), Surau Puncak Saujana, Taman Puncak Saujana 43000 Kajang telah ditimpa musibah kebakaran akibat litar pintas.


Surau ini terletak hanya 20 langkah dari rumah Mybabah...


Gambar surau dari anjung rumah Mybabah

Satu bahagian daripada dinding di ruang muslimah dijilat api hingga ke siling. Manakala bahagian-bahagian lain disaluti jelaga (karbon) daripada kebakaran itu.


Hasil siasatan pihak Bomba, mereka mendapati kebakaran berpunca daripada aliran elektrik yang terlebih beban yang akhirnya mewujudkan litar pintas dan seterusnya menghasilkan percikan api.


Mujurlah beberapa orang penduduk ternampak api yang mula marak di dalam surau dan memanggil rakan-rakan yang lain untuk membantu memadamkan api, termasuk Mybabah. Alhamdulillah, api dapat dipadamkan sebelum pihak bomba sampai di tempat kejadian.

Jelaga menyelubungi siling bangunan surau

Dalam laporan Encik Mazlan, pengerusi surau kepada pihak polis, kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.


Pada mesyuarat yang diadakan pada malam ini (14 Mac 2013), Mybabah telah dilantik mengetuai projek membaik pulih surau, termasuk mengecat semula bahagian dalam surau. Sebut harga bagi mengecat keseluruhan bahagian dalam surau adalah berjumlah RM4,000.

Mybabah telah menolak cadangan untuk menggunakan duit simpanan surau dan mengambil tanggungjawab untuk mengutip infak daripada orang ramai yang ingin melakukan amal jariah. Hari ini sahaja Mybabah berjaya mengutip infak sebanyak RM650 daripada rakan-rakan di pejabat, seorang penduduk yang ditemui di surau dan Mymama.

Sesiapa yang terasa ingin menanam saham akhirat, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan infak ke dalam akaun yang berikut:

Akaun Maybank: 112026434504 atas nama SAMSUDIN BIN JIDIN

Jazaakaullahu khairan kathira.



 
Serahan tangan juga diterima. Hubungi Mybabah di talian 013-3510250...
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...