24 April, 2013

Al-Quran Berbahasa Portugal untuk Cristiano Ronaldo

Dakwatuna.com – Madrid.
Kita sudah mendengar khabar Cristiano Ronaldo mendapat hadiah salinan mushaf al-Qur'an setelah selesai menjadi duta syarikat yang berkaitan telekomunikasi Arab Saudi, Mobily, sedikit masa dulu. Tetapi, tahukah kalau salinan mushaf kitab suci al-Qur'an yang dihadiahkan kepada pemain unggul Real Madrid itu ternyata sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Portugal?



Begitu laporan yang diterbitkan oleh harian Al-Riyadh. Kehadiran CR7 ke Arab Saudi adalah berkaitan dengan kerjasama beliau dengan syarikat telekomunikasi untuk menjadi duta produk Mobily. Pemain termahal dunia itu akan membintangi sejumlah iklan selama tiga bulan dengan pengambilan lokasi pengambaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh. Sebagai pampasan, selain mendapat bonus kitab suci al-Qur'an, kapten Pasukan Nasional Portugal itu juga mendapat bayaran tinggi bernilai enam juta dolar AS.



Cerita tentang Ronaldo dihadiahi al-Quran pun beredar luas. “Cristiano Ronaldo diberi sebuah salinan al-Qur'an setelah menamatkan pengambaran iklan komersial untuk syarikat telepon bimbit Arab,” demikian dilaporkan oleh 101greatgoals. Muncul spekulasi, Mobily memilih Ronaldo lantaran sikapnya yang terkenal sebagai seorang dermawan dan beberapa kali mendermakan sejumlah pendapatannya untuk perjuangan Palestin. Meskipun begitu, hanya mantan pemain Manchester United itu yang tahu mengapa beliau terpilih menjadi duta jenama syarikat pengusaha telefon di negara tempat lahirnya agama Islam itu.

Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.



 
Insya-Allah, dengan izin Allah CR7 akan memeluk Islam...

Read more...

Arnaud Van Dorn, penghina tegar Nabi s.a.w memeluk Islam...

Gempar! Arnaud Van Dorn anggota Parti Kebebasan berhaluan kanan Belanda yang sebelum ini telah terlibat secara langsung dalam pembuatan sebuah filem yang menghina peribadi Rasulullah s.a.w yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kini dilaporkan telah memeluk Islam!



Akhbar-akhbar Saudi termasuk 'Ukkaz dan lain-lain melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu menentang dan sangat membenci Islam, kini sedang berada di Arab Saudi malah turut menyiarkan gambar beliau sedang solat di Masjid Nabawi dan menjahit kelambu Kaabah!



Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi s/a.w.beliau dilihat menangis teresak-esak hingga dapat dilihat oleh semua yang hadir. Ketika ditanya apakah punca yang membawanya memeluk Islam. Beliau menyatakan bahawa sebenarnya reaksi dan kemarahan luar biasa umat Islamlah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut. Sehinga pada akhirnya, beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia! 'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda s.a.w.. Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah.



 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...

Read more...

Selembar Bulu Mata Sebagai Penyelamat..

Oleh: Abdurrahman Arroisi

DIRIWAYATKAN pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat. Tetapi dia menafikan dan membantah. “Tidak! demi langit dan bumi sesungguhnya itu tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan dan ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun yang berada di situ. Hanya dia sendirian. Maka dia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu.”


“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata mula berbicara, “Saya yang memandang.” Disusuli oleh telinga, “Saya yang mendengar.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang membau.” Bibir mengaku, ”Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang merasa.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba.” Kaki menyusul, “Saya yang diguna lari apabila dikejar.” “Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat mempertahankan sanggahannya lagi. Dia berputus asa dan amat berdukacita, sebab sekejap lagi dia bakal dihumban ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya dia telah terbebas daripada tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan yang amat sangat itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut daripada selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.” “Silakan”, kata malaikat. “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi dan hening, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang dibasahi oleh air matanya, namun sudah diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Lantaran dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan daripada neraka dan dihantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: “Lihatlah, hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.” “Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir,” (QS. Yusuf: 87).

Sumber: Islam Pos

Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.


 
Satu cerita yang boleh menjadi iktibar kepada kita semua...

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...