04 January, 2013

Berat Melebihi BMI Tidak Bawa Mudarat

AMAL GAYA HIDUP SIHAT JIKA MAHU UMUR PANJANG
oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan IKWHAN HAZWAN HAMIDUN

Berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Dua pakar pemakanan Malaysia mengakui bahawa individu yang memiliki berat badan lebih sedikit daripada Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal tidak akan membawa kemudaratan. 

Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada gaya hidup seseorang dan caranya mengurus berat badan. 

Sebagai contoh, jelas beliau, sesiapa yang mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti bersenam.



“Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut, maka dia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan gout.

“Malah dia berkemungkinan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi dalam tubuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo, di sini semalam. 

Beliau diminta mengulas satu kajian yang dilaporkan oleh Journal of the American Medical Association yang menunjukkan golongan yang mempunyai berat badan lebih sedikit daripada BMI ideal, memiliki kurang enam peratus risiko untuk meninggal dunia berbanding orang normal. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong berkata, kajian itu ada benarnya tetapi ia tidak bermakna kualiti hidup orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih baik berbanding golongan normal. 

 “Walaupun berkemungkinan dapat hidup lebih lama, mereka akan menderita pelbagai penyakit untuk satu tempoh yang panjang disebabkan penyakit-penyakit tersebut,” katanya.


Read more...

Misteri yang entah bila akan terungkai...

Setelah melakukan onar dengan cuba menghina dan memfitnah Perdana Menteri kita dan isteri, lelaki ini bersantai-santai pula di rumah mantan Perdana Menteri. Sungguh misteri sekali!


Walau bagaimanapun, hal ini tidak langsung mengganggu gugat keceriaan dan ketenteraman hidup pemimpin dua sejoli ini."Tohmahan begini sudah lumrah" kata mereka.


Teruskan bacaan di sini.
 



www.hypersmash.com
Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...