15 February, 2010

Aku Pemburu Jin 4


MaklumanSEANDAINYA anda ingin menjadi Pemburu Jin, anda digalakkan membaca entri Aku Pemburu Jin, Aku Pemburu Jin 2 dan Aku Pemburu Jin 3 sebelum anda meneruskan pembacaan entri ini. Jika sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan, anda tidak perlu berbuat demikian.

Konsep Memburu:
Maksud "memburu" ialah melawan atau menyerang balik bukannya memburu secara semberono kerana MUSTAHIL anda dapat memburu kesemua jin jahat yang tiada terpermanai jumlahnya (terlalu ramai). Satu sikap negatif yang ada pada sebahagian besar umat Islam dewasa ini ialah sikap suka bertahan, tanpa mahu menyerang balik. Negara-negara Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain musnah lantaran sikap buruk ini.  Pada zaman kegemilangan Islam, iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w., para tabi'in, tabiit tabi'in dan beberapa khalifah selepas itu, pantang sekali maruah Islam dicabar. Jika dicabar, putuslah kepala daripada badan mereka.



Syarat-syarat Menjadi Pemburu Jin 
 
Hanya perlu tiga (3) syarat penting:

Syarat Pertama: Menjadi kekasih Allah
Siapakah di alam ini yang berani "menyentuh" kekasih Allah. Jika kita "kenalan" sultan atau raja, atau pernah duduk semeja dengan Ketua Polis Negara atau berbual mesra dengan Perdana Menteri, mana "gangster" yang berani datang mengganggu kita. Begitulah perumpamaannya, jika kita "dilihat" sebagai kekasih Allah oleh syaitan dan jin (jahat), laluan kita pun tidak berani ditempuh oleh kedua-dua makhluk tersebut.  Bagaimana anda boleh "dilihat" sebagai kekasih Allah? Mudah sahaja. Kerjakan ibadah ekstra berbanding umat Islam yang lain. Solat ekstra (bukan ekstra rakaat untuk solat wajib, tetapi ekstra solat sunat), puasa ekstra, bersedekah ekstra dan ekstra-ekstra yang lain. Ekstra "wajib" ialah bermunajat selepas tengah malam atau waktu dinihari (pukul 3-5 pagi). Sekurang-kurangnya solat sunat dua rakaat. Ini senjata paling ampuh bagi seorang Pemburu Jin.


Syarat pertama yang saya tetapkan di atas diperteguh dengan dalil-dalil di bawah:

i. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu tidak dapat berkuasa ke atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga" (Al-Isra': ayat 65);

ii. "Dan tidak adalah kekuasaan Iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan sesiapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari sesiapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Pemelihara segala sesuatu" (As-Saba': ayat 21);

iii. "Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" (Al-Hijr: ayat 42); dan

iv. "Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah ke atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan ke atas orang-orang yang mempersekutukan Allah" (An-Anhl: ayat 100).

Bersambung...










Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...